AGM PSSGM UIA PJ 2010
(..Fuh~..tanggungjawabKu di UIA PJ selesai..)
Sebelum aku mencoretkan sedikit kisah mengenai Taaruf Week yg baru saje selesai ditutup rasmi semalam, aku terdetik utk menulis satu post khas mengenai Annual General Meeting PSSGM UIA PJ yg telah diadakan pada 28 Jun 2010 sejurus selepas membaca laman maya rasmi PSSGM UIA PJ sebentar td. Huhu.
..suasana Annual General Meeting dijalankan..kehadiran yg agak menggalakkan..
Mungkin ade yg tertanye kenape aku nak heboh2kan pasal PSSGM UIA PJ, padahal aku dah lame habes belajar kat CFS tu.
Sebenarnye aku masih terikat dengan tanggungjawab dan amanah memimpin PSSGM UIA PJ walaupun aku telah pun tamat belajar disana pada bulan Mac yg lalu. Kedatangan Annual General Meeting baru2 ini merupakan satu detik yakni penyerahan kuasa (tanggungjawab dan amanah) kepada barisan pimpinan Management Committee yg baru.
Dengan kate lain nyer tanggungjawab aku sebagai Presiden PSSGM UIA PJ yg telah aku sandang utk sesi 2009/2010 telah gugur secara rasminye tika aku mengistiharkan pembubaran Management Committee Sesi 2009/2010 pada pengakhiran ucapanku tempoh hari.
..ucapan Mantan Presiden PSSGM UIA PJ yg agak sempoi dan spontan..baru sampai kl dari perak..tak sempat nak buat skrip..haha..
********
Disini suka utk aku kongsikan sedikit nasihat yg mane seringkali aku ingatkan setiap masa pada pesilat2 PSSGM UIA PJ semasa di dalam gelanggang mahupun diluar.
1. Cuba ikhlaskan hati untuk turun gelanggang dan menuntut ilmu gayong sedalamnye dari Cikgu Selamat. Jgn jadikan quiz dan tutorial sebagai penyebab utama kite gagal untuk turun gelanggang kerana seperti yg selalu aku katekan, kalo ade quiz pada esoknye, tak salah kalo kamu semua turun latihan macam biase dan pulang awal bg membuat persiapan utk quiz pada keesokan harinye. Tak pernah ade dalam kalangan pembantu gurulatih mahupun gurulatih sendiri menghalang pesilat utk pulang awal atas sebab belajar. Sentiase meletakkan akademik di tangga yg pertama namun bertindaklah secara profesional.
2. Sentiasa niatkan diri kite untuk turun gelanggang menuntut ilmu kerana Allah. Kalo kite perhatikan setiap pergerakan kita dalam silat itu sendiri mengeluarkan bunyi 'ZAT' yakni zat Allah. Ia menunjukkan setiap ape yg kite lakukan sepanjang latihan merupakan satu wadah utk kite sentiase mengingati Allah.
3. Mengenai silibus gayong yg diguna pakai sepanjang latihan dijalankan, setelah diputuskan hasil perbincangan Gurulatih Cikgu Selamat dan pembantu2nya, silibus yg akan diguna pakai ialah silibus negeri Selangor iaitu dengan kate lain nyer silibus yg telah diluluskan oleh Pejabat Gayong Negeri Selangor dan Kebangsaan. Seperti pepatah "Dimana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit Di Junjung". Kalo kite berada di Selangor, kite ikutlah silibus Selangor. Kalo kite berada di negeri lain, kite guna silibus lain. Tapi tak salah utk kite berkongsi ilmu dan bertukar2 pendapat dalam latihan kerana gayong itu bersaudara.
Aku rase setakat ni je kot pesanan dan nasihat dari aku sebagai kata2 terakhir dari mantan Presiden PSSGM UIA PJ.
*******
Aku tak bangga dengan jawatan ni.
Aku tak megah dengan jawatan ni.
Tapi yg aku takut ialah tanggungjawab yg aku pikul sepanjang menggalas jawatan ni.
Di kesempatan ini, aku nak memohon beribu kemaafan kepada semua anak2 gayong UIA PJ sekiranya aku gagal menjalankan tugas memimpin korg semua dengan baik. Kepada semua barisan management committee dibawah naunganku, aku ucapkan jutaan terima kasih dan syabas atas sumbangan dan pengorbanan korg semua. Kalo takde korg sapelah aku. Huhu.
Kepada Management Committee yg baru dilantik, jalankan lah tanggungjawab anda dengan penuh amanah dan ikhlas. Jadikanlah PSSGM UIA PJ sebgai satu platfom utk korg semua terus berjaya di mase akan dtg.
Kepada sahabat2 seperjuanganku, kalo ade kelapangan marilah kite same2 mengimarahkan gelanggang yg sama2 kite bangunkan satu ketika dulu.
Antara gambar2 yg sempat ditangkap oleh Jurukamera sepanjang Annual General Meeting dijalankan.
..kedatangan first year student yg berpusu-pusu mendaftar..
..ucapan Gurulatih Gelanggang, Cikgu Selamat yg kaye dengan ilmu2 gayong dan petua2 org lame..
..tengah khusyuk mendengar ucapan..haha..
..Ustaz Shapizan (Advisor) & Cikgu Selamat..
..penyerahan keris dan tanjak sebagai simbolik kepada penyerahan kuasa kepada management committee yg baru dilantik utk sesi 10/11..
..diiringi ke sedikit jamuan makan bersama VIP..
Setakat ini saje penulisan aku utk kali ini.
Akhir kalam dari aku, "Aku nak KUALITI bukan KUANTITI".
Wallahua'lam.
p/s: "Majulah Silat Untuk Gayong UIA PJ". Kalo bukan kite yg nak menerusi warisan mempertahankan diri bangsa melayu, siape lagi yg nak diharapkan. Huhu. Sekian.
Comments
Post a Comment