Wedding Anak Cikgu Sani

Assalamualaikum.

Penat betol terasa badan ni bile asyik beraktiviti jer memanjang. Huhu. Semalam pergi Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Ma'ruf Club Uia Gombak kat Colleseum Kulliyah of Engineering. Habes tu dalam pukul 10 lebih. Actually, majlis berakhir dalam pukul 11 lebih seperti yang tertulis dalam tentatif tapi sebab terasa malas nak tunggu lame, aku pun beransur pulang ke bilik awal. Huhu.

***

LAPORAN RINGKAS ROMBONGAN PSSGM GOMBAK KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK CIKGU SANI

Pada hari Sabtu bersamaan 25 September 2010, Pssgm Gombak telah dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan anak kepada Khalifah Besar Tuan Haji Sani bin Morni yang diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Justeru, Pssgm SMK Sg Pusu turut diundang untuk membuat satu persembahan silat di hadapan pengantin dalam majlis tersebut.

Rombongan yang terdiri daripada 7 orang gurulatih dan 9 orang pesilat SMK Sg Pusu itu mula berkumpul di perkarangan SMK Sg Pusu tepat jam 1145 pagi dan bertolak berkonvoikan 4 buah kereta menuju ke majlis tersebut. Namun, disebabkan keadaan trafik sesak sepanjang Lebuhraya MRR2 menuju ke Jalan Ampang, ketibaan rombongan di majlis tersebut agak lewat iaitu sekitar jam 130 petang. Kelihatan juga turut hadir bersama di majlis tersebut Khalifah Besar Selangor Cikgu Ezhar Abbas Sekeluarga, Khalifah Besar W.P Kuala Lumpur Cikgu Kamaruddin, Gurulatih SAMBEST Cikgu Raouf Dahlan Sekeluarga, Pengerusi Lembaga Adat Selangor Cikgu Selamat Haji Mat Raji Sekeluarga dan ramai lagi.

..sebelum bertolak..

Ketibaan pengantin di Dewan Dato’ Ahmad Razali itu telah disambut dengan paluan gendang dari pasukan muzik silat SMK Sg Pusu dan disusuli dengan persembahan silat di hadapan pengantin oleh pesilat-pesilat SMK Sg Pusu. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang persembahan tersebut.

..pendekar dan srikandi SMK Sg Pusu..

..muzik silat..

..persembahan silat..

Sebelum beransur pulang, rombongan Pssgm Gombak telah bergambar bersama kedua mempelai di hadapan pelamin. Terima kasih diucapkan kepada Jurugambar yang bertugas, saudara Amy Zairy dan saudara Iwan. Rombongan bertolak pulang sekitar jam 430 petang dan terus menuju ke rumah saudara Shahmi untuk menghadiri rumah terbuka di Gombak. Namun, sekali lagi rombongan terpaksa mengharungi keadaan trafik yang sesak dan hujan yang lebat sepanjang perjalanan.

..bergambar bersama pengantin..

..di rumah Shahmi..

Rombongan pulang ke rumah masing-masing sekitar jam 600 petang.

Kesemua Peserta Rombongan Yang Hadir di Majlis Tersebut:

Gurulatih : Cikgu Hanafi, Cikgu Fazlieza, Cikgu Amy, Cikgu Azmi, Cikgu Mat, Cikgu Iwan, Cikgu Nazrul, Cikgu Shahmi, Cikgu Halim Sekeluarga, Cikgu Awin, Cikgu Adawiyah.

Pesilat : Firdaus (Black), Aizat, Aiman, Khaleeda, Fadiah (Mek).

Pemuzik : Azam, Alif, Arif, Amir.


Sekian untuk laporan aktiviti Pssgm Gombak kali ini.

***

Fuh~
Sampai jer bilik terus tidor. Bangun jer sedar-sedar dah masuk isyak dah. Adoyai~
Sampai ni jer penulisan kali ni. Wallahualam.

Comments