Dari Jurutera ke Peniaga Gerai Makan

Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu lepas aku dihubungi oleh sahabatku yang menginap di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Selangor. Dia merupakan rakan sekelas masa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dahulu. 5 tahun sudah kami tempuhi dunia bermajikan di syarikat berbeza. Dia sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat pembekal untuk peralatan dalam industri Minyak & Gas sebagai Jurutera Rekabentuk. Malangnya pertengahan bulan Mei tempoh hari dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. So sekarang dia berjaya memulakan perniagaan membuka gerai makan tepi jalan. Setelah kira-kira hampir berbulan juga sebenarnya setiap kali lepak selalu berdiskusi perancangan dia untuk membuka gerai. Oh ya. Sebenarnya masa mula-mula dia bekerja dulu, memang dia dah tetapkan perancangan untuk hanya bekerja selama 5 tahun ...