Sunday, 8 April 2012

Selection Kebangsaan Team Selangor 2012

Assalamulaikum.
( Post yang tertunda )

23-25hb Mac yang lalu telah diadakan Kejohanan Pencak Silat PESAKA Kebangsaan peringkat Negeri Selangor bertempat di Kompleks Rakan Muda, Puchong. Kejohanan yang ketiga penulis melibatkan diri dalam dua kategori yakni Jurus Tunggal dan Regu.

Tunggal Putera

Regu Putera

Overall performance malam tersebut tak begitu memberangsangkan kerana ketidak efisyen perjalanan pemilihan yang pihak penganjur aturkan. Yang dimaksudkan ialah pertandingan untuk acara silat seni yang mana untuk kesemua kategori silat seni, dipertandingkan dalam satu malam dan satu gelanggang. In other words, pertandingan malam tersebut terpaksa dijalankan sehingga mencecah 1 pagi. Menyebabkan pesilat-pesilat yang menunggu giliran telahpun mengantuk dan lemau. Kesannya, pesilat yang hebat macam mana pun tak akan dapat mempamerkan persembahan yang terbaik disebabkan kondisi badan dan mental yang terganggu. Hanya dari sudut perspektif penulis sahaja.

Penyertaan yang paling ramai dalam kategori silat seni ialah dari daerah Sepang yakni daerah yang penulis sertai sendiri. Berikut ialah peserta2 silat seni daerah Sepang :

Tunggal L
- Elit Selangor Kebangsaan (Sepang C)
- Elit Selangor SUKMA (Sepang A)
- UPNM A (Sepang B)
- UPNM B (Sepang D)

Tunggal P
- Elit Selangor Kebangsaan (Sepang C)
- UPNM A (Sepang A)
- UPNM B (Sepang B)

Solo L
- Elit Selangor (Sepang C)

Solo P
- Elit Selangor (Sepang C)

Ganda L
- Elit Selangor SUKMA (Sepang C)
- UPNM (Sepang A)

Tempur Tgn Kosong
- Elit Selangor SUKMA (Sepang C)

Regu L
- Elit Selangor Kebangsaan (Sepang C)

Regu P
- UiTM (Sepang C)
- USIM (Sepang B)

Alhamdulillah, kerana penulis berjaya untuk pertama kalinya merangkul 2 EMAS dalam kedua-dua kategori yang disertai. Walaupun hakikatnya, persembahan yang agak kurang memuaskan namun penulis terpaksa akur dengan keputusan dan penilaian juri.

Nantikan kami di Kejohanan PESAKA Kebangsaan pada 23-30hb April 2012! Haha.

Team Sepang

Tahniah kepada yang berjaya! Yang kecundang boleh cuba tahun depan. Rezeki ada di mana2.
Setakat ini untuk penulisan kali ini. Insyallah, akan disusuli dengan setiap cerita dan pengalaman yang penulis tempuhi untuk post2 yang akan datang. Sekian.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...