Berlatih di Gelanggang Baru

Assalamualaikum.
(..pengalaman pertama aku mengajar orang tua bersilat..)

Pada hari jumaat bersamaan 26hb Februari 2010 (hari ini), aku, Raja, Arif, Marzuq dan Abil telah diminta untuk menolong Cikgu Jasmi mengajar di gelanggang silat yang baru dibuka oleh beliau berhampiran Taman Mahkota Cheras. Latihan silat bermula kira-kira jam 930 mlm. Ahli-ahli silat yang baru berdaftar terdiri daripada golongan kanak-kanak sehingga golongan tua berumur dalam lingkungan 60 tahun. Boleh kata sambutan yang agak menggalakkan kerana bilangan ahli baru melebihi daripada jangkaan cikgu sendiri iaitu menjangkau 50-60 orang semuanye termasuk kanak-kanak.

Latihan dimulakan dengan taklimat oleh Cikgu Jasmi mengenai tiga element penting dalam Gayong iaitu adat istiadat, pentadbiran dan pelajaran secara ringkas kepada semua ahli-ahli baru. Disusuli dengan penerangan mengenai kaedah pembukaan gelanggang dan senaman ringan. Disebabkan terlalu ramai ahli-ahli baru untuk di'handle', latihan dibahagikan kepada dua group iaitu group dewasa dan group kanak-kanak. Untuk group dewasa telah diajar oleh Cikgu Jasmi sendiri dan di bantu oleh aku dan Raja manakala untuk group kanak-kanak pulak telah diajar oleh Arif dan Abil.

..golongan dewasa berlatih..

..golongan kanak-kanak berlatih (bahagian belakang)..

Budak kecik yang perasan. Kalau nak tahu, budak ni yang suruh tangkap gambar die pastu die puji gambar die comel. Haha. Nasib baek memang comel.

..bergambar selepas latihan "Budak Uia"..

Latihan berakhir pada pukul 1130mlm. Dan selepas tu kitorang pergi lepak minum di restoran ABC yang terletak dalam kawasan pekan cheras bersama Cikgu Jasmi. Disebabkan masing-masing perut lapar, kitorang pun order makanan sekali. Tapi sayangnye makanan aku jer yang tak habes mungkin sebab banyak sangat minum air kot. Huhu. Terima kasih cikgu sebab belanja kami makan. Hehe.

..Arif..Aku..Cikgu Jasmi..

..Abil..Marzuq..

..Raja..Ibnu..(aik?? kenape gambar die ade due?? mane adil!!)

Lepas selesai jer makan kat restoran tu, kitorang pun gerak ke rumah Cikgu Jasmi. Mule-mule hajat dihati hanya untuk meminjam tongkat panjang milik Cikgu Jasmi jer sebab Raja dan Abil ade demo kahwen esok. Tapi alih-alih, macam-macam cerite keluar. Macam-macam rahsia cikgu kongsi dengan kitorang. Habes semua buku-buku lama yang banyak terkandung silibus gayong hasil catitannye dikeluarkan. Cikgu Jasmi ni memang seorang yang rajin mencari ilmu. Disetiap helaian catitan silibusnye, die tak lupe untuk sertakan sekali name cikgu yang mengajar die. Memang aku respect gile walaupun sekarang ni beliau dah layak digelar master sebab memegang bengkong hitam pelangi cula sakti 4, tapi still berguru dan tak jemu menuntut ilmu dari cikgu-cikgu lama. Huhu.

..Kuku Harimau milik Cikgu Jasmi..

..aku bersama senjata favourite bruce lee..Hehe..tapi tak tahu name die pe..:)

Sembang punye sembang, sedar-sedar jam dah pukul 340 pg. Aduss. balik lewat lagilah nampaknye. Kitorang pun mintak diri untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan nak balik baru teringat matlamat utama datang umah cikgu tak tercapai, sebab tongkat panjang terlupe nak ambek dari cikgu. Haha. Tapi sebab maleh nak patah balik, Raja dan Abil pun terpakse tukar plan pasal demo esok. Sampai rumah tepat jam 415 pg.

..sekian lama merancang untuk mintak gambar ni dari Cikgu Jasmi..akhirnye~
( Semasa Ujian Kenaikan Bengkong )

p/s: pengalaman pertama aku mengajar orang tua (bukan dewasa!! tapi TUA..) bersilat. Serbesalah jugaklah rasenye bile nak tegur dorang. Hehe. That's all for now.

Comments

  1. wowowo..rambut baru...nazrul potong rambut..ngeh3..smart2...heheh

    ReplyDelete

Post a Comment