Silat MSSD Gombak. TAHNIAH!

Assalamualaikum.

Walaupun keringat peluh dan penat serta pengorbanan yang tak mampu digambarkan oleh penulis namun ianya terbalas dengan kejayaan Team Silat Sg Pusu merangkul Naib Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Pencak Silat MSSD Gombak dengan jumlah pingat keseluruhan 5 EMAS, 4 PERAK dan 2 GANGSA pada 3-5hb April yang lalu.

Silat Seni :-
3 EMAS (Tunggal P, Solo P, Regu L)
3 PERAK (Masal P, Tempur L, Tunggal L)

Silat Olahraga : 2 EMAS, 1 PERAK, 2 GANGSA

Dengan diselang-seli komitmen menghadiri kuliah dan 'turun padang' sebagai coach kontinjen Sg Pusu selama tiga hari berturut-turut ang mana penulis pada mulanya sangat khuatir dengan persediaan awal semua atlit yang terlibat. Namun, hakikat sebenar kejayaan akan tiba sekiranya ada yang mencetuskannya yakni latihan yang berterusan dan doa yang disusuli bersama.

TAHNIAH dan SYABAS
TEAM PENCAK SILAT PSSGM SG PUSU!!!


Yang berjaya, teruskan latihan bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan peringkat negeri. Yang mana kecundang tak bermakna perjuangan anda terhenti di sini. Peluang dan rezeki ada di mana2. Ingat matlamat dan misi yang telah kita rangka bersama. Insyaalah, Allah bersama orang2 yang berusaha dan sabar.

Wallahualam.

Comments