Posts

Showing posts from November, 2011

White

Image
Alhamdulillah. Now I'm already have my own smartphone! Initially I'm very confuse in making decision which phone do I need to choose either Blackberry, I-phone4 or Samsung Galaxy S2. After some period of time, I have encountered many suggestions from my brothers, friends and now I have make up my mind to own a Samsung Galaxy S2 as my phone until I work hopefully. But then, on the same day I bought this phone, my brother who suggested me to buy an I-phone4 was so shocked because he himself had owned a galaxy S and found that I-phone is better compared with samsung's smartphones. He was not so satisfied with my choice but then I'm still with my own galaxy S2 and I'm not planning to trade it or what ever and I will stick with it. Hopefully for a very long time. Insyallah. Now, I'll be able to online anywhere as long as I'm on campus. I had sacrifice my Uia WiFi account of my laptop just to apply it to my smartphone's WiFi. Haha. Wallahualam.

Broga Hill berjaya ditawan.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku untuk mencoretkan sesuatu tika dalam keadaan 'FREE' walaupun hakikatnye banyak assignment yang bertimbun atas meja. Pengalaman PERTAMA aku melakukan pendakian di Subuh hari. Actually belum masuk Subuh pun. Yeah! Bukit Broga berjaya ku TAWAN dalam masa hampir 1 jam setengah. Rasenyer. Haha. Malas nak melalut. So, pokok ceritenye, semalam bersamaan 091111 (lawa gak tarikhnyer tu) aku bersama 10 lagi sahabatku yang lain telah melakukan pendakian di Bukit Broga. 5 lelaki 6 perempuan. First time mendaki bersama sahabat UIA, first time mendaki di tengah kegelapan pagi buta, first time mengimami solat subuh dipertengahan perjalanan yakni di atas bukit tu, first time mengambil gambar scene kat atas bukit secara LIVE dan macam2 lagi la first time. Haha. ..kami bersebelas, not all UIA-ians actually. Pun baru jer kenal sepanjang pendakian.. ..bersama kenalan baru dari UiTM Shah Alam student Engineering.. ..tenang betul bila merenung ...

Gayong Jelajah Perancis 2011 | PSSGM UMP

Image
Assalamualaikum. Untung la wahai sahabatku kerana dapat merasai pengalaman menurunkan ilmu GAYONG di negara orang. Dapat merasai suasana dan semangat bangsa seberang menuntut ilmu gayong. Semangat mereka. Dan dapat bertukar2 pengalaman serta ilmu dalam semua bidang tidak hanya tertumpu pada silat. Memang jujur dari hati penulis, terasa JEALOUS yang teramat sangat bila mendapat tahu sahabat seperjuangan yang sama2 menuntut sehingga diperingkat yang sama namun beliau diberi peluang untuk meluaskan pengalaman mengajar anak2 bangsa lain selain dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan dan kaedah mengajar yang berkesan. Tak perlu untuk aku ungkapkan satu persatu detik dan pengalaman sahabatku ini. Cukup sekadar mempamerkan gambar2 yang diserap secara langsung dari blog Cikgu Shaiful Hakim yang mana merupakan salah seorang yang mengikuti trip mereka. Projek Kedua PSSGM UMP yang diberi nama Gayong Jelajah Perancis (GJP) dengan kerjasama : Pertubuhan Silat Seni Gayong France (AFSSG), PSSGM UM...

Transit Sebentar di McD

Image
Assalamualaikum. Berkesempatan untuk meng'online'kan diri di McD Cheras Perdana sementara menunggu detik untuk mendaki Bukit Broga di Subuh hari esok. Huish. Tak sabarnye. Maklumlah, diri ni memang dah lame rancang untuk mendaki bersama sahabat2 namun kekangan masa yang agak melampau telah memaksa penulis untuk menangguhkan niat tersebut. Malangnya, pendakian kami sebentar lagi tidak dapat dicoretkan bersama kepilan gambar akibat ketiadaan kamera DSLR. Haha. Kamera Blackberry Bold 3 pun jadi la. By the way, harap2 cuaca pagi esok baik dan semoga perjalanan kami dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Insyallah. Amiin~ p/s : Yang turut bersama dalam pendakian esok ialah Saifuddin Hashim dan Nazrul Arif serta sahabat2 muslimat yang lain. Wallahualam.

Raya Haji Kedua 1432H

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berkesempatan jugak untuk mengupdatekan sesuatu. Sejak belakangan ni menghadapi masalah untuk meng'online'kan diri. Terpaksa terpisah dengan dunia luar seketika. Memang sesuatu yang menyiksakan. Haha. Di hari kedua Raya Eidul Adha. Alhamdulillah, berkesempatan berkumpul satu keluarga, LENGKAP. bersama keluarga kedua abangku yang sama2 menginap di rumah kami. Tengahari tadi berkesempatan untuk menikmati juadah 'Ayam Penyet' bersama-sama di Restoran 'Ayam Penyet' sekitar Wangsa Walk a.k.a. WAWA. Dan seperti biasa, kegiatan berlegar-legar dan berjalan2 di sekitar WAWA. Walaupun pada awalnye tiada hala tuju. Namun, selepas memulakan langkah, banyak pulak arah nak dituju. Haha. Sedang berjalan2 di WAWA, baru ku sedar kelibat Medan Selera yang baru sahaja dibina. Atau mungkin aku saja yang baru tahu. Haha. Agak menarik! Disebabkan perut maseh kenyang gara2 ayam penyet seketul yang berjaya mengenyangkan satu badan, aku bersama siblings s...

Raya Pertama Eidul Adha 1432H

Image
Assalamualaikum. SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1432H MAAF ZAHIR & BATIN Raya pertama Eidul Adha. Berpakaian seperti Raya Eidul Fitr yang lalu yakni berbaju melayu KUNING, bersongket dan bersongkok ketika menunaikan Solat Sunat Eidul Adha. Suasana hari Raya yang bagi aku bergantung pada seseorang untuk menghidupkan suasana RAYA itu sendiri. Kalau seseorang itu hanya berpendirian untuk memakai pakaian ala kadar dan tidak ingin melibatkan diri dalam urusan qurban, maka mereka telah memilih jalan untuk menghidupkan suasana Raya Haji mereka dengan suasana yang BIASA yakni seperti hari2 biasa. Tetapi jika mereka bangun di pagi raya sejurus membuka siaran tv mendengar takbir raya bergema, berpakaian baju baru, datang ke masjid awal dan turut serta dalam takbir raya serta melibatkan diri dalam urusan qurban di surau2 atau masjid2 berdekatan, maka mereka inilah yang beruntung kerana mereka telah berjaya menghidupkan suasana Raya Qurban yang sebenar. Amatilah maksud hadis di bawah. "Bang...

Senario Malam Raya Qurban

Image
Assalamualaikum. Senario malam raya bersama keluarga. Berbuka puasa di Medan Selera Tesco Rawang dan shopping grocery sikit. Ade jugak selingan sesi fotographi dengan menggunakan Galaxy Tab 10.1 milik my sister. Boleh tahan jugak la gambar die. The PICTURE of the day! p/s : Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada semua pengunjung2 dan pembaca2 sekalian dan tak lupa jugak kepada insan2 yang mengenali diri penulis. Wallahualam.

Pabila tiba Hari Wukuf di Arafah

Image
Assalamualaikum. Berjuta2 Jemaah Haji menuju ke Padang Arafah Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan hari di mana semua jemaah yang menunaikan haji menjalankan salah satu rukun HAJI yakni berwukuf di Arafah. Pada masa yang sama juga, umat ISLAM seluruh dunia disunatkan untuk berpuasa sempena Hari Arafah dan kelebihan yang diperoleh dari amalan puasa tersebut boleh rujuk hadis di bawah. Sabda Rasulullah s.a.w صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah) Kepada yang berpuasa hari ni, penulis mengucapkan SELAMAT BERBUKA. Dikesempatan ini juga suka untuk aku kongsikan bersama sedikit info yang aku dapat menerusi laman mukabuku. Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H merupakan hari berwukuf di Arafah. Bag...

Trafik Lancar : Balik Kampung

Image
Assalamualaikum. Cuti Raya Eidul Adha dah mula. Bermakna misi untuk pulang ke kampung halaman pun dah mula. Alhamdulillah. Bertolak pulang ke kampung sekitar jam 1130 pagi tadi. Selamat tiba jam 1230 tengahari. Agak terkejut kerana trafik tak sesak macam dijangka dan lancar sepanjang Lebuhraya PLUS menuju ke RAWANG. Hmm. Tapi kenape kejap semacam jer kan perjalanan pulang ke kampung? Sebab kampung halaman aku hanya terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Haha. punyelah takut sesak kat tol Duta, siap ready topupkan touch n go. tengok2 lengang je. Haha. Sibuk online. Tetibe baru sedar dah tinggal 500m jer lagi nak sampai. Haha. Awasilah had kelajuan kereta anda! Tapi memang SIKSA gila nak drive atas highway bawah 110km/h. Series! Cuti seminggu sempena midbreak dah pun bermula bermaksud karier sebagai blogger aktif bakal bermula kembali. Woha! p/s :Tapi aku pelik. kenape Tol Gombak jem semacam jer masa nak bertolak tadi. Mungkin ramai yang menuju ke TIMUR berbanding ke UTARA dan SELATAN...

DS Najib Dikawal KETAT sepanjang menunaikan HAJI.

Image
Assalamualaikum. Satu lagi gambar menarik untuk dikongsi. Berdasarkan gambar di bawah ni, apakah komen anda? Ade yang fikir positif dan mungkin ade juga yang fikir negatif. Namun diingatkan, tak usahlah kita kongsikan pendirian dan pendapat kita di sini. Walaumacammana sekalipun, beliau tetap pemimpin kita. Dan kita mempunyai tangungjawab untuk menghormati beliau selagi mana beliau tak mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan syariat Islam. p/s : Adakah aku mencetuskan sentimen di sini? Maaf sekiranya jawapannya 'YA' kerana motif penulis hanyalah untuk menunjukkan pemimpin kita diMULIAkan dan diHORMATI oleh penduduk negara seberang. Wallahualam.

Angkat 'Galaxy W' BARU!

Image
Assalamualaikum. Seorang lagi member aku a.k.a. Roomate aku angkat Phone BARU! Seorang demi seorang kenalan aku menunjukkan simptom2 kemajuan dari aspek masing2. Bilakah masaku bakal tiba? Dah tak sabar ni. Rileks~ Umur maseh MUDA. Haha. Nah! Wahai 'Umar , Untung laa~ ade handphone BARU! Haha. Insyallah. Ade rezeki, semua kite dapat. Amiin~ p/s : Aku pun tak pernah tahu 'Galaxy W' ni keluar. Setahu aku ade 'Galaxy S' dan 'Galaxy Ace' jer. Haish. Dah MAJU brand Samsung nampaknye. Macam kene angkat sebijik jer. Haha. Wallahualam.

Solat JUMAAT dah AWAL!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai jugak kelas petang ni. Baru lah rasa sikit nikmat bercuti raya. Haha. Maklumlah, mase nak gerak pergi kelas tadi, tengok member2 semua dah packing beg bawak balik. Yang aku pulak sibuk rushing pergi kelas. Nasib baik sampai kelas ON time jugak. Ok. Insyallah penulisan kali ni hanyalah untuk peringatan dan pengajaran kita bersama. Berikutan kes Solat JUMAAT di UIAM sebentar tadi. Takde lah kes mane pun. Cuma disebabkan ade sebilangan student2 ni setiap kali nak pergi solat jumaat jer mesti pergi last minit. Means kalau mula azan jam 130pm, mase tu jugak lah baru bergegas nak ke masjid. Standard~ Tapi ape yang berlaku tadi, disebabkan azan zohor berkumandang seawal jam 1.00pm. Solat JUMAAT selesai jam 140pm. Agak awal dan setahu aku memang paling awal yang pernah aku tahu sepanjang aku solat jumaat di UIA. Hmm. Maka ade lah sebilangan dari hamba2 Allah yang bergegas ke masjid dan pada masa yang sama mendapati jemaah dari masjid sudah pun bertolak p...

Pencak Silat KARISMA 2011

Image
Assalamualaikum. At last, ade jugak insan yang baik hati upload gambar mase Kejohanan Pencak Silat KARISMA 2011 kat UiTM Segamat, Johor tempoh hari. Kalau aku tahu siapa, dah lame aku creditkan kat blog aku ni. Tapi apekan daya, dapat gambar tanpa diberitahu hak miliknya. Haha. Ok. Shortly, pada 18hb dan 19hb Oktober yang lalu, aku bersama sahabatku Ishkandar telah memanjangkan langkah melawat sahabat2 yang menyertai Kejohanan Pencak Silat KARISMA yang diadakan di UiTM Segamat, Johor. Takde la jauh mane pun. Jarak masa 2 jam setengah jek. Tapi sebab semangat tu ade, se jauh mane pun sanggup ku jejak. Hehe. Tapi disebabkan game ni jugak, aku telah mengambil langkah yang bagi aku 'GILA' kerana telah memonteng sehari punya kelas. Tak pernah2 aku ponteng, tetibe sebab SILAT tersanggup pulak. Haha. Pape pun, alhamdulillah semua yang tertinggal telah ku 'cover'. Kalau RAJIN, cubalah kesan dimana lokasi aku di sebalik 3 gambar di bawah. Hehe. Tahniah buat teammate ku yang tela...

UNIK tapi MAHAL.

Image
Assalamualaikum. Baru terasa lapang sikit bila dah settle semua kuiz dan exam sebelum menjelang cuti minggu depan. Alhamdulillah. Syukur sangat diberi ruangan seperti ini. Perkongsian kali ni aku terjumpe semasa sibuk onlinekan diri mengubati kebosanan. Fuh. Rumah memang UNIK giler. Memang jarang sesangat jumpe. Kat Malaysia ni confirm takde. Tapi dah unik tu, faham2 jer la harganya berapa kan. Ayuh kita saksikan. Volcano House di Newberry Springs, California Dibangun tahun : 1968 Harga rumah : $ 750,000 Bioscleave di East Hampton, New York Dibangun tahun : 2007 Harga Rumah : $ 1,000,000 Sporty Ranch di New Canaan, Connecticut Dibangun tahun : 1982 Harga Rumah : $ 2,500,000 Riverfront Playground di John’s Creek, Ga. Dibangun tahun : 1992 Harga Rumah : $ 13,900,000 Lyons Valley Castle di Jamul, Calif. Dibangun tahunv: 1930 Harga Rumah : $ 1,750,000 Apartment at Sea di seluruh dunia Dibangun tahun : 2002 Harga Apartement : Dari $ 1.4 juta hingga $ 13.5 juta Lighthouse di Deer Isle, Maine...