Silat VS Uia

Assalamualaikum.
(..bebananKu kian reda..Alhamdulillah..Huh~)

Satu daripada tanggungjawab dan bebanan aku terlepas sebaik sahaja Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Daerah Gombak (MSSD) selesai ditutup rasmi pada petang tadi jam lebih kurang 345 ptg di Dewan Sekolah SK Taman Melawati 1. Huhu.

..Buku Program untuk Taaruf Week IIUM Gombak Intake 2010..

Sebenarnye minggu ni merupakan minggu Suai Kenal atau lebih dikenali sebagai Taaruf Week untuk semua student new intake IIUM Gombak. Taaruf Week dijalankan selama seminggu tapi disebabkan aku ni terlibat secara tak langsung dalam Kejohanan Pencak Silat MSSD Gombak iaitu sebagai Coach Silat Seni specialize in Jurus Wajib kepada pesilat dari SMK Sg Pusu, aku telah diberi pelepasan selama 3 hari berkuatkuasa dari 6 hingga 9 Julai 2010. Namun ade jugak slot2 yg wajib aku hadiri seperti CCAC Briefing, Kulliyyah Briefing, FKT Test dan lain2.

..surat pelepasan yg dikeluarkan oleh pihak sekolah..dapat sign pengetua tu..Haha..Kecoh gilerz..LoLz..

..jadual taaruf week..yg di'highlight'kan tu ialah slot yg wajib dihadiri..kalo tak kene repeat taaruf week untuk intake baru tahun depan lak..Huhu..

..yg ni pulak exam slip utk Tilawah Test yg aku kene ambek Sabtu ni..huhu..cuak nyer..dah byk lupe pasal tajwid and everything..pray for my success..

Tapi untuk post kali ni aku mungkin akan coretkan mengenai Kejohanan Pencak Silat yg baru saja selesai lewat petang td.

Based on my own observation, performance semua peserta2 dari semua sekolah utk pertandingan kali ini tak meletup/gempak macam dulu. Aku pun tak tahu kenape, mungkin sebab tak cukup persediaan. Tapi aku tak salahkan dorg. Yang aku lagi bengang nyer dengan pihak penganjur yg bg aku tak bersedia langsung nak anjurkan pertandingan ni. Dengan juri nye datang tak menentu, pengurusan masa pertandingan yg agak teruk, dan macam2 lagilah. Maleh aku nak pikir pasal mende yg dah lepas.

Gambar-gambar yg sempat ditangkap semasa Pendekar dan Srikandi Sg Pusu sdg beraksi.

..Seni Tari Solo Putera Sekolah Rendah dari SK Sg Pusu..

..Tempur Putera Sekolah Rendah..Pesilat dari SK Sg Pusu..

..Jurus Wajib Putera SMK Sg Pusu tengah beraksi..

..Jurus Bebas Masal Puteri dari SMK Sg Pusu..

..Pesilat Olahraga SMK Sg Pusu, Azam (Merah) sedang berjuang ditengah gelanggang..

Pastu pasal pesilat2 sekolah aku pulak, alhamdulillah walaupun tak dapat mengaut gelaran johan keseluruhan tapi sekurang-kurangnye dapat mempertahankan satu kategori silat seni iaitu kategori Jurus Wajib yg mane merupakan satu-satunye kategori yg masih dipegang oleh SMK Sg Pusu sehingga ke arena kebangsaan 6 tahun berturut-turut. Tapi kami, barisan gurulatih masih agak kecewa dengan persembahan pesilat Jurus Wajib utk kejohanan kali ini kerana tak semantap semasa latihan sebelum ini. Huhu.

Untuk makluman, SMK Sg Pusu berjaya memungut 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa dalam kejohanan ini.

Emas :-
Jurus Wajib Putera

Perak :-
Seni Tari Solo Putera Menengah
Tempur Puteri Sekolah Menengah
Silat Olahraga Puteri kelas 2

Gangsa :-
Seni Tari Solo Puteri Menengah
Tempur Putera Menengah
Jurus Bebas Masal Puteri

Tapi malangnye, kejohanan peringkat kebangsaan yg sepatutnye akan diadakan di Sarawak, kemungkinan besar tak diadakan utk tahun ni atas sebab kekurangan bajet. Kejohanan peringkat negeri pulak masih dalam perbincangan. Huhu.

So, sekarang ni pulak aku dengar akan diadakan Pertandingan Open Kebangsaan untuk pilih pesilat untuk wakil Malaysia. Fuh~ macam best jer. Tapi malangnyer sekarang aku dah mule belajar balek. Mase pulak confirm padat dengan kelas dan tutorial nyer. Belum tambah lagi dengan aktiviti sampingan. Huhu. Aku harap aku boleh manage mase aku dengan sebaiknyer.

Aku rase sampai sini jer kot post kali ni. Sebagai satu wadah untuk aku luahkan dan berkongsi satu cerita tentang perjalanan hidup yg aku tempuhi untuk beberapa hari yg lepas. Wallahu'alam.

p/s: Dah lewat ni. Kene tido dulu. Esok dah nak berangkat ke UIA balek. Huhu. Cau dulu. Assalamualaikum.

Comments