Result Sem 1 (13/14) keluar!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tepat detik 12 tengah malam tadi, secara rasminya keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2013/2014 dikeluarkan menerusi tiga server yang telah disediakan oleh pihak ITD UIAM. Syukur resultku kali ni masih MAINTAIN walaupun ada sikit penurunan 0.0XX. But still ALHAMDULILLAH!!

 

Nampaknya perancanganku boleh diteruskan. Apa yang perlu hanya keyakinan dalam diri. Yakin diri ini mampu mencapai satu target yang mana hati kecilku berkata aku tidak mampu. Positifkan fikiran. Cabar diri sendiri untuk maju kedepan. Kalau aku masih mempersoalkan kemampuanku, sampai bila-bila aku akan berada ditakuk yang sama. 

Ya Allah, Engkau berikanlah ku kekuatan, keyakinan dan ketabahan dalam aku menempuhi ranjau kehidupan dan ujian yang Engkau turunkan. Sesungguhnya untuk tahun ini aku telah pasang satu misi, satu niat yang akan merubah masa depanku. Dan ape yang aku perlukan ialah keyakinan dalam diri. Dan Engkau permudahkanlah segala urusanku dalam mencapai misi tersebut. Aku bermohon pada-Mu ya Allah. Allahumma Aminn.

TAHNIAH dan SYABAS buat sahabat-sahabat yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Yang kurang memberangsangkan, kita sama-sama perbaiki untuk semester mendatang. Tiada istilah putus asa dalam perjuangan menuntut ilmu. Peace!

Comments