Study Circle II
Assalamualaikum.
..Proud to be a Muslim!!..
Selamat pagi Malaysia!
Alhamdulillah berkesempatan jugak aku untuk mengupdatekan blog di pagi yg mulia ni. Hmm. Semalam baru jer lepas aku menghadiri satu sesi halaqah 2 yang merupakan subjek wajib bagi memenuhi 0.5 credit hour untuk menyumbang pada CGPA sem ni. Tapi aku rase halaqah kali ni lagi bosan dan kurang menarik berbanding sesi halaqah 1 sebelum ni yg aku ambek mase sem satu. Mana taknya, halaqah untuk sem kali ni seolah-olah maseh tak stabil. Maksud aku dengan selalunya naqib tak datang, dengan berpindah-randah masuk group halaqah laen la, dengan pengisian yang aku rase kurang menarik, dan seumpamanya. Aku rase bukan aku sorang jer rase camni. Sebab member aku pun ade jugak merungut. Seolah-olah group kami terasa terabai. Pe cite!!
Ishx3. Ke aku rase pengurusan untuk sesi halaqah kali ni dalam kalangan naqib2 maseh tak konsisten tapi masalahnye skrg ni dah nak masuk pertengahan sem terakhir. Sepatutnya kitorang semua kene hafaz 5 hadis, beberapa doa harian dan 2 surah yakni Al-Mukminun dan Al-Furqan. Tapi sampai la ni, satu hapak pun tak buat lagi. Huhu. Kepada CCAC, tolong ambek tindakan!
..kenape kosong di tengah??..
Pastu kat sini aku rasa banyak jugak faktor yang menjadi suasana sesuatu halaqah itu menarik dan seronok untuk dihadiri. Antaranya adalah bergantung kepada Naqib yang dipertanggungjawabkan. Generally, kat Uia Gombak ni ade dua jenis naqib iaitu foreigner dan malaysian. Tapi aku tak tahu pasai pa untuk halaqah 2 ni, hanya ada satu jer dari berpuluh2 halaqah yang halaqahnya diterajui oleh naqib yang berbangsa Melayu. Huhu. Suka untuk aku membuat perbandingan sikit mengenai dua jenis naqib ni. Hmm.
Naqib berbangsa Foreigner :
-Penampilan yang agak kurang menyenangkan hati anak2 usrah. Kekadang tu ada yang pakai ikut adat dan budaya negara mereka. Memang takde masalah, tapi yang tak molek nye ade jugak dalam kalangan mereka yang mempamerkan penampilan yang agak selekeh. Huhu.
-Karakter yang mereka tonjol memang jauh menyimpang dari adat bangsa melayu. Maksud aku dari aspek mereka duduk, mereka mengendalikan halaqah, mereka berinteraksi antara golongan mereka di hadapan anak2 usrah dan seumpamanya. Memang kurang menyenangkan. Bayangkan ada dalam kalangan mereka yang tengah2 halaqah tu siap duduk kangkang sana kangkang sini, duduk macam cina kalah judi pun ada. Malaslah aku nak heboh2 sebab mungkin memang budaya mereka mengendalikan usrah macam ni. Huhu.
-Medium interaksi yang kurang jelas dalam kalangan pendengar2 yang terdiri daripada warga malaysian. Standardlah kalo kite lihat setiap foreigner dari negara macam2 kat luar sana ade slang 'speaking' mereka tersendiri. Tang tu la yang menyebabkan kami2 ni susah giler nak paham. Aduyai. Kekadang tu, buat2 dengar jer sebab dorang kata sepatah pun susah giler nak tangkap. Serius! Hoho. Then, bila dah kitorang pun susah nak paham dorang cakap english, yg kitorang ni lagi lah susah kalo nak speaking ngan depa pulak. Maklumlah, tak ngam. Aku pun tak tahu pasai pa. Mungkin sebab malu kot or leceh pun ade jugak. Woha. Terok betol.
Naqib berbangsa Melayu :
-Kalo kita tengok majoriti naqib bangsa melayu semua ikot adat melayu. Contohnya pakai Jubah, pakai kopiah, dan sebagainya. Walaupun hakikatnya hanya melibatkan pakaian tetapi ada 'Qudwah hasanah' di situ. Baru lah orang laen boleh contohi.
-Karakter dan penampilan mereka sentiasa dijaga semasa halaqah dijalankan. Maklomlah, kalo orang Melayu ni terkenal ngan adab dan adat mereka sendiri.
-Medium interaksi yang paling berkesan sebab anak usrah dan naqib yg sama2 berbangsa melayu. So ade 'chemistry' di situ. Confirm takde perasaan malu untuk bertanya atau nak share ape2 masa halaqah. Then kalo tak lancar cakap mat salleh pun leh bertutur dengan bahasa ibunda. Hoho. Tu yang best sikit. Haha. Takde lah terbelit2 lidah golongan non-native speaker yang berusaha utk speaking.
..transformer pun ajak pi usrah..woha!
Ok lah, setakat ni jer dulu. Nak pi study untuk mid term hujung minggu ni. Ade dua paper tapi kedua2 nye aku tak study lagi. Sempoi~ Hehe. Pray for my success. Wallahualam.
p/s : post in tidak bermaksud untuk menjatuhkan maruah mana2 pihak. Hanya sebagai wadah untuk melepaskan perasaan yang terpendam di hati. Sekian.
Jom buat memorandum!!!
ReplyDelete