Servis Kereta di PERODUA


Assalamualaikum.

Selesai tanggungjawab hakiki ku terhadap keretaku. Servis di PERODUA Service Center Hulu Kelang. Setakat ni sejak odometerku 90 ribu lebih start hantar kereta tu servis kat Perodua. Sebelum ni ayah aku biasa hantar kat bengkel biase je. I would say that, hantar di Perodua lagi puas dari hantar di bengkel biasa. Bengkel biasa bukan tak percaya, tapi bak kata orang pembuat lebih tahu mengenai produk yang dibuatnya. Kekadang di bengkel biasa ni dorang buat kerja asal jadi je. Dan lagi satu, trend bengkel masa kini, masa dorang servis kereta, dorang akan kenal pasti seberapa banyak part yang perlu diganti. Orang kata sambil menyelam minum air. Alang-alang servis kereta tu dia cari problem dan claim mintak tukar. Then akhirnya bil yang dikeluarkan cecah beribu. Padahal part yang katanya perlu diganti tu mungkin masih boleh bertahan dua tiga tahun lagi. Itu pengalaman aku sendiri yang dah biase terkena.

Tapi kalau kat Perodua ni, dorang lebih tahu jangka hayat spesifik part kereta tu. Sebagai contoh untuk BELTING kena ditukar selang 60 ribu km, setiap kali servis dorang akan cek just to make sure takde ape-ape problem. Tapi bila dah servis exceed 60 ribu km, dorang akan suggest untuk ditukar. Same goes to other parts. Dan lagi satu, part yang diganti pulak confirm original dari kilang. Kalau tak original, boleh saman dorang kot.

PERODUA Service Centre Ulu Klang

Apepun, alhamdulillah sekarang ni umur porcheku dah genap 7 tahun 3 bulan dan masih mampu untuk travel long distance. Insyallah weekend ni akan turun ke selatan Malaysia, area Johor Bharu. Attending my coach's wedding. Till then.

Comments