PSSGM Tun Perak


Assalamualaikum.

Tetibe terdetik nak berkongsikan sikit mengenai gelanggang silat yang baru secara official aku terajui bersama sahabat-sahabat seperlatihanku, Cg Ihsan dan Cg Faris. Sorang senior aku dan sorang junior aku. Rasanya boleh teka yang mana satu junior yang mana satu senior. Haha.

Gombak - Selangor - Malaysia
 
Faris - Ihsan - Nash

Gelanggang latihan di SMK Tun Perak, Rawang. Gelanggang atas nama Mohd Ihsan Ab Rahim iaitu ketua gurulatih gelanggang ni. Nak cerita pasal latar belakang silat Cg Ihsan ni sangat banyak dan mantap. Peluang dan pencapaian beliau yang aku kira antara terhebat ialah bermusafir menuntut ilmu gayong bersama-sama anak-anak gayong FRANCE di sana. Berpeluang mempelajari beberapa seni mempertahankan diri orang France. Sangat beruntung beliau.

Alhamdulillah, tahun ni baru jer selesai latihan pertama dijalankan pada Ahad yang lepas. Walaupun kedatangannya tak memberangsangkan tapi at least permulaan yang dah cukup baik untuk gelanggang ni. Harap komitmen dapat dikekalkan hingga kesemua misi dan perancangan tahun 2014 ni terlunas sebelum berakhirnya tahun ni. Amin.

Wachaaaa!!!

Dan aku sangat berharap, segala perancangan dan perjalanan yang telah diaturkan oleh gurulatih dan AJK gelanggang ni tak diganggu oleh pihak terbabit. Please! Kalau nak direspek orang, mohon respek orang dulu. Sekian.
 

Comments