Monday, 8 September 2014

Ringgit ke Dirham. Persiapan ke DUBAI.

Assalamualaikum.

Di hari2 akhir sebelum kami fly ke sana. Alhamdulillah. Hari ni settle perihal kewangan untuk sepanjang kami berada di sana. InsyaAllah moga bekalan dirham2 ni dapat menampung segala pesanan barang2 dan ole2 sahabat handai di sini. Hehe.

Misi hari ni:
- Submit Internship Report
- Withdraw Duit
- Exchange Duit (Ringgit Malaysia ke UAE Dirham)
- Buat International Driving License
- Beli barang pesanan Abang

Dari pagi tadi seawal jam 10 pagi aku bersama kakak dan emakku meluncur laju merentasi MEX Highway menuju ke MMU untuk submit my sister's internship report. Sementara tunggu, sempat menikmati Shawarma dan dua gelas teh ais. Memang confirm, resepi arab  bukan pilihan lidahku. Macam manalah agaknya nak duduk tiga minggu kat negara Arab ni. Haha. 

Then, destinasi seterusnya kami menghala ke Jabatan Imegresen Malaysia di Putrajaya. Tiba saja di sana terus ke kaunter pertanyaan. "Assalamualaikum bang! Kat mana ye nak buat International Driving Permit? Eh License?". Abang kaunter tu pun jawab "License ke? Kalau lesen kene buat kat JPJ. Bukan kat sini. Adik boleh ke JPJ Presint 1." Err. Malu kejap. Haha. Dah kata nak buat lesen. Ape kena mengena dengan Imegresen. Haha. Mungkin sebab ade kene mengena dengan international tu kami ingat kene dealing dengan Imegresen. 

Terus kami memecut ke JPJ yang terletak di Bangunan Kementerian Dalam Negeri. Jakun kejap tengok bangunan die. Terasa macam duduk oversea pulak. Serius. Haha. Bila tiba kat sana, tengok2 dah tiba lunch hour. "Dik.. Ya.. memang International Driving License buat kat sini.. tapi dorang dah nak pergi lunch dah tu.. boleh datang dalam pukul 2?" Aduh. Lagi sejam kene tunggu. Kami pun melawat cafeteria yang terletak di bangunan seberang. Dah siap minum2 dan makan waffle. Tengok jam, baru 10 minit berlalu. Haha. Rasa macam bazir masa je tunggu. Terus tukar plan settlekan perihal kewangan dulu. Batal hajat nak buat lesen, terus menuju ke Bank Islam dan Maybank Taman Melawati. Then tukar duit Dirham di Money Exchanger Giant Taman Permata. 

As usual. Sekarang ni kalau nampak background lawa sikit je, terus keluar iPhone, selfie! Haha.

With my lovely mom. Background ala2 UK. Hehe. 

My sista and my mom. The only 'bunga' in ma family. 

Settle tukar duit, beli sikit barang pesanan abang yang kini berada di Dubai. Maklumlah, orang duduk Dubai memang prefer beli barang kat Malaysia sebab tak dijual di sana. Then, isi perut kat Restoran Bahtera nearby dan terus rushing pulang ke rumah untuk kejar solat Zohor. Alhamdulillah, sempat. :) Namun, hajat untuk buat International Driving License masih tertunda. Rancang nak buat seawal 830 pagi esok. Moga takde yang menghalangnya esok. Amin. 

Harap cukup semua ni. Kalau tak, memang terpaksa swipe ATM kad Maybank aku. Heh.

Passport, checked! Duit dirham, checked! Kad ATM, checked! Baru tiga settle. Yang masih tertunda? kemas beg dan barang2 keperluan untuk ke sana, buat lesen dan itinerary sepanjang berada kat sana. Aduhai. Banyak lagi ni. Moga sempat sebelum hari esok. Amin.

Mood: Eksaited nak merantau ke negara timur tengah. :DD

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...