PARUT
Assalamualaikum.
Sejak belakangan ini, macam-macam perkara berkeliaran dalam akal fikiranku. Ada yang positif. Ada yang negatif. Dan jujurku katakan majoritinya menjurus ke arah negatif. Mungkin hatiku sudah tidak mampu untuk menampungnnya.
Mudah betul ungkapan 'maaf' keluar dari mulut kita. Tapi hakikat sebenar adakah sepenuh hati kita memaafkannya. Dan pernahkah kita susah untuk memaafkan diri kita sendiri. Kesalahan yang mana kita sendiri sukar untuk memaafkannya walhal ianya hanya terjadi pada diri sendiri. Pernah aku terdengar ungkapan "Sebelum salahkan orang lain, salahkanlah diri kita sendiri kerana kita yang telah memutuskan untuk berada di jalan itu." dari seorang sahabat. Ya. Memang ada kebenarannya. Kita bertanggungjawab dengan keputusan yang telah kita putuskan. Dan seharusnya kita telah bersedia dengan segala kelengkapan sebelum kita lalui jalan tersebut. Namun, jelas kelihatan laluan yang telah ku pilih terlalu banyak halangan dan onak durinya yang mana kesan luka dan calar balarnya masih wujud sehingga kini. Pernah terdetik untuk melenyapkannya dari dalam memori ini, namun ia masih terpahat erat. Mungkin sudah tiba masa aku terimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin sudah tiba masa aku lupakan segala yang pernah aku tempuhi sebelum ini. Bukan niat di hati untuk berjauhan tetapi kalau itu yang boleh mententeramkan hati ini, aku terpaksa pilih laluan itu. Aku perlukan masa.
Mungkin ada sahabat-sahabat yang menumpang gembira dengan kejayaan tempoh hari. Kejayaanku di kejohanan AUG tahun lepas. Yang menyebarkan berita gembira ini kepada semua sahabat-sahabat yang lain. Aku seringkali bermonolog dalaman "perlukah semua tahu? apa yang dorang dapat pun kalau tahu aku menang hari tu?". Seriously, aku sangat tak gemar bila berita kejayaanku digembar-gemburkan di khayalak. Terasa diri ini bukan diriku sendiri. Tolonglah faham wahai sahabat-sahabatku. Stop talking about my last year achievement. Nazrul yang kau kenal dulu, yang menang AUG tempoh hari bukan Nazrul yang sekarang. Nazrul yang dulu dah tiada. And I mean it. Kejayaan tempoh hari hanya jadi kenangan silam buat hidupku yang aku cuba lupakan. Sebab apa? Let it be secret.
Last word from me, I'm really sorry. Thank you.
Wallahualam.
Sejak belakangan ini, macam-macam perkara berkeliaran dalam akal fikiranku. Ada yang positif. Ada yang negatif. Dan jujurku katakan majoritinya menjurus ke arah negatif. Mungkin hatiku sudah tidak mampu untuk menampungnnya.
Mungkin ada sahabat-sahabat yang menumpang gembira dengan kejayaan tempoh hari. Kejayaanku di kejohanan AUG tahun lepas. Yang menyebarkan berita gembira ini kepada semua sahabat-sahabat yang lain. Aku seringkali bermonolog dalaman "perlukah semua tahu? apa yang dorang dapat pun kalau tahu aku menang hari tu?". Seriously, aku sangat tak gemar bila berita kejayaanku digembar-gemburkan di khayalak. Terasa diri ini bukan diriku sendiri. Tolonglah faham wahai sahabat-sahabatku. Stop talking about my last year achievement. Nazrul yang kau kenal dulu, yang menang AUG tempoh hari bukan Nazrul yang sekarang. Nazrul yang dulu dah tiada. And I mean it. Kejayaan tempoh hari hanya jadi kenangan silam buat hidupku yang aku cuba lupakan. Sebab apa? Let it be secret.
Last word from me, I'm really sorry. Thank you.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment