Monday, 27 January 2014

Taming Sari 6 Done!


Alhamdulillah.

Selesai sudah misiku untuk memenuhi permintaan kedua sahabatku yang teringin sangat beraksi dalam acara regu putra open menggalas nama merah-kuning dalam Kejohanan Silat Taming Sari 6 UKM kali ni.

Syukur. Overall Silat Seni Selangor berjaya memungut 4 EMAS dan 2 PERAK. Walaupun secara jujurnya latihan kami sangatlah singkat hinggakan kebersamaan dalam acara berkumpulan khususnya hanya memakan masa kurang sehari. Yes. Teramat singkat. Dengan kondisi fitnessnya yang nafasnya ibarat 'naga'. Pancit! Haha. Papepun the second game yang aku join dan tersangat enjoy. Misi bukan nak menang. Tapi hanya bermatlamatkan ingin mempersembahan yang terbaik dan yang penting enjoy dalam mempamerkan gerak.

Berikut adalah keputusan penuh acara SILAT SENI Open :

Solo Putra
1. Kedah
2. Selangor
3. Alumni UKM

Solo Putri
1. Selangor
2. [Tak Pasti]
3. [Tak Pasti]

Tunggal Putra

1. Kedah 456
2. Selangor 452
3. Pahang 448

Tunggal Putri
1. Selangor 448
2. Indon 433
3. Johor 432

Ganda Putra
1. Kedah 525
2. Selangor 523
3. Negeri Sembilan 519

Ganda Putri
1. Selangor 536
2. Johor 519
3. Kedah 518

Regu Putra
1. Selangor 459
2. Johor 443
3. Negeri Sembilan 438

Regu Putri - Selangor tak hantar penyertaan.

Alhamdulillah. 4 EMAS 2 PERAK dah dalam tangan Selangor. TAHNIAH! Kini hanya nantikan kilauan pingat dari pihak silat olahraga pulak. Walaupun targetnya tak ramai gara-gara majoritinya pesilat baru dalam kalangan atlet pembangunan SUKMA Perlis 2014, namun tak mustahil keajaiban boleh berlaku. Insya Allah.


Gudluck TEAM SELANGOR JUNIOR!!! Maaf Ambo terpaksa beransur awal sebab ada kekangan perihal akademik sikit.

Bila berada dalam kalangan atlet-atlet SUKMA Perlis ni, terasa diri ni dah tua sangat pulak. Boleh kata semua batch aku (SUKMA 2010) semua dah retire, tapi aku antara yang masih maintain setia dengan pasukan. Err. Setia la sangat! Padahal kena paksa. Haha.

Papepun. All the best guys! Jumpe masa majlis penyampaian hadiah nanti kalau ade rezeki. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...