Posts

Showing posts from February, 2011

Pilihan Raya Kampus 2011

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, tamat sudah sesi kuliah untuk minggu ni. Esok cam biase takde kelas! Yeah! Haha. So, bila esok takde kelas, jawabnye malam ni tido lewat la. Hmm. Pastu tetibe jer terdetik nak update blog aku ni. Hmm. Sebelum tu, tahniah aku nak ucapkan kepada Pro-Mahasiswa kerana telah menang majoriti dalam pilihan raya kampus UIAM baru2 ni. Huhu. Bercakap pasal pilihan raya, suka aku nak timbulkan beberapa persoalan. Perlukah pilihan raya ada provokasi? Kenape mesti bila sampai pilihan raya jer mesti ade benda2 yang tak elok berlaku. Macam kita sedia maklum mengenai perjalanan pilihan raya kampus untuk tahun ni, terdapat beberapa kes yang berlaku di sebilangan universiti sebagai contoh kehilangan calon kampus UM yang akhirnye dijumpai di Bangi (jauh tu~), pastu sebilangan calon yang menang PRK di UPM terpaksa didiskualifikasikan atas sebab tertentu dan banyak lagi. Alhamdulillah sebab kampus UIAM tempat aku belajar ni aman jer dari semua gejala2 macam tu masa pilihan r...

Midterm Done! but..

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berpeluang jugak aku nak mengimarahkan kembali laman blog Rintihan Qalbi ni setelah selesai menempuhi minggu midterm yang penoh dengan ke'tensi'nan. Huhu. Tapi da habes exam pun cam takde beza je sangat sebab assignment, presentation still berlambak-lambak. Tapi itulah fenomena atau senario yang biasa dihadapi pabila tiba pertengahan sem akhir. Overall exam kali ni alhamdulillah. Tu jer mampu untuk ku ucapkan. Hehe. Done about exam! Hmm. Tengahari tadi aku dapat panggilan dari parent aku pasal anak buah aku masuk hospital sebab ade jangkitan kat paru-paru. Ape lagi, alang2 parent aku nak pergi melawat dia, aku pun join la sekaki. Naseb baek hospital Ampang tu memang kawasan yang pernah aku sampai sebelum ni. Kirenye takde la sesat nak ke sana. Sampai jer kat wad tu, kelihatan sahabat2 kakak ipar aku ramai jer yang tengah melawat sama. Ketibaan kami sekeluarga memeriahkan lagi suasana. Hehe. Sempat jugak aku snap gambar anak buah aku ni atau denga...

Maulid Nabi SAW + Keselamatan Pelajar UIA Tergugat

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, dikesempatan pagi yang mulia ni marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi SAW. Hari ni jugak merupakan hari yang tak asing bagi Umat Islam seluruh dunia yakni Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT. Macam biasalah, kalau pagi hari Maulidurrasul ni confirm ada perarakan sambil selawat. Kalau kat sekolah aku dulu selalu jer aku join pakai baju melayu reramai dalam pukul 730 pagi berarak pusing satu sekolah dan terus gerak ke Dewan Sekolah untuk dengar ceramah mengenai Maulidurrrasul. Pastu, lepas dengar ceramah jer terus balik. Tang tu yang best sikit sebab takde kena masuk kelas belajar. Haha. Standardlah, pemikiran seorang pelajar sekolah. :P Maulidurrasul adalah term arab yang bila ditranslate ke dalam bahasa ibunda bermaksud 'Kelahiran Rasul'. Kiranya macam birthday Rasulullah SAW la. Tapi tujuan sambutan kita tak lain tak bukan adalah untuk kita memperingati kehadiran Na...

Study Circle II

Image
Assalamualaikum. ..Proud to be a Muslim!!.. Selamat pagi Malaysia! Alhamdulillah berkesempatan jugak aku untuk mengupdatekan blog di pagi yg mulia ni. Hmm. Semalam baru jer lepas aku menghadiri satu sesi halaqah 2 yang merupakan subjek wajib bagi memenuhi 0.5 credit hour untuk menyumbang pada CGPA sem ni. Tapi aku rase halaqah kali ni lagi bosan dan kurang menarik berbanding sesi halaqah 1 sebelum ni yg aku ambek mase sem satu. Mana taknya, halaqah untuk sem kali ni seolah-olah maseh tak stabil. Maksud aku dengan selalunya naqib tak datang, dengan berpindah-randah masuk group halaqah laen la, dengan pengisian yang aku rase kurang menarik, dan seumpamanya. Aku rase bukan aku sorang jer rase camni. Sebab member aku pun ade jugak merungut. Seolah-olah group kami terasa terabai. Pe cite!! Ishx3. Ke aku rase pengurusan untuk sesi halaqah kali ni dalam kalangan naqib2 maseh tak konsisten tapi masalahnye skrg ni dah nak masuk pertengahan sem terakhir. Sepatutnya kitorang semua kene hafaz 5 ha...

Trip 3 Jam di Kuala Kangsar

Image
Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat diucapkan kepada semua sidang pembaca sekalian. Insyallah kali ni suka untuk aku kongsikan cerita tentang pemergian aku ke sebuah kota diraja yakni Kuala Kangsar pada Isnin yang lalu. Pemergian aku bersama adek (Arif) dan sahabat segayongku, Saifuddin ke bumi Kuala Kangsar hanya bertujuan untuk membeli beberapa batang rotan atau lebih dikenali dengan nama Simbat berunsurkan kayu Manau.  Apa yang agak kelakar untuk aku katakan ialah, hanya untuk mencari dan membeli sebatang kayu rotan berukuran 4 kaki yang bernilai RM10 sebatang memerlukan kami untuk melaburkan sejumlah RM200 untuk menampung kos perjalanan dan makan minum kami disana. Haha. Tak percaya? Untuk pengetahuan, perjalanan kami ke KK merupakan satu keputusan adhock. Dimana kata sepakat dibuat pada malam hari sebelumnya. Haha. Kami bertolak dari KL jam 12 tengahari. Denstinasi pertama adalah stesen minyak SHELL(sebelah MRR2). Viva Exclusive yang merupakan kenderaan kami ke sana 'kenyang ...

Syeikh al-Qaradawi Seru Mubarak Lepas Jawatan

Image
Assalamualaikum. Sekadar perkongsian buat tatapan sahabat2 sekalian. ********** QATAR, 2 Feb: Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami. Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukupl...

(Serius) Krisis Sebenar Darurat di Mesir

Image
Assalamualaikum. (..tolong sebarkan sebaik sahaja selesai membaca post ini..) Tengah2 shok berblog walking, tetibe terjumpe dengan satu blog sahabat yang mengutarakan mengenai krisis yang semakin menjadi-jadi di tanah Mesir. Aku pulak terpanggil untuk berkongsi dan menyebarkan info dan maklumat mengenai krisis tersebut terutama kepada rakyat2 seluruh Malaysia di luar sana yang mungkin maseh ade segelintir antara kite yang ambil endah tak endah saja dengan kejadian tersebut. Mungkin sekarang kita hidup di negara yang aman dan tenteram jauh dari kejadian2 seperti di Mesir, tapi hakikatnya nyawa dan keadaan saudara2 kita disana sedang terancam. Mungkin juga ade dalam kalangan sahabat2 kita yang sedang menuntut di Universiti di sana kini berada dalam bahaya. So, di sini suka untuk aku copy-pastekan maklumat mengenai krisis tersebut. Niat di hati hanya untuk menyedarkan sahabat2 diluar sana dan khusus kepada kerajaan Malaysia sendiri agar dapat memberi reaksi yang positif dan tindakan yang ...