Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012

Assalamualaikum.

menu kami malam tu.

Alhamdulillah, khamis yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012 bertempat di Manhattan Grand Ballroom Hotel Times Square tingkat 14. Reunion team pencak silat AUG Malaysia but without our coaches. Seriously tak puas hati. Coach tak diundang ke majlis tersebut. Habis tu dorang pikir siapa yang berkorban melatih atlit2?? Pegawai sukan IPT ke?? Pengurus pasukan ke?? Tak en. Of course la coach. Dah tu tak invite dorang sekali pasai pa?? Haih. Sabo je la. Harap gambar yang diupload mampu mengubati hati coach kami yang tak diundang tu. Hmm.

Dah kata anugerah, confirm ade penyerahan insentif sempena kejayaan merangkul pingat2 di kejohanan sukan peringkat IPT sepanjang tahun 2012. Dan penglibatan kami merupakan penglibatan dalam sukan yang terakhir dan terprestij pada tahun lepas di peringkat KPT iaitu ASEAN University Games Vientiane Laos 2012. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa naik pentas dan dihulurkan sampul putih sambil bersalaman dengan YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaled Nordin. Diberi peluang berdiri dan berbaris bersama atlit2 penerima insentif dan VVIP di atas pentas sambil ditangkap gambar oleh media2. 

Perasmian oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

MC dari Astro Arena dan TV3.

Penerima2 insentif KPT dari sukan Pencak Silat.

6 orang penerima Insentif ATLET CEMERLANG KPT 2012 :

Syafiq Ridhwan Abdul Malek
Sukan Tenpin Boling
Universiti Putra Malaysia
Pingat emas Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF 2012

Bryan Nickson Lomas
Sukan Terjun
Universiti Malaya
Pingat gangsa Kejohanan Piala Dunia FINA 2012

Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi
Sukan Petanque
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pingat gangsa Kejohanan Petanque Piala Dunia 2012

Khoo Cai Lin
Sukan Renang
Universiti Taylor's
Lima pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Siow Yi Ting
Sukan Renang
Kolej Komuniti Kuala Langat
Lima pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Kevin Yeap Soon Choy
Sukan Renang
Universiti Putra Malaysia
Tiga pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Gambar beramai penerima2 insentif KPT. #1

Gambar beramai penerima2 insentif KPT. #2

Sepanjang majlis tersebut juga, seat dan meja kami di asing mengikut pingat. Means kelompok atlit yang memenangi pingat emas AUG tempoh hari di tempatkan di meja bahagian hadapan sebelah kiri dewan. Untuk peenerima pingat lain pula ditempatkan di bahagian kanan dewan. Ok. Tu boleh tahan lagi. But then, Bile majlis dah mula, masa YB Menteri KPT berucap, boleh pulak committee tu panggil kami bertiga (regu) suruh duduk kat meja VIP. Mengisi seat2 VIP yang kosong. Yang tu tak boleh tahan. Terasa kekok bila duduk bersama VIP. Orang kata kene hipokrit sikit. Haha. Mane taknye, bayangkan kamera TV3 dihulur betul2 depan muka kami. Media2 yang duk tangkap gambar meja2 VIP ni. Tapi yang kelakarnya, boleh kata majoriti VIP duk mengadap gadjet mereka masa YB berucap. I guess thats normal after all. Haha.

meja asal kami. sebelum dipindahkan ke meja VIP -__-;;

Hanif, Lan (Hafiz Arif) and Siti Rahmah.

Our TEAM!!

bersama piala pusingan Kejohanan Silat Antarabangsa Piala TPM 2012.

Team REGU Putera AUG Malaysia 2012 bersama sampul mereka yang 'KOSONG'. Haha.

Dari kanan : Nazrul Azam Din. :P

Olahraga kelas F dan Tunggal Putra AUG 2012.

My fellow TEAMMATES. *with me :D

My fellow TEAMMATES. *without me -___-;;

Picture of the day! Me performing Jurus Tunggal at Kejohanan Silat Antarabangsa Piala TPM 2012.

Ok. What ever it is. That night was really awesome eventhough there were something came across us. Hmm. Lets forget it. By the way, congrats to all! I mean to all athletes participated in the event. They invited you all because you all are deserved to be there. Lets think about our next step. Road to AUG Palembang 2014. Eventhough there might be some of us will not going to be in the next team line up, but we have to be grateful because we had been part of it before. Ok. I think thats all for now. Hope we'll meet again. 

Wallahualam.

Comments

Post a Comment