Saturday, 9 February 2013

Demo Silat "Book Fair & Exhibition 2013 CFS IIUM"

Assalamualaikum.

7 Februari yang lalu telah diadakan satu demonstrasi silat alu-aluan di Majlis "CFS IIUM Book Fair & Exhibition 2013" bertempat di AMF Hall, CFS IIUM Petaling Jaya. Antara yang dipersembahkan ialah Senam silat, set gerakan silat yang diolah sendiri dan diperagakan beramai2, kombat, tempur tangan kosong (Saufi & Taufiq) , tempur keris (Cg Raja & Cg Ayoi), tempur parang (Cg Ibnu & Cg Ishkandar), golongan 10 dan bunga tanjung.

Ok. Actually tak diberitahu pun ade demo silat malam tu. Hajat pada mulanya nak menumpang berlatih di gelanggang sana. Tapi end up dapat tahu ade demo. Dan arahan pesilat2 Gayong UIA PJ direhatkan dari berlatih untuk malam tu telahpun dikeluarkan dari mulut Cikgu Selamat, Gurulatih Gelanggang PSSGM UIA PJ. Hmm. Nak buat camne. Akur je la. So, as usual kalau datang tanpa prepare ni bukan style aku nak main hentam buat demo spontan. Merakam and fotographer je la keje aku malam tu. 

baru selesai tutup gelanggang.

gambar beramai2 #1

gambar beramai2 #2

Papepun, suasana malam tu telah berjaya menaikkan ruh Gayong dalam diri ni. Entah camne bila nampak mereka2 beraksi tempur senjata keris dan parang, tetibe terasa nak main balik senjata. Sekian lama meninggalkan dunia senjata2 ni. I mean tempur senjata. Last time pernah jugak perform tempur tekpi-parang dan tempur keris. Tapi rasenya dah dekat setahun ke dua tahun jugak tak beraksi. Maklumlah busy dengan kejohanan2.

pasangan tempur senjata parang dan keris 'amuk'.

Anyway, kedatanganku ke UIA PJ telah mengimbau kembali detik2 aku pernah menjadi penuntut di sana satu ketika dulu. Merupakan salah seorang yang telah diamanahkan untuk memegang tampuk pimpinan PSSGM UIA PJ. Banyak jugak kenangan dan start dari sana jugaklah aku mula bergiat merantau dari gelanggang ke gelanggang menuntut ilmu2 gayong dari cikgu2 lama. Thanks to my friends also sebab banyak menyambungkan silaturahim aku dengan cikgu2 Gayong sekarang.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...