Midterm Done! but..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berpeluang jugak aku nak mengimarahkan kembali laman blog Rintihan Qalbi ni setelah selesai menempuhi minggu midterm yang penoh dengan ke'tensi'nan. Huhu. Tapi da habes exam pun cam takde beza je sangat sebab assignment, presentation still berlambak-lambak. Tapi itulah fenomena atau senario yang biasa dihadapi pabila tiba pertengahan sem akhir. Overall exam kali ni alhamdulillah. Tu jer mampu untuk ku ucapkan. Hehe. Done about exam!

Hmm. Tengahari tadi aku dapat panggilan dari parent aku pasal anak buah aku masuk hospital sebab ade jangkitan kat paru-paru. Ape lagi, alang2 parent aku nak pergi melawat dia, aku pun join la sekaki. Naseb baek hospital Ampang tu memang kawasan yang pernah aku sampai sebelum ni. Kirenye takde la sesat nak ke sana. Sampai jer kat wad tu, kelihatan sahabat2 kakak ipar aku ramai jer yang tengah melawat sama. Ketibaan kami sekeluarga memeriahkan lagi suasana. Hehe. Sempat jugak aku snap gambar anak buah aku ni atau dengan kata lainnya anak kepada abang aku.

..enggan berjauhan dengan si 'umi'..

..dah start menangis..

..Nama saya Nurul Ikhlas binti Nazrul Amir Aliasaa..boleh saya berkenalan dengan awak?..

Kalo ikut ape yang akak ipar aku beritahu, mula2 Ikhlas mengalami demam panas. Budak ni pulak memang jenis yang anti makan ubat. So, bila dah teruk sangat akak ipar aku tu pun pergi la hantar ke klinik. Tengok2 doktor kata paru-paru die penuh dengan kahak. Kalo nak buang kahak tu kene hantar pergi hospital. Bila dah buat treatment kat hospital, lepas kahak2 tu berjaya dikeluarkan, tengok2 paru-paru die mengalami sedikit jangkitan. So, terpaksalah bermalam beberapa hari kat dalam wad untuk pemantauan doktor.

Sabar yer Ikhlas~

Ok. Sekarang ni pulak dekat UIA tengah kecoh2 pasal Pilihan Raya Kampus yang akan diadakan pada 22hb Feb ni. Tapi untuk kulliyyah ICT, Engin dengan Architecture, takde Pilihan Raya sebab jumlah calon tak ramai and dorang menang tanpa bertanding. (Dengar cerite sebab student2 kulliyah ni sume tengah busy belajar sampai takde masa dan nominate sesape. Agaknya lah.:P.) Kan best cam tu. Haha. Untuk kulliyah selain tu, bersedialah korang sume nak pergi mengundi. Tunaikan lah hak anda sebagai mahasiswa/wi UIA.

Sini saje aku nak tayangkan wajah calon2 yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kampus UIA Gombak.

Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law (AIKOL)




Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences (IRKHS)




Kulliyyah of Economic & Management Sciences (ENMS)




Institute of Education (INSTED)



Mungkin ramai lagi kot, tapi setakat yang ni jer yang aku terjumpe manifesto dorang2 ni kat fb. So, kepada pengundi2 diharapkan memilih secara bijak. Setakat ni jer dulu. Wallahualam.

Comments