Kenduri Cikgu Selamat


Assalamualaikum.
(..First tyme datang rumah Cikgu Selamat..famous jugak Cikgu yer..Hehe..)

Fuh~ letih dibadanku masih terasa berikutan jemputan yg aku bersama beberapa sahabat2 gayong hadiri semalam.

Sebenarnye semalam aku, adek aku, Fakhruddin, Khairi, Haziq, Nazri, Zul, Shah dan Shukri telah mendapat jemputan untuk menghadiri satu kenduri doa selamat dan hari lahir kepada Gurulatih Silat Gayong UIA PJ, Encik Selamat bin Haji Mat Raji di Padang Jawa, Shah Alam. Secara rasminye Cikgu Selamat dan masuk 60 Tahun semalam. Hehe. Tapi masih kelihatan bertenaga dan sihat wal afiat, alhamdulillah.

Mule2 rancang kene kumpul kat Masjid Kolej Islam Malaya (Masjid sebelah UIA PJ) jam 530 ptg sebab kenduri tu mule dalam lepas maghrib. So, takot sampai lewat kitorang pun plan bertolak awal.

Kami bertolak kesana dengan menaiki 2 kereta iaitu kereta satria merah a.k.a Ferrari (Aku) dan Viva Hitam milik Khairi.

Kereta Proton Satria
Pemandu Kehormat : Nazrul Azam
Penumpang : Nazrul Arif, Haziq Ayob, Shukri

Kereta Perodua Viva
Pemandu Kehormat : Khairi Shaharuddin
Penumpang : Shah, Nazri, Zul, Fakar

Tapi, disebabkan ade berlaku sedikit masalah teknikal yg tak dpt dielakkan, Khairi dan beberapa penumpangnye terpakse menunggu kedatangan aku, adek aku ngan Shukri yg memakan masa lebih kurang sejam di masjid tersebut. Hehe. Sorry. Ngee~

Sampai jer kat masjid tu, kitorang semua terus bertolak pergi Shah Alam ikut laluan Federal Highway yg memakan tol sebanyak RM1.10. Tapi sebelum melepasi tol tu kitorang semua sembahyang maghrib kat stesyen minyak SHELL.

Keadaan trafik pada ketika itu agak kritikal dan membengangkan. Lagi2 mase ngah line up nak bayar tol. Bapak panjang kene line up pastu sedap2 jer hati kereta yg potong dari belakang then cucuk masuk line yg aku beratur bila dah dekat2 ngan tol. Huhu. Cam hampes. Bengang betol aku ngan dorang. Pentingkan diri.

Bila dah lepas tol tu keadaan trafik kembali normal hingga tiba di Padang Jawa. Alhamdulillah selamat sampai dalam lebih kurang jam 9 lebih. Masa kitorang sampai bacaan doa selamat dah nak habes. Kitorang pun dengan muka tak malunyer terus duduk mengamiinkan doa.

..gelagat Cikgu Selamat ketika sedang ghairah menceritakan kisahnya masa beliau mude2 dulu..

Sejurus selepas selesai doa selamat, sesi jamuan diadakan. Sedap jugak menu hidangan malam tu. Hehe. Then ade sedikit 'borak-borak' mengenai pengalaman cikgu bersilat dulu ngan diselit cerita2 mase cikgu berpolitik dulu. Banyak jugak anugerah yg cikgu dapat mase die mude2 dulu. Penuh satu almari kaca dengan semua anugerah n barang2 gayong seperti keris, tanjak, pending dan macam2 lagi.

..almari kaca yg penuh dengan anugerah yg beliau terima sepanjang penglibatannye dalam gayong sejak tahun 70-an..

..sempat bergambar mase ngah tak ramai orang dalam rumah..haha..

..bergambar sebelum pulang..credit tu menantu Cikgu yg sudi tangkapkan gambar utk kitorang..

Bertolak pulang dalam jam 1045mlm. Tu pun naseb baek aku menebalkan muka memintak kebenaran utk beransur pulang. Kalo tak confirm sampai 2-3 pagi 'berborak'. Haha.

Sampai UIA PJ lebih kurang jam 11mlm. Huhu. Hantar Haziq dan terus bertolak pulang ke Gombak.

Setakat ni jer penulisan kali ini.
Akhir kata, SELAMAT HARI JADI EN. SELAMAT!!!! SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR. Amiin.

p/s: Untuk pengetahuan, nama jalan di kawasan perumahan Cikgu Selamat, iaitu Jalan Mat Raji adalah bersempena dengan nama Ayah beliau yg merupakan salah seorang dari 5 orang yg mule2 menerokai kawasan tersebut suatu masa dahulu.

Comments