Posts

Showing posts from 2013

Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-17 berakhir

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tanggal 12hb Oktober 2013, berlangsung sudah Majlis Penutupan Kejuaraan Silat Kebangsaan kali ke-17 yang telah diadakan selama hampir seminggu bermula dari 7hb Oktober tempoh hari bertempat di Stadium Tertutup Komplek Sukan Terengganu, Gong Badak. Keputusan penuh pungutan pingat keseluruhan telah menyenaraikan Juara Keseluruhan kejuaraan jatuh kepada Negeri Pahang. Naib Juara jatuh kepada negeri Perak dan negeri Selangor mengungguli tempat ketiga keseluruhan. Alhamdulillah. Berikut adalah keputusan penuh untuk acara SILAT SENI : ********** Keputusan Penuh SILAT SENI Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-17, Terengganu. Solo Kreatif Putra 1. PERAK 216 2. WPKL 211 3. TERENGGANU 205 Solo Kreatif Putri 1. PAHANG 219 2. TERENGGANU 203 3. WPKL 190 Jurus Tunggal Putra 1. PAHANG 452 2. NEGERI SEMBILAN 447 3. PERAK 444 Jurus Tunggal Putri 1. PAHANG 453 2. SELANGOR 449 3. TERENGGANU 442 Ganda Putra 1. PERAK 537 2. PAHANG 529 3. WPKL 517 Ganda Putri 1. PAHANG 532 2. PSSGM ...

MASUM 2013 melabuhkan tirai

Image
[Post Tertunda] Assalamualaikum. IIUM Silat Team MASUM 2013 Tutup sudah tirai perjuangan dan titik penantian kami selama 3 bulan berhempas pulas menjalani latihan intensif berterusan. Tanggal 22hb Ogos 2013, seramai 17 atlit dari sukan pencak silat UIAM berjaya menjejakkan kaki di atas podium. Alhamdulillah. Walaupun hasilnya lari dari apa yang di target, namun kami percaya ade hikmahnya. UPSI muncul sebagai JUARA KESELURUHAN kejohanan. Tahniah pada mereka. Kekalahan bukan bererti kami sudah mengalah, tapi kekalahan lebih memberi peluang kepada kami untuk melihat kesilapan kami dan perbetulkannya untuk kejohanan akan datang. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang pingat : EMAS Silat Olahraga Kelas F Putri : Nadiah Salman PERAK Silat Seni Regu Putra : Nazrul Azam, Hanif Aminuddin, Haafiz Aminuddin GANGSA Silat Seni Tunggal Putra : Nazrul Arif Silat Seni Ganda Putra : Amin Salman, Ishkandar Zulqurnain Silat Seni Ganda Putri : Wardah, Nadhirah Salman Silat Seni Regu Putri : Norhayati, S...

SILAT di Tahun Akhir

Image
Assalamualaikum. Salam dihulur pemula bicara, ku pohon maaf lama tak berkata. Alhamdulillah, tetiba terdetik untuk memulakan kembali hobi lamaku yakni menulis. Oleh kerana ramai jugak sahabat tertanya-tanya akan kesepian laman ini lagi-lagi laman sesawang lamaku yang dahulunya menjadi sumber tatapan sahabat handai. Nak mencoretkan mengenai kejohananku yang lalu, hmm. Just a throwback of my previous 3 game’s acheivements. Jun 2013 – Kejuaraan Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa ke-5 (UPSI) – EMAS Ogos 2013 – Kejuaraan Pencak Silat Sukan Universiti Malaysia MASUM (UIAM) – PERAK September 2013 – Kejohanan Silat Antarabangsa Piala TPM ke-4 (Melaka) – EMAS Alhamdulillah. Rezeki kali ini. Mengenai akademik pulak, moodku masih entah kemana. Tahun 4 yakni tahun akhirku di UIAM. Tahun yang mana dahulunya aku pernah nekad untuk menumpukan 100% akademikku. 100% terhadap final year projectku. Tambahan pulak batch kami tahun ni diperkenalkan dengan satu subjek baru yang diberi nama Integrated Desi...

Road to PRU13...

Image
Assalamualaikum, Terasa lama benar ku tak mencoret. Rasa bersalah pun ada. By the way, HAPPY LABOR DAY to all workers. Hope you'll make full use of your one day holiday.  Entah kenapa aku tetibe terpanggil untuk menulis sesuatu malam ni. Mengenai apa itu belum ku pasti. Mungkin sekian lama menyepikan diri tanpa khabar dan cerita dari pihak penulis. Ikut hati, banyak perkara dan kisah yang berlaku dalam hidup ini nak dicoretkan di sini tapi ku khuatiri mungkin akan menyerabutkan lagi post laman ini. Dan disebabkan itu aku telah memilih untuk memberi sedikit pesanan mahupun teguran buat yang berkenaan berkisarkan keadaan semasa yang sedang hangat sekarang yakni Kempen PRU13.  Yes. Memang blog ini bukan berlatarbelakangkan perbincangan berorientasikan politik, tapi aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat yang tak seberapa dari seorang yang baru pertama kali berkecimpung dalam dunia pilihanraya umum. Namun, bagiku pertama kali bukan menjadi kayu pengukur sejauh mana ...

Riak

Image
Assalamualaikum. Sekian lama tak menulis. Terasa penulisanku semakin kekok. Fikiran yang bercampur-baur dengan perkara-perkara silam. Sukar untuk ku tetapkan kisah yang mana hendak dicoretkan untuk kali ini. Riak. Satu sikap yang paling aku benci. Kekadang kita tak sedar akan perlakuan kita. Mungkin kata-kata kita yang kita anggap seperti biasa tapi di mata sahabat-sahabat kita yang lain lebih menampilkan perasaan riak. Sejujurnya aku pernah rasa keadaan itu. Keadaan kita sedar perlakuan kita diinterpretasikan oleh orang sekeliling kita dengan perlakuan riak. Membangga diri. Bangga dengan apa yang kita ada. Bangga dengan kelebihan yang kita ada. Bangga dengan pencapaian yang kita telah kecapi. Dan bangga yang seangkatan dengannya. Sebab itulah aku lebih memilih untuk tidak mengetengahkan setiap apa yang aku miliki. Rezeki yang aku perolehi, kejayaan yang aku kecapi. Kerana aku tahu, sekali adegan riak tercetus, memang terasa diri ini bodoh. Ya Allah, jauhilah diriku dari bersikap riak....

PARUT

Image
Assalamualaikum. Sejak belakangan ini, macam-macam perkara berkeliaran dalam akal fikiranku. Ada yang positif. Ada yang negatif. Dan jujurku katakan majoritinya menjurus ke arah negatif. Mungkin hatiku sudah tidak mampu untuk menampungnnya. Mudah betul ungkapan 'maaf' keluar dari mulut kita. Tapi hakikat sebenar adakah sepenuh hati kita memaafkannya. Dan pernahkah kita susah untuk memaafkan diri kita sendiri. Kesalahan yang mana kita sendiri sukar untuk memaafkannya walhal ianya hanya terjadi pada diri sendiri. Pernah aku terdengar ungkapan "Sebelum salahkan orang lain, salahkanlah diri kita sendiri kerana kita yang telah memutuskan untuk berada di jalan itu." dari seorang sahabat. Ya. Memang ada kebenarannya. Kita bertanggungjawab dengan keputusan yang telah kita putuskan. Dan seharusnya kita telah bersedia dengan segala kelengkapan sebelum kita lalui jalan tersebut. Namun, jelas kelihatan laluan yang telah ku pilih terlalu banyak halangan dan onak durinya yang mana ...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012

Image
Assalamualaikum. menu kami malam tu. Alhamdulillah, khamis yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012 bertempat di Manhattan Grand Ballroom Hotel Times Square tingkat 14. Reunion team pencak silat AUG Malaysia but without our coaches. Seriously tak puas hati. Coach tak diundang ke majlis tersebut. Habis tu dorang pikir siapa yang berkorban melatih atlit2?? Pegawai sukan IPT ke?? Pengurus pasukan ke?? Tak en. Of course la coach. Dah tu tak invite dorang sekali pasai pa?? Haih. Sabo je la. Harap gambar yang diupload mampu mengubati hati coach kami yang tak diundang tu. Hmm. Dah kata anugerah, confirm ade penyerahan insentif sempena kejayaan merangkul pingat2 di kejohanan sukan peringkat IPT sepanjang tahun 2012. Dan penglibatan kami merupakan penglibatan dalam sukan yang terakhir dan terprestij pada tahun lepas di peringkat KPT iaitu ASEAN University Games Vientiane Laos 2012. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa naik pentas dan dihulurkan sampul putih sambil...