Trip 3 Jam di Kuala Kangsar
Assalamualaikum.
Selamat hari Jumaat diucapkan kepada semua sidang pembaca sekalian. Insyallah kali ni suka untuk aku kongsikan cerita tentang pemergian aku ke sebuah kota diraja yakni Kuala Kangsar pada Isnin yang lalu. Pemergian aku bersama adek (Arif) dan sahabat segayongku, Saifuddin ke bumi Kuala Kangsar hanya bertujuan untuk membeli beberapa batang rotan atau lebih dikenali dengan nama Simbat berunsurkan kayu Manau.
Apa yang agak kelakar untuk aku katakan ialah, hanya untuk mencari dan membeli sebatang kayu rotan berukuran 4 kaki yang bernilai RM10 sebatang memerlukan kami untuk melaburkan sejumlah RM200 untuk menampung kos perjalanan dan makan minum kami disana. Haha. Tak percaya?
Untuk pengetahuan, perjalanan kami ke KK merupakan satu keputusan adhock. Dimana kata sepakat dibuat pada malam hari sebelumnya. Haha.
Kami bertolak dari KL jam 12 tengahari. Denstinasi pertama adalah stesen minyak SHELL(sebelah MRR2). Viva Exclusive yang merupakan kenderaan kami ke sana 'kenyang sehingga sedawa' kerana telah diberi makan sebanyak full tank minyak Ron95 (RM60). Woha! Perjalanan kami yang hanya mengambil masa 3 jam telah memakan minyak sebanyak 4 bar. Woa!! banyak tuh!! Tapi nak buat camne. Ingatkan kereta kecik takde lah makan sangat minyak. Huhu.
..my Porche..hehe..betol ke aku eja tuh..
Tiba saja di sana, kami hanya mengikut hala tuju signboard yang tertulis 'Kuala Kangsar'. Hmm. Bila sampai jer di KK, kami telah mengikut gerak hati kami dan akhirnya kami hanya bertemu dengan Istana dan Masjid Ubudiyyah. Nasib baik seorang sahabat kepada adekku memang merupakan anak kelahiran Kuala Kangsar. Dengan bantuan beliau juga akhirnya kami dipertemukan dengan Jeti Kuala Kangsar dimana disitulah terletaknya pusat jualan senjata-senjata melayu termasuk sundang, keris, simbat, parang dan sebagainya. Hmm.
Mase tengah sesat di Masjid Ubudiah, sempat bergambar untuk kenangan..haha..
..arif!..
At last! jumpa jugak kedai yang dicari.. Alhamdulillah.
Tiga jam kami telah peruntukkan untuk mencari, membelek, tawar-menawar, usha sana-usha sini kayu rotan a.k.a. simbat buatan kayu manau, di sekeliling kawasan Jeti KK tersebut. Sempat juga kami menikmati lunch di Restoran Laksa dan Cendol yang terletak di kawasan tersebut. Aku makan Laksa Kuala Kangsar yang hanya berharga RM2.30 sahaja. Agak murah pada mulanya tapi bila lihat kuantiti laksa yang diberikan, memang patut pun harganya murah. Woha!
..muka tak sabo tunggu makanan..perot tengah lapo giler..
Tapi malangnya, kedatangan kami di bumi KK masih tak dapat memenuhi motif dan objektif kedatangan kami ke sana. Penat juga kami mundar-mandir di sekeliling kawasan kedai-kedai rotan tersebut namun rotan panjang tak juga kelihatan dijual di semua kedai tersebut. Hampes betol. Nun jauh datang dari KL tapi hajat tak tertunai. Huhu. Sebelum bertolak pulang, kami bergambar di sekeliling kawasan Kuala Kangsar sebagai bukti kedatangan kami ke sana. Hehe.
...Merenung masa depan..hmm..
On the way bertolak pulang, kami singgah di Kawasan Rehat (R&R) Sg. Perak (Kedai Rotan Orang Asli) dengan hajat untuk mencari Rotan Panjang namun maseh tak dijual mengikut tahap piawaian yang telah kami tetapkan.
Tahap Piawaian yang telah ditetapkan :
Simbat - Panjang mengikut ukuran lengan tangan.
Rotan Panjang - Panjang mengikut ukuran ketinggian bahu.
Akhirnya, kami terpaksa terima hakikat rotan panjang (mengikut piawaian) memang tak dijual di kawasan KK. Atau mungkin ada sebahagian tempat yang masih belum kami explore. Tapi takpe. Ada rezeki ke sana lagi, Insyallah.
..Kedai Rotan Orang Asli..
..Pondok yang mempunyai Seni Bina yg agak menarik semasa di RnR Sg Perak..
Kami bertolak pulang jam 640 petang dan menikmati dinner di Burger King Restoran Jejantas, Sg. Buloh. Alhamdulillah, selamat tiba di rumah jam 1000 malam. Wallahualam.
..Burger King!!..
Sedikit financial report sepanjang trip kami ke KK.
Minyak(Pergi & Pulang) - RM60+RM30=RM90
Tol (Pergi & Pulang) - RM30+RM30=RM60
Lunch - RM10 (Laksa KK+Nasi Ayam+Teh Ais+Teh o)
Dinner - RM20 (Burger King)
Simbat - RM20
Total - RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)
Haha.
Wallahualam. Sekian.
Comments
Post a Comment