Posts

Showing posts from February, 2013

PARUT

Image
Assalamualaikum. Sejak belakangan ini, macam-macam perkara berkeliaran dalam akal fikiranku. Ada yang positif. Ada yang negatif. Dan jujurku katakan majoritinya menjurus ke arah negatif. Mungkin hatiku sudah tidak mampu untuk menampungnnya. Mudah betul ungkapan 'maaf' keluar dari mulut kita. Tapi hakikat sebenar adakah sepenuh hati kita memaafkannya. Dan pernahkah kita susah untuk memaafkan diri kita sendiri. Kesalahan yang mana kita sendiri sukar untuk memaafkannya walhal ianya hanya terjadi pada diri sendiri. Pernah aku terdengar ungkapan "Sebelum salahkan orang lain, salahkanlah diri kita sendiri kerana kita yang telah memutuskan untuk berada di jalan itu." dari seorang sahabat. Ya. Memang ada kebenarannya. Kita bertanggungjawab dengan keputusan yang telah kita putuskan. Dan seharusnya kita telah bersedia dengan segala kelengkapan sebelum kita lalui jalan tersebut. Namun, jelas kelihatan laluan yang telah ku pilih terlalu banyak halangan dan onak durinya yang mana ...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012

Image
Assalamualaikum. menu kami malam tu. Alhamdulillah, khamis yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012 bertempat di Manhattan Grand Ballroom Hotel Times Square tingkat 14. Reunion team pencak silat AUG Malaysia but without our coaches. Seriously tak puas hati. Coach tak diundang ke majlis tersebut. Habis tu dorang pikir siapa yang berkorban melatih atlit2?? Pegawai sukan IPT ke?? Pengurus pasukan ke?? Tak en. Of course la coach. Dah tu tak invite dorang sekali pasai pa?? Haih. Sabo je la. Harap gambar yang diupload mampu mengubati hati coach kami yang tak diundang tu. Hmm. Dah kata anugerah, confirm ade penyerahan insentif sempena kejayaan merangkul pingat2 di kejohanan sukan peringkat IPT sepanjang tahun 2012. Dan penglibatan kami merupakan penglibatan dalam sukan yang terakhir dan terprestij pada tahun lepas di peringkat KPT iaitu ASEAN University Games Vientiane Laos 2012. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa naik pentas dan dihulurkan sampul putih sambil...

Family BBQ!

Image
Assalamualaikum. Time : 2350H  Trying to write as simple as possible. Have to sleep on time coz tomorrow have a class at 830am. Warghh! Tengahari tadi, berlokasikan teratak rasmi kami di Bandar Tasik Puteri Rawang, kami sekeluarga berbarbeque bermenukan ayam, ikan, udang dan sotong. Penyediaan yang dilakukan sepenuhnya oleh kami tiga beradik dan dibantu oleh mak dan ayah of kos. Sorang tukang terbalikkan ayam/ikan/udang/sotong. Sorang tukang kipaskan arang kasi hidupkan apinya. Sorang tukang sapukan rempah ramuan kat atas ayam/ikan dengan menggunakan serai. Haha. ayam sebelum dibakar atas api. ikan, sotong dan udang sebelum dibakar atas api. sedang di bakar. Part paling sukar iaitu untuk mengagak dah cukup masak ke belum. Haha. dan hasilnya yang telah di bakar. my bro khusyuk menterbalikkan ayam. dan aku! Done! Thanks for reading. Night! Wallahualam.

Latest Food Pricing IIUM Gombak Endorsed!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai sudah salah satu permasalahan yang dihadapi oleh penghuni UIAM iaitu masalah harga makanan yang tak tetap di setiap cafe di seluruh mahallah dan kulliyyah dalam UIAM Gombak ni. Standard sebelum ini ada yang dikenakan harga yang agak mahal. Targeted cafe tak lain tak bukan salah satunya ialah cafe Salahuddin. Memang dah famous dengan cafe yang tiba2 mengenakan harga yang agak mahal. Paling simple minuman Milo Ais standard gelas tapi dikenakan harga RM1.80. Standard price RM1.50. Tu contoh paling simple. Belum lagi nak cakap pasal harga sepinggan nasi dan ayam semua. Confirm lagi mahal.  Ok. Hopefully after this gejala2 seperti ini tak terjadi dan harap pihak FFSD IIUM dapat buat pantauan untuk semua cafe yang terlibat supaya mereka mengenakan harga yang telah ditetapkan oleh pihak FFSD.  From YB Siti 'Aisyah Jauhara, VP III SRC IIUM fb profile page : ********** [UPDATE ON MANIFESTO – ISSUE OF FOOD PRICES AT IIUM CAFES] 8 FEBRUARI 2013 (FR...

Gelanggang PSSGM Masjid Besi mula beroperasi!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, 8 Februari yang lalu telah berjaya sudah pembukaan secara rasminya Gelanggang PSSGM baru yang bertapak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Besi Putrajaya. Di bawah tampuk pimpinan Ustaz Muhd Redza bin Ahmad selaku salah seorang Imam masjid tersebut juga sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pengimarahan Unit Khidmat Sosial merangkap Pengelola Gelanggang PSSGM Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Ustaz Mohamad bin Salan selaku Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam di bawah Unit yang sama. Gurulatih gelanggangnya pula merupakan sahabatku, Cg Ishkandar Zulqurnain anakanda kepada Ustaz Mohamad. Dan kehadiran kami ( Abg Rasyid, Aku, Saiful, Ibnu, Raja, Mira, Ayoi, Ayie dan Saufi) juga hanya sekadar untuk membantu dan mengimarahkan gelanggang pada malam tersebut disamping mempersembahkan demonstrasi silat secara spontan. Antara yang dipersembahkan ialah Golongan 31, Kombat, Bunga Tanjung, Pentas 1 dan Tempur Keris. Alhamdulillah be...

Demo Silat "Book Fair & Exhibition 2013 CFS IIUM"

Image
Assalamualaikum. 7 Februari yang lalu telah diadakan satu demonstrasi silat alu-aluan di Majlis "CFS IIUM Book Fair & Exhibition 2013" bertempat di AMF Hall, CFS IIUM Petaling Jaya. Antara yang dipersembahkan ialah Senam silat, set gerakan silat yang diolah sendiri dan diperagakan beramai2, kombat, tempur tangan kosong (Saufi & Taufiq) , tempur keris (Cg Raja & Cg Ayoi), tempur parang (Cg Ibnu & Cg Ishkandar), golongan 10 dan bunga tanjung. Ok. Actually tak diberitahu pun ade demo silat malam tu. Hajat pada mulanya nak menumpang berlatih di gelanggang sana. Tapi end up dapat tahu ade demo. Dan arahan pesilat2 Gayong UIA PJ direhatkan dari berlatih untuk malam tu telahpun dikeluarkan dari mulut Cikgu Selamat, Gurulatih Gelanggang PSSGM UIA PJ. Hmm. Nak buat camne. Akur je la. So, as usual kalau datang tanpa prepare ni bukan style aku nak main hentam buat demo spontan. Merakam and fotographer je la keje aku malam tu.  baru selesai tutup gelanggang. gambar berama...

Schedule for SEM II 2012/2013

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. At last, done set up all my subjects and my schedule through out this semester. Such a compact semester. Full with 9 subjects. 3 of them are the killer subjects. Pray for me.  Credit hour tertinggi yang pernah amek selama aku belajar kat UIA. 19.5 with 9 subjects. Warggh. Terasa banyak sangat la pulak. Nak tak nak kene amek jugak, kalau tak maybe kene extend 1 sem. Terpaksa amek 1 subjek fourth year nak cover credit hr subjek third yr yang aku tak dapat amek gara2 clash dengan subjek lain. Hmm. Hmm. Not bad la susunan die. Setiap hari kelas petang habis jam 330pm. So, ade masa nak exercise tiap petang. Tu pun kalau rajin. Haha. Kelas koku start minggu ke tiga. Lab and subjek fourth yr pulak start minggu depan. So, minggu ni hanya ade 5 subjek jer kene attend. Anyway attendance is now COMPULSORY! for ENGIN STUDENT. Till then. Happy STUDY guys! Strive to achieve best CM this semester. Learnt from previous one. Wallahualam.

Got my Baucar Buku 1M!

Image
Assalamualaikum. Second day of kuliah. Pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia kepada Mahasiswa UIAM untuk batch kemasukan tahun 2010. Tahun lepas dapat baucar RM200. Tahun ni ade peningkatan sikit ke RM250. Alhamdulillah. Salah satu resolusi untuk menyettlekan isu pembelian buku teks pengajian yang menelan kos yang agak tinggi kepada golongan mahasiswa. Thanks to Allah and of kos the government! Orang dah bagi, kita berterima kasih.  Sekadar menzahirkan perasaan syukur. Jadual giliran pengagihan Baucar Buku 1Malaysia kepada student UIAM. satu booklet senarai nama yang akan ditandatangani oleh student dikongsi untuk 2 lane. Mane taknya lama menunggu. My BB1M. 4 Baucar left. RM50 used. Just bought my Engineering Management 1 Textbook for RM60 per unit. What ever it is, I'm still glad we are provided with this kind of 'help' regardless what the agenda they might setup behind. As a student, we used to have problem with financial stuff. Just be positive. Takes what ever gives benefit...