Game Silat Piala TPM 2014 Ipoh. Congratz Guys!!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Genap 10 hari aku berada di perantauan. Banyak benda yang aku belajar. Ade yang aku kagumi. Ade yang aku kurang selesa dengan budaya dan cara hidup kat sini. Tapi itu yang membuatkan pengalaman permusafiranku ke tanah arab yang dahulunya hanya terkenal dengan perkampungan nelayan ini menarik. Namun kini berkembang pesat dan tahap kemajuannya mendadak. Reka bentuk dan seni bina bangunan yang aku boleh kira menakjubkan dan moden. Ok. Untuk coretan mengenai kembaraku kali ni, lets wait for the right post to be published soon. Now, lets move to the main topic!
Sekarang baru aku faham kata2 yang pernah dilontarkan kepadaku oleh veteren2 pesilat negara. Aku ingat lagi salah seorang pesilat puteri bekas juara dunia satu ketika dulu. Maaf, terlupa namanya mungkin sebab tak terlalu rapat. Katanya bila aku heboh nak menggantung baju dalam arena persilatan.
"Sekarang kau boleh kata nak gantung baju. Nak stop. Tapi kau tahu la nanti satu hari bila kau dah lama tinggalkan silat, kau turun, kau akan rasa rindu sangat nak bersilat tapi pada ketika itu kudrat kau takkan mampu untuk bersilat lagi. Sementara kudrat kau mampu lagi sekarang, baik kau teruskan.."
Pada ketika itu, aku masih tetap dengan pendirianku untuk gantung baju. Tapi kini baru aku faham. Genap lapan bulan aku meninggalkan arena pencak silat, dah terasa rindu nak bersilat. Latihan silat selangor aku stop turun walau sebagai assistant coach. Latihan silat UIA jarang sangat turun. Motif utama hanya untuk fokus semester akhir dan FYP ku. Dan usai aku sudah bergelar graduan, aku terus menyepi untuk meneruskan fokusku pada karier pula. Terus menyertai kursus persijilan kejuruteraan industri automotif selama 2 bulan dan kini aku lapangkan 3 minggu bercuti di perantauan untuk merehatkan minda.
Pada tanggal 15hb hingga 20hb September 2014, berlangsung Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2014 bertempat di Mydin Meu Ipoh Perak. Seperti biasa, di malam hari kedua diadakan pertandingan silat seni untuk kategori Antarabangsa dan di hari ketiga sebelah paginya dijalankan pertandingan silat seni untuk kategori IPT. Al maklum, sebab diri ini masih bertandang di negara orang, hanya mampu menerima info dari jauh menerusi fb, twitter dan instagram saja. Alhamdulillah. Seronok bila mendengar berita sahabat2ku yang berentap di kejohanan tersebut berjaya meraih pingat.
AMIN, HANIF dan HAAFIZ dari Team IPT MALAYSIA. JOHAN kategori Silat Seni REGU PUTRA ANTARABANGSA.
TAUFIQ dan SAUFI. GANGSA kategori GANDA PUTRA IPT.
AZLINA, SITI dan YATT. Tempat ke-4 kategori REGU PUTRI IPT.
TAHNIAH dan SYABAS buat kalian. Tahniah REGU PUTRA MALAYSIA! Tahniah GANDA PUTRA UIA! dan buat REGU PUTRA dan PUTRI UIA! Walau kalian tak berpulangkan medal. Tapi aku tahu kalian dah buat yang TERBAIK. I know you have done a lot lot better than before. Walau aku hanya bersama kalian kurang beberapa minggu, tapi banyak peningkatan dari segi permainan kalian berbanding mula2 kalian berkecimpung dulu. Seriusly. Cuma mungkin kurang berlatih bersama menyebabkan kalian kurang bernasib baik kali ni. Chill up! Allah knows when is the best time for your success to come. Allah tahu yang terbaik untuk kalian. Ingatlah. Kekalahan dapat membuatkan kita menghargai kejayaan yang bakal dimiliki kelak.
Apepun, aku bangga dengan kejayaan engkorang semua. Walau diri ini dah 'bersara' dari arena ini, tapi semangatku tetap bersama silat. Biarlah orang nak kata hidup matiku dengan silat. Yang boleh aku kata hanyalah "HADO DEN KESAH". Haha.
Buat sahabat2 yang masih aktif bersilat, teruskanlah mengejar impian dan matlamat masing2. Ade yang berkeinginan untuk menjadi juara dunia. Ade yang hanya sekadar nak wakil Malaysia. Ada yang nak main SEA Games. Dan macam2 lagi. Tak salah pasang impian setinggi gunung everest walau ianya mustahil untuk dikecapi. Tapi pastikan segala perlakuan dan tindakan kita menjurus kepada tercapainya matlamat kita tu. Takde benda yang mustahil. Seiringkan DOA bersama USAHA. Kalau Allah kata KUN FAYAKUN tu, terlaksana jugak ia.
Akhir kalam. Maaf andai segala perkongsian ilmuku kurang disenangi, salah silap sepanjang bersama dan gurau tak kena masa. Mungkin itu caraku dan mungkin itu cara yang ditunjukkan oleh guruku. Kalau ianya baik, maka terimalah dengan hati yang terbuka. Begitu juga sebaliknya.
p/s: Maaf, gambar REGU PUTRA UIA tak dapat diupload kerana ketiadaan sumber. Namun, TAHNIAH lagi sekali buat kalian bertiga, perintis REGU UIA. Haziq. Faiz dan Syahid. InsyaAllah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment