Kursus dan Ujian PSSGM (K) Selangor 2014


Assalamualaikum.

Entah kenapa malam ni tetibe takde mood nak tidur. Rasa nak bersengkang mata online jer. Tapi takde jugak website-website yang best nak diselongkar. Dan pengakhirannya, diri ini memilih untuk berceloteh di kala family ku semua dah lebuh dibuai mimpi.

Kali ni topik perbincangan mengenai GAYONG. Dahulunya aku sangat aktif bergayong. Bermula dari sebelum aku menceburkan diri dalam sukan pencak silat. Giat turun gelanggang ke gelanggang, menuntut dengan cikgu-cikgu yang mempunyai kepakaran masing-masing. Sampai tahap dalam seminggu lima gelanggang aku turun menuntut. Setakat ni paling jauh menuntut di gelanggang Jengka, Pahang.

Tapi, sejak aku giat dalam sukan pencak silat, kegiatan GAYONG ku dah mula terabai. Kejohanan demi kejohanan aku tempuhi dan alhamdulillah semuanya berpulangkan pingat di leher. Warnanya pun alhamdulillah majoritinya emas. Dan sekarang bila aku berpendirian untuk menggantungkan baju dalam sukan pencak silat, terasa jauh pulak ketinggalan dengan sahabat-sahabat seperlatihan GAYONG dulu. Mereka semua dah advance. Berbengkong 'warna-warni' dan aktif berdemo. Tapi aku? Hmm.


Kebetulan, baru-baru ni Majlis Gurulatih PSSGM (K) Selangor baru lepas mesyuarat dan telah menetapkan beberapa tarikh untuk penganjuran kursus-kursus dan ujian-ujian kenaikan bengkong.

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Tongkat Panjang
Tarikh: 2hb, 9hb, 16hb dan 23hb Mac 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan Minima: Bengkung Kuning Cula Satu

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Pisau
Tarikh: 6hb, 13hb, 20hb dan 27hb April 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Kuning Cula Dua

Ujian berpusat: Peringkat Negeri
Kenaikan Bengkung: Kuning Cula Satu dan Kuning Cula Dua
Tarikh: 26hb April 2014
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Penguji: Majlis Gurulatih Negeri Selangor

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Parang 1
Tarikh: 4hb, 11hb, 18hb dan 25hb Mei 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Kuning Cula Tiga

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Keris
Tarikh: 8hb, 15hb, 22hb dan 27hb Jun 2014 (setiap hari Ahad. Hari terakhir latihan pada 27.6.2014)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Kuning Cula Empat

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Kursus: Gurulatih
Tarikh: 17hb, 24hb dan 31hb Ogos 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Merah Cula Tiga keatas

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Lembing
Tarikh: 7hb, 14hb, 21hb dan 28hb Sep 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Kuning Cula Lima

Ujian berpusat: Peringkat Negeri
Kenaikan Bengkung: Kuning Cula Tiga, Kuning Cula Empat dan Kuning Cula Lima
Tarikh: 11hb Okt 2014
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Penguji: Majlis Gurulatih Negeri Selangor

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Cindai
Tarikh: 12hb, 19hb, 26hb Okt dan 2hb Nov 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Hitam Cula Satu

Jenis Kursus: Peringkat Negeri
Senjata: Sundang
Tarikh: 16hb, 23hb, 30 Nov dan 7 Dis 2014 (setiap hari Ahad)
Lokasi: Wisma Gayong, Jalan F, Kampung Pandan
Waktu: 10 pagi – 6.30 petang
Tenaga Pengajar: Majlis Gurulatih Negeri Selangor
Kelayakan minima: Bengkung Hitam Cula Dua 

Serius banyak gila kursus dan ujian dorang nak buat tahun ni. Target macam nak join salah satunya. Tapi kena ajak member baru best. Dan confirm kene readykan badan balik untuk bergayong. Sekian lama tinggalkan kunci mati, pentas, kombat dll. Harap masih ingat lagi semuanya.

Nak tahu details mengenai ujian-ujian dan kursus-kursus ni boleh rujuk SINI.

Comments