Posts

Showing posts from January, 2014

Permohonan Pinjaman MARA Peringkat Pasca Siswazah Luar Negara 2014/2015

Image
Assalamualaikum. Penantian satu penyiksaaan. Begitulah detik-detk yang dilalui oleh graduan-graduan atau pelajar tahun akhir yang berhasrat untuk meluaskan ilmu kepakaran mereka ke luar negara pada masa yang sama menanti sumber pinjaman kewangan dari badan-badan berkenaan. Alhamdulillah. Penantian mereka terhenti hari ini bila di ruangan Berita Harian telah diiklankan...  " Permohonan Program Pinjaman Pelajaran MARA Peringkat Pasca Siswazah Luar Negara 2014/2015 utk peringkat Sarjana (Masters), Profesional dan Doktor Falsafah (PHD). " Permohonan akan dibuka secara ONLINE pada 3 - 16 Feb 2014. Kepada sesiapa yang telah menamatkan pengajian terdahulu (Degree/Master) atau at least final year dalam pengajian sekarang dibenarkan untuk apply. Untuk mendapatkan latest info berkenaan Program Pasca Siswazah Luar Negara 2014, boleh like page facebook di bawah. https://www.facebook.com/pages/Pascamara2014/579833568768811 Untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan pemohonan Program Pasca...

Selangor Jr. JUARA Taming Sari 6

Image
Assalamualaikum. Selesai sudah satu lagi kejohanan terbuka yang menjadi aktiviti tahunan anjuran Kelab Pencak Silat UKM iaitu Kejohanan Pencak Silat Taming Sari IV 2014 Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa yang berlangsung selama lima hari bermula 26hb Januari hingga 30hb Januari 2014. Alhamdulillah untuk penyertaan Team Selangor kali ini menampilkan aksi-aksi pesilat Junior yang terdiri daripada atlit-atlit SUKMA yang bakal berentap di Perlis pada bulan Mei ini insya Allah. Secara keseluruhannya untuk peringkat OPEN, alhamdulillah Team Selangor Jr. berjaya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN dengan pungutan pingat sebanyak 9 EMAS, 4 PERAK dan 3 GANGSA. TAHNIAH! Untuk penyertaan kali ni, jujurku katakan adalah atas dasar memenuhi permintaan sahabatku Azam Mokhtar dan Nasfirdaus yang inginkan skuad REGU PUTRA Selangor (Senior) beraksi. Walaupun berbakikan kurang dari sehari latihan bersama, alhamdulillah kejayaan kali kedua untuk skuad kali ni mampu beroleh. Apepun, harap mereka puas h...

Result Sem 1 (13/14) keluar!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tepat detik 12 tengah malam tadi, secara rasminya keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2013/2014 dikeluarkan menerusi tiga server yang telah disediakan oleh pihak ITD UIAM. Syukur resultku kali ni masih MAINTAIN walaupun ada sikit penurunan 0.0XX. But still ALHAMDULILLAH!!   Nampaknya perancanganku boleh diteruskan. Apa yang perlu hanya keyakinan dalam diri. Yakin diri ini mampu mencapai satu target yang mana hati kecilku berkata aku tidak mampu. Positifkan fikiran. Cabar diri sendiri untuk maju kedepan. Kalau aku masih mempersoalkan kemampuanku, sampai bila-bila aku akan berada ditakuk yang sama.  Ya Allah, Engkau berikanlah ku kekuatan, keyakinan dan ketabahan dalam aku menempuhi ranjau kehidupan dan ujian yang Engkau turunkan. Sesungguhnya untuk tahun ini aku telah pasang satu misi, satu niat yang akan merubah masa depanku. Dan ape yang aku perlukan ialah keyakinan dalam diri. Dan Engkau permudahkanlah segala urusanku dalam mencapai misi ter...

Taming Sari 6 Done!

Image
Alhamdulillah. Selesai sudah misiku untuk memenuhi permintaan kedua sahabatku yang teringin sangat beraksi dalam acara regu putra open menggalas nama merah-kuning dalam Kejohanan Silat Taming Sari 6 UKM kali ni. Syukur. Overall Silat Seni Selangor berjaya memungut 4 EMAS dan 2 PERAK. Walaupun secara jujurnya latihan kami sangatlah singkat hinggakan kebersamaan dalam acara berkumpulan khususnya hanya memakan masa kurang sehari. Yes. Teramat singkat. Dengan kondisi fitnessnya yang nafasnya ibarat 'naga'. Pancit! Haha. Papepun the second game yang aku join dan tersangat enjoy. Misi bukan nak menang. Tapi hanya bermatlamatkan ingin mempersembahan yang terbaik dan yang penting enjoy dalam mempamerkan gerak. Berikut adalah keputusan penuh acara SILAT SENI Open : Solo Putra 1. Kedah 2. Selangor 3. Alumni UKM Solo Putri 1. Selangor 2. [Tak Pasti] 3. [Tak Pasti] Tunggal Putra 1. Kedah 456 2. Selangor 452 3. Pahang 448 Tunggal Putri 1. Selangor 448 2. Indon 433 3. Johor 432 Ganda Putra 1...

Walimah Coach HBO & Kak INA di JB

Image
Assalamualaikum. Penat. Letih. Capek. Mengantuk. Sakit pinggang. Ok. Semua ade. Tapi semuanya berjaya diselaputi dengan kesoronokan. Kegembiraan. Keterujaan. Kepuasan. Alhamdulillah~ Baru pulang dari menghadiri majlis walimah coach Habizan di Larkin Perdana, Johor Bharu. Serius penat gila drive ulang alik KL-JB dalam sehari. To be spesifik in 12 hours. Wauu. Rasanya macam dah catat rekod peribadi pulak. Haha. Perjalanan pergi yang mengambil masa 2 jam setengah dan perjalanan pulang mengambil masa 5 jam. Tu lah bezanya kalau dah rushing. Haha. Apepun, alhamdulillah syukur sangat kami berjaya pergi dan pulang dalam keadaan selamat. Namun, keletihan masih menghalangku untuk menginterpretasikan maksud disebalik keadaan aku sekarang. Lets the pictures describe everything.   Baru sampai JB sekitar jam 1200H. Pengantin pun tak siap lagi. Ape lagi? Makan dulu. Haha.  3 kuntum bunga je yang hadir mewakili silat selangor. Gandingan Regu Putri UiTM MASUM 2010. Muka tengah fokus ready unt...

Intipati Dasar Automotif Negara (NAP) 2014

Image
Sumber dari Berita Harian [2014/01/20 - 16:19:59 PM] MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 di Menara MATRADE, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini: Objektif: Mempromosi industri automotif domestik secara kompetitif dan berkekalan. Mentransformasikan Malaysia sebagai hab automotif bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) Mempromosi aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi Memperkukuh eksport kenderaan dan komponen  Menggalakkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam rangkaian nilai industri automotif domestik     Melindungi kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang lebih selamat dan berkualiti pada harga kompetitif. Secara keseluruhan, NAP 2014 menyediakan pakej pembiayaan berjumlah kira-kir...

Kursus dan Ujian PSSGM (K) Selangor 2014

Image
Assalamualaikum. Entah kenapa malam ni tetibe takde mood nak tidur. Rasa nak bersengkang mata online jer. Tapi takde jugak website-website yang best nak diselongkar. Dan pengakhirannya, diri ini memilih untuk berceloteh di kala family ku semua dah lebuh dibuai mimpi. Kali ni topik perbincangan mengenai GAYONG. Dahulunya aku sangat aktif bergayong. Bermula dari sebelum aku menceburkan diri dalam sukan pencak silat. Giat turun gelanggang ke gelanggang, menuntut dengan cikgu-cikgu yang mempunyai kepakaran masing-masing. Sampai tahap dalam seminggu lima gelanggang aku turun menuntut. Setakat ni paling jauh menuntut di gelanggang Jengka, Pahang. Tapi, sejak aku giat dalam sukan pencak silat, kegiatan GAYONG ku dah mula terabai. Kejohanan demi kejohanan aku tempuhi dan alhamdulillah semuanya berpulangkan pingat di leher. Warnanya pun alhamdulillah majoritinya emas. Dan sekarang bila aku berpendirian untuk menggantungkan baju dalam sukan pencak silat, terasa jauh pulak ketinggalan dengan saha...

My SV's Achievements

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai mengemaskini post-post terdahulu laman ini. Berjaya jugak aku compilekan kesemua post dan penulisanku sejak bergelar seorang blogger dari tahun 2009 hingga kini. Now, lets move to the main topic. Idola atau bahasa mat salehnya dipanggil idol . Merupakan seseorang yang dijadikan contoh ikutan. Mengikut penulisanku yang terdahulu, sempat aku coretkan latar belakang idolaku dalam sukan pencak silat khusus dalam acara silat seni, iaitu my coach, Habizan Othman a.k.a. Dannial. Boleh refer post terdahulu dengan hanya klik di SINI . Tapi sekarang ni pulak, suka untuk aku kongsikan sedikit latar belakang idolaku dalam permusafiranku di arena akademik khusus dalam bidang engineering. That is my FYP's supervisor, Engr. Dr. Fadly Jashi Darsivan a.k.a. FJD. Jom lihat background beliau :- ********** Ringkasan : A lecturer and researcher at the Mechanical Engineering Department, Faculty of Engineering, International Islamic University Malaysia. Courses t...

PSSGM Tun Perak

Image
Assalamualaikum. Tetibe terdetik nak berkongsikan sikit mengenai gelanggang silat yang baru secara official aku terajui bersama sahabat-sahabat seperlatihanku, Cg Ihsan dan Cg Faris. Sorang senior aku dan sorang junior aku. Rasanya boleh teka yang mana satu junior yang mana satu senior. Haha. Gombak - Selangor - Malaysia   Faris - Ihsan - Nash Gelanggang latihan di SMK Tun Perak, Rawang. Gelanggang atas nama Mohd Ihsan Ab Rahim iaitu ketua gurulatih gelanggang ni. Nak cerita pasal latar belakang silat Cg Ihsan ni sangat banyak dan mantap. Peluang dan pencapaian beliau yang aku kira antara terhebat ialah bermusafir menuntut ilmu gayong bersama-sama anak-anak gayong FRANCE di sana. Berpeluang mempelajari beberapa seni mempertahankan diri orang France. Sangat beruntung beliau. Alhamdulillah, tahun ni baru jer selesai latihan pertama dijalankan pada Ahad yang lepas. Walaupun kedatangannya tak memberangsangkan tapi at least permulaan yang dah cukup baik untuk gelanggang ni. Harap komitm...

Servis Kereta di PERODUA

Image
Assalamualaikum. Selesai tanggungjawab hakiki ku terhadap keretaku. Servis di PERODUA Service Center Hulu Kelang. Setakat ni sejak odometerku 90 ribu lebih start hantar kereta tu servis kat Perodua. Sebelum ni ayah aku biasa hantar kat bengkel biase je. I would say that, hantar di Perodua lagi puas dari hantar di bengkel biasa. Bengkel biasa bukan tak percaya, tapi bak kata orang pembuat lebih tahu mengenai produk yang dibuatnya. Kekadang di bengkel biasa ni dorang buat kerja asal jadi je. Dan lagi satu, trend bengkel masa kini, masa dorang servis kereta, dorang akan kenal pasti seberapa banyak part yang perlu diganti. Orang kata sambil menyelam minum air. Alang-alang servis kereta tu dia cari problem dan claim mintak tukar. Then akhirnya bil yang dikeluarkan cecah beribu. Padahal part yang katanya perlu diganti tu mungkin masih boleh bertahan dua tiga tahun lagi. Itu pengalaman aku sendiri yang dah biase terkena. Tapi kalau kat Perodua ni, dorang lebih tahu jangka hayat spesifik part ...

IDP Done. Holidays Begin!

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah, sekian lama tak menaipkan sesuatu kat laman ni. Betapa sibuknya aku sejak dua menjak ni dengan urusan dunia. Maklumlah bila bergelar final year sudent ni, lagi-lagi bila menuntut dalam bidang engineering, sangat-sangat sibuk. Semester ni, batch aku (2010/2011 IIUM automotive students) diperkenalkan dengan subjek baru yang diberi nama Integrated Design Project (IDP). Subjek yang berkonsepkan FYP cuma projeknya bergerak dalam kumpulan. Bila dalam kumpulan ni, lagi macam-macam kerenah kena lalui. Ade yang bertindak sambil lewa. Ade yang nak disuruh baru buat. Ade yang menanti tugasan dari orang. Yang tak ambil tahu langsung pun ade. Lagi-lagi bila dateline report submission semakin hampir, tapi report langsung tak mula buat. Sampai tahap aku terpaksa tampilkan diri buat semua tu. Tersangat stress ketika itu. Namun positively thinking, aku jugak yang dapat belajar something kalau aku sendiri yang buat. Alhamdulillah, last minit dapat jugak komitmen dari semu...