Makan2 di Sabak Bernam


Assalamualaikum.

Sempat jugak aku meng'online'kan diri di heningan pagi yg
penuh syahdu. Sebenarnye aku baru habes solat subuh tadi
tetibe terasa nak tulis post pasal program yg aku hadiri
semalam.

Untuk makluman, Persekutuan Silat (PESAKA) Daerah Sabak
Bernam merupakan bapa angkat kepada kontinjen Pencak Silat
Negeri Selangor ketika SUKMA XIII di Melaka tempoh hari.
Oleh itu, semalam pihak PESAKA Daerah Sabak Bernam telah
mengadakan satu Majlis Makan Tengahari bersama atlet Pencak
Silat Kontinjen Selangor di Restoran Lembah Bernam. Program
ini sebenarnye telah dijanjikan oleh pihak PESAKA Daerah
Sabak Bernam ketika SUKMA yg lepas.

Mula2 dapat message kate kene kumpul kat MSN Seksyen 6 pukul
9 pg. AKu pun bajet perjalanan 1 jam, memulakan perjalanan
dari rumahku tepat jam 8 pg. Punyelah aku bwk laju nak kejar
mase sampai sane sebelum kul 9, tengok2 aku org kedua yg
datang pagi tuh. Cam hampes. Huhu. Mase sampai sane yg
kelihatan hanya Abg Zul yg gigih menunggu atlet2 yg lain.
Lame jugaklah nak tunggu bas. Dalam pukul 1100 pg baru bas
sampai. Rupe2nye dapat tahu yg bas Pejabat Daerah Sabak
Bernam tu mule bertolak dari sane pukul 9 pg. Hoho. Baek aku
dtg lewat jer pg tuh. Member aku yg dtg dari Sg. Besi pun
sempat tiba on time. Takpelah. Bende yg dah lepas biarkan ia
berlalu pergi. Hehe.

Yg dtg pagi tu antaranya :
Aku
Usop
Saiful
Fawwaz
Wan Rimau dan isterinya
Mak Bapak E-Boy
Abg Zul
Cikgu Sulleh
Azimah
Apiz
Hidayah
Wanie
Kak Azi

Yg len pulak ade yg ade exam dan kerja. Huhu. Memang
sambutan yg agak mengecewakan pada mule2. Tapi nak wat cam
ner. Mule2 rancang dekat 30 org join Majlis tu tapi yg dtg
tak sampai 20 org.

Yg terus pergi sane :
Fitrin dan keluarganya
Nurul
E-Boy

Sampai di Restoran Lembah Bernam dalam jam 1240pm. Transport
pergi ialah satu bas Pejabat Daerah Sabak Bernam (PDSB) dan
satu van 'Mini Alphad' bak kate driver die. Hehe. Yg naek
van tu hanya aku, saiful dan usop. Yg laen semua naek bas yg
ditengah perjalanannya telah mengalami kerosakan aircond
menyebabkan semua atlet mengalami kebahangan. Haha.
Sampai sane terus mule makan sementara menunggu Fitrin,
Nurul dan E-Boy tiba. Sedap jugaklah ade gulai Lemak Ayam
Kampung, Daging Rusa dan lain2. Huhu.

..ngah tunggu semua hidangan sampai...hehe..

..semua da kenyang..

..En. Sulleh sedang berucap..

Lepas beberapa minit, Fitrin, Nurul dan keluarga tiba. Ade
diselitkan satu slot penyampaian pingat kepada pemenang
pingat di SUKMA oleh Ibu dan Bapa mereka. Selepas tu
sementara menunggu E-Boy yg dijangka tiba agak lewat,
restoran ade sediakan karoake bg menghidupkan suasana.
Fawwaz ngan Wan Rimau yg terkenal dengan hobi karoake mereka
tanpa segan silu tampil kedepan. Haha. Yg laen semua dengar
jer lah.

..isteri mengalungkan medal kepada suami..

..emak mengalungkan medal kepada anaknya..

Sebaik saje Fitrin dan keluarganya nak beransur pulang, E-
Boy baru tiba. Die dijamu makan dan selepas tu terus
diadakan sesi menangkap gambar sebelum pulang.
Selamat tiba di MSN Seksyen 6 Shah Alam lebih kurg jam 630
ptg. Alhamdulillah. Bergegas solat asar dan terus bertolak
pulang ke kl.

..baru sampai setelah lame ditunggu...YDP Politeknik Shah Alam..


..wanie & E-Boy..

..E-Boy(Gold medalist) bersama Senior dan Gurulatih..

..Aku bersama En. Sulleh dan Faizul..

p/s: Setakat ni jer penulisan kali ini bagi menggambarkan program yg aku hadiri tempoh hari. Sekian. Wassalam.

Comments