New Life at IIUM Gombak

Assalamualaikum.
(..Alhamdulillah, makbul jugak hajat aku utk bergelar Mahasiswa UIAM..)

Fuh~ akhirnye berpeluang jugak aku nak mencoretkan sikit pasal kehidupan baru sebagai mahasiswa UIAM. Kalo dulu mase asasi uia, kalo nak pegi kelas kene pakai baju kemeja ngan seluar slack, tak boleh bawak keta or moto, n everything but now in this world of university as an IIUM student, skrang ni agak bebas sikit dari segi pemakaian dress code iaitu diberi kelonggaran utk pakai t-shirt kolar pegi kelas n dibenarkan bawak moto dalam kampus. Huhu. Sayangnye keta tak leh bawak lak utk first year student. Tapi aku tengok kat mahallah aku tuh ramai gak yg bawak. Siap ade BMW n Mercedes ag tuh. Tak leh bla betol. Tak sangka student2 kat UIA ni sume orang kaya.

Nak cakap sikit pasal mahallah aku pulak yg terletak 20 minit dari Kulliyyah aku. Bapak jauh. Sebab tuh la ramai student daring jerr bawak keta coz tak sanggup nak jalan jauh2 pegi kelas. Sampai kelas jer confirm berpeluh, tuh belum kire ag kelas tingkat 4 lak yg kene naek tangga sampai atas. Huhu. Tu jerlah yg jadi masalah aku sekarang ni. Tu pun naseb baek UIA ade sediakan shuttle bus pusing2 kat kawasan mahallah tuh. Tapi mase die tak tetap, so susah gak nak bajet dtg kelas on time. Harap2 mak bapak aku luluskan permohonan aku nak beli moto. Second hand pun jadilah.

Nak kate pasal bilik aku pulak memang puas giler. Maklumlah mahallah baru, takde org ag duduk kat sini sebelum ni. Dengan seni binanya yg agak cantik dan suasana yg agak convinient terletak di kawasan tanah tinggi. Huhu. Bilik aku tingkat 2. Takde lah tinggi sgt. Kire puas hati jugak lah. Ahli bilik yg semuanye alim2 dan pandai2 belaka n ex-roomate aku sebelum ni mase kat asasi uia dulu. Kirenye dah cope into one another lah. Dah paham perangai masing2 mcm maner. Kelas pun ade gak yg same, boleh lah gerak ke kelas waktu pagi sesame.

Then pasal course yg aku amek sem ni pulak. Huhu. Pening giler kepale aku mase mule2 time course registration. Dengan nak add n drop subjek pastu nak kene pastikan credit hour lebih dari 15 jam coz senang sikit kalo nak apply biasiswa or pinjaman nanti. Huhu.

0klah. setakat ni jer dulu yg aku dapat tulis buat mase ni. Insyallah aku akan update dari mase ke semasa. Wallahualam.

p/s: gambar akan diupload kemudian atas sebab kelembapan internet yg agak kritikal. Haha.

Comments

Post a Comment