Kursus Jurus Tunggal Kebangsaan 12

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana masih diberi kudrat untuk menaipkan sesuatu di laman ini. Minggu yang agak stress dipenuhi dengan kuiz, assignment dan persiapan untuk menghadapi dua kejohanan yang bakal penulis sertai. Anyway, I'm not here to talk about the games. Just want to share something regarding the Silat Seni Jurus Tunggal Course National level organized by Silat Gayong UKM last weekend on 13th-15th April .


Sedih + Hampa.
Kerana penulis tidak berpeluang untuk menyertai kursus tersebut kerana terpaksa memberi penumpuan terhadap persediaan penulis untuk menyertai dua kejohanan besar yakni Kejohanan Pencak Silat Pendekar Warisan 2 anjuran UPNM dan Kejohanan Silat Kebangsaan kali ke-14 anjuran PESAKA Malaysia. Sijil kursus peringkat kebangsaan dan diperakui oleh Wasit Juri Antarabangsa kelas Pertama.

Jurulatih kursus : Ckg Habizan Othman (Bekas Pesilat Negara merangkap Coach Silat Seni Selangor) & Ckg Faid Musa (Wasit Juri Kelas Pertama Antarabangsa)

Namun, setiap yang dikorbankan mesti ade hikmahnya. Moga hikmahnya berbalik kepada misi dan matlamat penulis. Amiin.

Walaubagaimanpun, di hari terakhir kursus, penulis sempat menghadirkan diri walaupun bukan sebagai peserta kursus. Hanya sebagai 'orang luar'. Bersama2 dalam majlis penutup kursus tersebut yang dihadiri oleh YDP PSSGM Kebangsaan, Dato' Adiwijaya, Cg Faid Musa, Cg Habizan dan Cg Sulleh Udin. Melihat persembahan dari anak2 gayong UKM dan persembahan Jurus Tunggal dari pesilat UKM iaitu saudara Muhd Azam Mokhtar.

Wallahualam.

Comments