Travel Planning 2016 Updated!
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Sekian lama nak mencari mood menulis akhirnya ada timbul sikit malam ini. Dah terasa selalu sangat mengupdate berkaitan Sukan Olimpik Rio 2016, so malam ini terasa nak berceloteh sikit untuk mengupdate diri yang tak berapa nak sedar penuh dengan komitmen bila menghampiri hujung tahun ini. Suka untuk aku kongsikan travel planning aku sepanjang tahun ini. Baru saja update. Maaf sebab destinasi dan aktivitinya disulitkan atas faktor tertentu. Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma seperti tarikh-tarikh yang tertera di atas memang telahpun dibook untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu ikutkan masih free. Cuma ada terkadang adhock program yang timbul menyebabkan jadualku semakin padat. Tambahan pula sekarang sudah mula terikat dengan komitmen silat. Yes. Dulu pernah berhajat untuk 'cuci tangan' dari dunia silat. Mungkin ada juga dalam kalangan sahabatku yang binggung dan pelik bila melihat aku kembali aktif dala...