Goodluck Sahabat² ke United Kingdom!
Assalamualaikum.
Seronok tengok sahabat-sahabat berjaya mencapai cita-cita mereka untuk menyambung pelajaran ke sana. Ada yang buat degree. Ade yang bat master. TAHNIAH! Dzul dan Shakeel. Walau hanya baru bersua dan berkenalan tika menghadiri event "An Evening with the Faculty of Engineering, University of Sheffield" anjuran South East Asia Office University of Sheffield bertempat di Armada Hotel Petaling Jaya tempoh hari. Tapi seronok sebenarnya berkenalan dengan orang yang tinggi matlamatnya. Orang yang tinggi motivasi dan impian hidupnya. Bila melihat profile fb mereka sepintas lalu, jelas mereka bukanlah calang-calang orang yang terpilih untuk ke sana. Aku? Memang jauh ketinggalan nak dibandingkan dengan mereka.
Ketika event "An Evening with the Faculty of Engineering, University of Sheffield"..
Dzulasyraff, student Master in Safety Engineering di Universiy of Sheffield..
Ahmad Shakeel, student Bachelor Degree in Civil Engineering di University of Sheffield..
Tipulah kalau diri ini tak terasa cemburu dengan mereka. Walhal matlamat kami adalah untuk berkumpul dan menuntut ilmu di sana bersama-sama. Tapi apa kan daya, Allah telah menyediakan aku dengan platform yang berbeza. Mungkin mereka sudah bersedia untuk ke sana. Tapi aku tidak. Mungkin laluan terbaik aku di sini. Di Malaysia sama ada untuk terus menerokai dunia karier atau sambung belajar di dalam negara saja. Seribu persoalan timbul tapi pendirian telah ku tetapkan untuk terus ke bidang kerjaya.
Padaku, cita-cita sambung belajar ke bidang Master hanya tertunai jika peluangku untuk ke luar negara. Bukanlah aku terlalu memilih dan membanding-bandingkan universiti dalam dan luar negara, cuma aku lebih memilih untuk sambung ke luar negara kerana inginkan suasana belajar yang berbeza. Ingin merasai pengalaman menuntut di tanah seberang. Ingin mendedahkan diri dengan budaya dan cara hidup mereka. Menarik sebenarnya dan sejujurnya aku sudah lama merangka wadah ini. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Aku redha. Dan aku sentiasa memohon agar Allah tetap laksanakan impianku untuk sambung pengajian Master di luar negara.
Dan kini, aku hanya mampu melihat mereka di sana menerusi laman muka buku, twitter dan berinteraksi menerusi papan kekunciku saja. Namun, aku tetap bangga mengenali mereka. Dan selang beberapa hari saja lagi, seorang lagi sahabatku bakal terbang ke London untuk menyambung pengajian Master dalam bidang Advance Aerospace Engineering di Imperial College London. Ya Allah. Beruntungnya mereka.
Shazwan @ Juwe, bakal student Master in Advance Aerospace Engineering di Imperial College London..
Di sebalik kesibukan beliau mempersiapkan diri untuk menyambung pengajian ke sana, sempat juga beliau dan Sarah bertunang. Al maklum, suka sama suka. Juwe pula bakal meninggalkan Malaysia selama setahun untuk ke sana. Atas perkenan emak masing-masing, maka terikatlah mereka secara rahsia dan akan dihebahkan tak lama lagi katanya. Apepun, TAHNIAH sahabat! Semoge berjaya mencapai impianmu di sana. Ada rezeki doakan aku berpeluang ke sana. Amin. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput ambe.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment