Maulid Nabi SAW + Keselamatan Pelajar UIA Tergugat

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, dikesempatan pagi yang mulia ni marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi SAW. Hari ni jugak merupakan hari yang tak asing bagi Umat Islam seluruh dunia yakni Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT. Macam biasalah, kalau pagi hari Maulidurrasul ni confirm ada perarakan sambil selawat. Kalau kat sekolah aku dulu selalu jer aku join pakai baju melayu reramai dalam pukul 730 pagi berarak pusing satu sekolah dan terus gerak ke Dewan Sekolah untuk dengar ceramah mengenai Maulidurrrasul. Pastu, lepas dengar ceramah jer terus balik. Tang tu yang best sikit sebab takde kena masuk kelas belajar. Haha. Standardlah, pemikiran seorang pelajar sekolah. :P



Maulidurrasul adalah term arab yang bila ditranslate ke dalam bahasa ibunda bermaksud 'Kelahiran Rasul'. Kiranya macam birthday Rasulullah SAW la. Tapi tujuan sambutan kita tak lain tak bukan adalah untuk kita memperingati kehadiran Nabi SAW ke dunia yang menjadi titik permulaan Islam mula berkembang di muka bumi ni. Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Ok. Selesai bercakap mengenai sejarah. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah kelahiran Nabi SAW dipersilakan untuk menjenguk dan mengimarahkan surau2 atau masjid2 berdekatan kawasan anda untuk dengar ceramah pasal Maulidurrasul. 

Dikesempatan ini, suka untuk aku kongsikan satu kejadian yang telah menimpa dua orang sahabatku baru2 ni. Kejadian ni berlaku dalam kawasan UIA Gombak sekitar jam 900malam. Ceritanya begini......

**********

Mula2 sahabatku ni, katakan nama dia Hafiz. Hafiz dapat panggilan dari sorang perempuan yang tak dikenalinya. Perempuan tu cakap " Salam, ini Hafiz ke? Saya nak jumpa adik boleh tak? Sebab adik ade kene isi borang biodata diri untuk dihantar ke pihak kulliyah. Kalau kita jumpa kat depan Darul Qutub (kedai stationaries) jam 900 malam ok?" Hafiz pun dalam keadaan tertanya2 pergi ke lokasi tersebut pada jam 9oo malam bertemankan sorang sahabatnya bernama Fazli.

Sesampai jer Hafiz dan Fazli di depan Darul Qutub, kelihatan ada sorang lelaki tunggu sambil memegang satu borang biodata diri. Pastu Hafiz pun tanya dia, "Mana Akak yang call tadi tu yer?". Lelaki yang tak dikenali tu pun menjawab, "dia ade meeting la sekarang ni, die suruh saya paskan borang ni kat adik untuk diisi. Hafiz pun dengan penuh keyakinan mengisi borang biodata diri yang diberikan kepadanya. Setelah selesai mengisi borang tersebut, Hafiz pun kembalikan helaian borang yang telah lengkap diisi kepada lelaki tersebut. Lelaki yang tak dikenali tu pun mengambil borang tersebut dan bertanya kepada Hafiz, "adek, abang nak mintak tolong angkat barang sikit boleh tak?" Hafiz ni memang sorang yang suka menolong orang. Tanpa berfikir panjang, Hafiz pun menganggukkan kepala tanda setuju untuk menolong lelaki tersebut. 

Hafiz dan Fazli pun followlah lelaki tersebut dari belakang sehingga tiba di satu laluan turun tangga, kelihatan di kedua2 penjuru hujung kanan dan kiri tangga tersebut kelihatan dua orang lelaki yang sorangnya memakai helmet menutupi kepala manakala lagi sorang memakai hood baju menutup kepalanya. Sebaik sahaja Hafiz dan Fazli berjalan melepasi kedua-dua lelaki tersebut, Hafiz dan Fazli dicekup dan digrip dari belakang. Manakala lelaki yang mereka follow tu pusing bergerak mengadap Hafiz dan Fazli lantas melepaskan tumbukan ke perut dan ke beberapa anggota badan mereka. Lelaki yang mencekup mereka dari belakang tu pun melepas beberapa hentakan dan pukulan dari belakang menyebabkan kedua-dua mereka jatuh terkulai dan mengalami kecederaan di hampir semua anggota tubuh badan mereka. 

Mereka telah di plasterkan mulut dan ditutupkan kedua mata serta diikatkan tangan. Semua barang peribadi mereka yang ada bersama mereka pada ketika itu semuanya diambil kecuali kunci moto. Antara barang2 yang dirompak ialah Handphone milik Hafiz dan Fazli serta dompet Fazli yang mana dalamnya terdapat kad ATM. Fazli jugak sempat diiugut supaya memberikan no pin kad ATM beliau. Setelah mereka merampas kesemua barang peribadi Hafiz dan Fazli, mereka pun beransur dari tempat kejadian. Tinggallah mereka berdua dalam keadaan terikat dan lemah terkulai kerana dipukul teruk oleh ketiga3 penyangak yang tak berhati perot tu. Nasib baek pada ketika itu Hafiz masih sedarkan diri tapi Fazli pengsan dalam keadaan berlaku sedikit pendarahan di bahagian muka. Hafiz pun berusaha melepaskan diri dari ikatan tersebut dan dia berjaya. Akhirnya, mereka pulang ke Mahallah Salahuddin dalam kesakitan di seluruh anggota badan. Pada hari keesokannya selepas selesai Exam Mid term paper Calculus, barulah mereka berdua membuat lapporan polis. 

**********

Begitulah kisahnya. Terok betol. Tak sangka pulak aku ada jugak orang yang daring giler buat keje macam tu kat dalam kawasan kampus. Ishx3. Yang aku peliknya, adakah perempuan yang call Hafiz mula2 tu bersubahat dengan kes samun ni. Huhu. Tapi nak buat camner, benda dah jadi. Kepada semua student UIA Gombak, tolong jangan mempercayai apa-apa panggilan dari sesiapa saja yang korang tak kenali. Demi untuk keselamatan korang semua dan diri aku sendiri. 

Tips keselamatan :-
1) Kalau dapat apa2 panggilan dari sesiapa yang korang tak kenali, just abaikan.
2) Kalau nak gerak mana pun di malam hari pastikan anda bergerak secara berkumpulan.
3) Sentiasa memakai tali pinggang kerana tali pinggang boleh bertindak sebagai senjata tika kecemasan. (tips dari gurulatih silat aku)
4) Mulalah mempelajari seni mempertahankan diri, sebab dunia sekarang ni dah macam2 boleh jadi. 

Kepada muslimat2 diluar sana, korang seharusnya lagi kena berhati-hati. Kalau dengan lelaki pun dorang boleh buat camni. Apatah lagi perempuan. Betol tak? Kita boleh timbulkan banyak kemungkinan negatif yang berlaku kerana ia secara langsung dapat meningkatkan tahap jaga2 kita setiap masa.

Sekian untuk perkongsian kali ini. Selamat menyambut Maulidurrasul. Takyah ler online di pagi Maulidurrasul ni. Ayuh join dorang semua berarak sambil berselawat beramai-ramai. Kalau birthday awek boleh ingat siap nak menyambut bagi hadiah gempak2, ayat2 sms yang berpuitis dan macam2 tapi takkan birtdhay Rasulullah kita tak sambutkan? Hehe.

Akhir kalam, 


"..~Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala ali muhammad~.."
Salam MaulidurRasul dari Rintihan Qalbi.

Wallahualam.

p/s : kepada yang dah memang tahu kisah di atas, kalau ade tersilap jalan cerita ker or tak ikot plot ke, maaflah yer? hehe. Tapi yang penting? Kerjasama! Sekian.

Comments