Avenue K - KLCC - TS

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai sudah seharian berkeliaran sekitar KL memenuhi hajat untuk mencari kelengkapan sebelum kami fly hari selasa ni. Hajat pada mulanya hanya tertumpu kepada KLCC. Tapi alih2 sampai ke Times Square kami bershopping. Ok. Lets describe further..

Seawal jam 10 pagi kami dah terpacak di stesen LRT Terminal Putra Gombak untuk menaiki tren terus ke KLCC. Kami? Opss. Lupa nak mention. Me with ma one and only sister. Yes. Of kos. Lokasi pencarian sampai ke KLCC jugak adalah cadangan beliau. Kalau aku? Wangsa Walk sudahh. Haha.

Tiba di KLCC, destinasi pertama kami ialah ke Avenue K, bangunan sebelah KLCC. Pertama kali jugak aku jejakkan kaki ke shopping complex tu. Choice sangat banyak. Tapi disebabkan bilangan digit yang terpampang di ATM machine dalam akaun aku agak kurang dari 4, terus aku batalkan hajat untuk boros. Haha. Hatiku memujuk "Sabarr Nazrul~ Tunggu dah kerja nanti baru boleh beli semua tu..". Selesai survey barang sekitar Avenue K, kami terus meluaskan skop pencarian kami ke KLCC. Nak kata choice tu memang super duper banyak, tapi faham2 je la. Boleh kata majoriti kedai semua berkonsepkan butik dan confirm mahal giler. Alamatnya memang masuk kedai act macam orang kaya, then bila tengok harga mahal, terus melontarkan kata-kata seperti "ni murahh sangat nii.. tak layak kita nak beli.. Kalau boleh cari yang mahal lagii.." atau "beg ni memang dah lawa dah.. tapi saiz pulak kecik.. sayangg~ pi cari tempat lain pulakk..". Hahaha.

Minum pagi sebab tersampai awal. kedai pun tak bukak lagi. nasib baik cafe ni bukak awal dan murah berbanding cafe lain. Ohh lupa. Nama cafe ni Cafe Warisan at Avenue K.

Normal. Kegiatan bila dah takde kerja. Haha. Selfie mengadap satu sama lain. 

Pilihan beg kakak aku. Tu die punya. Bukan aku punya. Aku punya lagi besar. Barang nak sumbat lagi banyak. Haha.

Takde niat langsung nak beli. Not in my list to buy. Just purposely to snap the picture with it. Heh.

Tolong jangan kata aku gemuk. Blazzer tu yang besar. Haha.

Nice one. Sangat suka barang yang warnanya attract others. Haha. Tapi cam tak tahan lama pulak kalau nak sumbat banyak barang untuk travelling purposes.

Ok. Rasa awkward pulak bergambar sambil mengenakan topi. Tak biasa pakai. Rasa pelik. Haha.

Ok. Dah start merepek. Tapi itulah hakikatnya ape yang terjadi tadi. Sebenarnya hajat kami bertandang di KLCC untuk mencari beg sandang, jaket dan dompet. Dan sempat jugak drop by Kinokuniya. Yaa! Pantang betul aku kalau masuk Kinokniya. Confirm terbeli buku. Ni semua sebab kakak aku sorang ni. Suka sangat recommend buku kat orang. Hehe. Lunch di Food Court bermenukan  burger set Mini Tower di restoran Fuel Shack. First time jugak merasa makan kat restoran tu. Serius puas giler burger die. Daging mampat. Walaupun menelan kos mencecah RM17 untuk sebijik burger, tapi aku rasa berbaloi. Berbaloi untuk first timer macam aku dan absolutely that is the last. Haha. Mahal bak ang! Selesai je lunch, misi pencarian diteruskan tapi kali ni terus membuat pembelian.

Menu Mini Tower set + one Ala Carte Large Fries menelan kos exactly RM25.

Selesai misi di KLCC, tetibe terdetik untuk ke Times Square. Kebetulan walletku dan beg sandangku masih tak ketemui lagi. Lantas kami membeli token LRT Putra untuk ke KL Sentral dan switch Monorail terus ke Plaza Imbi. Sampai kat TS terus menunaikan Solat Zuhur dan pada masa tu jam menunjukkan pukul 3.08 petang. Selesai solat zuhur, terus kami bermundar-mandir sekitar TS dari floor 7 sampai ke floor 1 turun one by one. Giler jugak tadi. Kaki dah cukup lenguh nonstop berjalan dari Avenue K ke KLCC dan sekarang pusing2 TS pulak. Haha.

Aku bersama beg berjenama Converse. Lagi sikit je nak beli. Tapi brand Adidas berjaya menawan hatiku. Haha.

Rasa macam shopping sakan. Tapi memang pun. Haha. Sekali sekala. 

Alhamdulillah. Misi pencarian wallet kulitku dan beg sandangku membuahkan hasil. Wallet yang berjaya memikat hati empunya blog ini berjenama Charles Berkeley di beli di kedai Leather Avenue manakala beg sandang pulak berjenama Adidas. Ok. Yang Adidas tu kebetulan lalu sebelah kedai tu dan ternampak beg tersebut dari luar. Terus terpikat. Orang kata cinta pandang pertama ni selalunya betul. Then aku terus beli! Haha.

Die mengada-ngada. Aku cool. Haha. On our way back to Monorail Station.

Sebelum pulang sempat singgah di Coffee Bean KL Sentral. Layan Ice blended perisa Mocha.

Panorama View.

Selesai kesemua misi pencarian terus menujuk ke stesen Monorail dan pulang ke KL Sentral. Sebelum kami menaiki LRT Putra balik ke Terminal Putra, sempat menikmati Ice Blended Original berperisa Mocha di Coffee Bean KL Sentral. Yumm! Yes. My favourite! Ice blended. Hehe. Sampai rumah sekitar jam 700 malam. Penat. Lenguh. Letih. Semua ada. Tapi yang penting seronok. Sebab beg pilihan dapat. Dompet pilihan dapat. Sekarang tiba masa nak allocate masa untuk kemas beg untuk ke sana. Entah bila nak mula kemas. Malas pulak rasa. Hehe. Thats all for today's story. What a hectic day for us. Still tomorrow will be a long long day. Will be attending Mega Career Fair at KLCC. Ke sana lagi lah kita nampaknya esok. Moga bermanfaat. InsyaAllah. 

Wallahualam.

Comments