Sunday, 10 February 2013

Gelanggang PSSGM Masjid Besi mula beroperasi!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 8 Februari yang lalu telah berjaya sudah pembukaan secara rasminya Gelanggang PSSGM baru yang bertapak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Besi Putrajaya. Di bawah tampuk pimpinan Ustaz Muhd Redza bin Ahmad selaku salah seorang Imam masjid tersebut juga sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pengimarahan Unit Khidmat Sosial merangkap Pengelola Gelanggang PSSGM Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Ustaz Mohamad bin Salan selaku Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam di bawah Unit yang sama. Gurulatih gelanggangnya pula merupakan sahabatku, Cg Ishkandar Zulqurnain anakanda kepada Ustaz Mohamad.

Dan kehadiran kami ( Abg Rasyid, Aku, Saiful, Ibnu, Raja, Mira, Ayoi, Ayie dan Saufi) juga hanya sekadar untuk membantu dan mengimarahkan gelanggang pada malam tersebut disamping mempersembahkan demonstrasi silat secara spontan. Antara yang dipersembahkan ialah Golongan 31, Kombat, Bunga Tanjung, Pentas 1 dan Tempur Keris. Alhamdulillah berjaya menarik perhatian mereka.

Baru tiba di kawasan gelanggang. Di bahagian belakang dewan solat utama.

Sibuk menguruskan pendaftaran ahli baru.

Barisan tenaga pengajar.

Masing2 memperkenalkan diri dan sedikit background mereka dalam Gayong.

Demonstrasi silat secara spontan. Kombat.

Penyertaan dalam kalangan kanak2 (majoriti), remaja dan golongan dewasa.

Tak cukup dengan gambar2 yang ditangkap secara candit, siap adekan slot bergambar lepas habis training tu. Haha. Berlatar belakangkan masjid besi dan jambatan putrajaya. Gurulatih2nya pulak yang terover bergambar malam tu.

#1

#2

#3

#4

#5

7 bersaudara.

8 seperguruan.

By the way, thanks to Ayoi for the pictures. Kamera baru beli la katekan. Haha. Insyallah latihan di gelanggang ni akan berjalan setiap hari Jumaat selepas Isyak bermula sekitar jam 900pm. Kepada penduduk berdekatan yang berminat untuk sertai boleh terus ke Laman Web Rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau klik [SINI] untuk info selanjutnya.

Borang Permohonan Ahli Silat Gayong Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 
Atau boleh klik [SINI] untuk download.

Sekian untuk kali ini. Maaf yer Cg Ishkandar sebab market Gelanggang PSSGM Masjid Besi ni kat blog ambo. Hehe.

Wallahualam.

1 comment:

  1. fyth : yup. dlm kawasan masjid. bhgn belakang (luar) kawasan dewan solat utama masjid tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...