Trip to Perak '10
Assalamualaikum.
(..Satu Pelancongan yg banyak melakar Memori..Terima Kasih Sahabat Semua..)
Hari : Khamis - Isnin
Tarikh : 24/6 - 28/6
Lokasi : Perak Darul Ridzuan
Tema : Kehidupan Kampung
Kenderaan : Myvi (WPP 3133)
Objektif :-
Menghadiri Jemputan Majlis Kesyukuran Sahabatku, Fitrin.
Mengadakan Trip Untuk Release Tension dan Bersuka Ria.
Sahabat2 Yang Turut Serta Dalam Trip Ini :-
Rohaizat a.k.a Erix Rafael dari Kemaman, Terengganu
Fazrul a.k.a Bapak dari Chini, Pahang
Shahrul dan Fitrin dari Perak
Aktiviti Yang Kami Jalankan :-
Sabtu (26/6)
::Mendaki Bukit Larut a.k.a Maxwell Hill
Jarak pendakian bukit ni dari bawah untuk sampai ke puncak mencecah 10.3 km. Jauh tu. Kalo nak jalan kaki mendaki confirm takkan sampai atas. Maklumlah, stamina pun dah cam hampes. Haha. So, kitorang pun ambek keputusan nak naek trak sampai ke puncak. Bayangkan naek trak pun ambek mase 30 minit apatah lagi kalo jalan kaki. Tapi malangnye mase mule2 kitorang beli tiket tu dengan selambanye kitorang bayar untuk naiki trak daki bukit jer. Bajet turun bukit takde lah penat sangat. Tengok2 mase turun bukit '10.3 km'tu, tak sampai 2 km jer kaki dah lenguh and sengal2. Huhu. Naseb baek ade driver trak yg baek hati bagi tumpang kitorang turun dari bukit tu. Fuh~ Alhamdulillah.
::Bermandi-manda di Air Terjun a.k.a Burmese Pool
Tiba di Air Terjun terus menuju ke kedai berdekatan untuk beli makanan dan minuman sikit bagi menghilangkan kedahagaan dan kepenatan mendaki bukit pelancongan yg kedua tertinggi di Malaysia tu. Lame jugak aku tak mandi air terjun. Last tyme aku mandi tahun lepas kat Air Terjun Sekayu, Terengganu. Huhu. Best gaklah dengan suasana yang agak happening dengan gelak ketawa sahabat2 yg baru saje kenal tak sampai 3 hari tapi dah macam bertahun-tahun kenal. Huhu.
::Muzium Taiping
Terletak bersebelahan dengan Penjara Taiping. Takde ape yg best sangat kat dalam Muzium ni. Bagi aku standard macam muzium laen. Hehe. Maklumlah, aku ni dahlah tak minat sejarah. Haha. Tapi banyak jugaklah gambar yang kitorang tangkap kat dalam muzium tu.
Sg. Kg Changkat Ning
Aktiviti untuk slot ni merupakan aktiviti yang first tyme aku buat dalam sejarah hidup aku. Haha. Aktiviti nyer ialah mengutip Siput Sedut. Yang agak kelakarnye, aku dahlah sebelum tu langsung tak tahu bentuk Siput Sedut, belum lagi nak pergi kutip bende tu kat sungai. Haha. Maklumlah, orang KL la katekan. Mane penah merasa kutip Siput Sedut kat sungai. Lepas penat diterangkan tentang kaedah mengutip Siput Sedut dan lokasi yang sering dijadikan port berkumpul untuk makhluk Allah (Siput Sedut) tu oleh sahabatku Fitrin, aku pun memulakan langkahku dengan penuh ghairah. Haha. Takleh bla ayat aku.:P Hasil usaha yang mantap dan semangat yang jitu, alhamdulillah, aku berjaya jugak mengutip beberapa Siput Sedut petang tu.
::Zoo Taiping (Zoo Terbesar di Malaysia)
Untuk slot malamnye pulak, kitorang plan pergi Night Safari kat Zoo Taiping. Gempak tak name nyer? Bunyi jer macam gempak padahal cam hampeh. Binatang pun tak semua jelas dilihat. Aku bajet dorang adelah jugak terangkan satu kawasan setiap binatang dengan spotlight. Kirenye bagi jelaskan sikit pelancong2 nak tengok depa. Tapi, majoritynye dorang biar dalam gelap. Adoyai~ tension giler. Nak ambek gambar pun tak jelas. Dahlah masuk pun nak kene bayar RM11 satu kepala. Itupun sebab diskaun member tinggal kat kawasan Taiping. Kalo tak lagi mahal RM16 sorang. Pulang lebih kurang jam 12 lebih pagi. Penat giler badan. Maklumlah, seharian berjalan takde mase nak rehatkan badan. Huhu.
Ahad (27/6)
::Bukit Merah Laketown Resort
Lame giler aku tak pegi Bukit Merah. Aku rase last tyme aku pergi mase aku sekolah rendah kalo tak silap aku.So, standard la ramai org dtg sini nak mandi water park. Disebabkan kitorang nak saving kos, kitorang pun takdelah sewa pelampung yg harganyer cecah RM10 satu. Huhu. Mase mule2 sampai kitorang terlupe nak kuar cucuk duet. So, adelah yg pinjam duet member yg ade lebih. Dahlah kat dalam kawasan Bukit Merah tu langsung takde ATM Machine, terpakselah kitorang kuar pergi cucuk duet kat stesen minyak berdekatan lepas tu. Then kebetulan ade KFC pulak kat stesen minyak tu, perut pulak dah berkeroncong. Haha. Makan lah jawabnyer.
Selesai jer makan terus menuju ke Bukit Merah utk bersuka ria. Seronok jugak lah mase ni cume kalo ade pelampung lagi seronok sebab majority aktiviti dalam water park tu semua gune pelampung. Kitorang ni pulak tak dapat nak merasa gelongsor air berpusing sebab takde pelampung. Huhu. Takpelah, janji seronok enjoy dengan member baru. Hehe.
::Tesco Taiping
Objektif kitorang pergi Tesco just untuk beli bahan2 barbeque yg kitorang nak buat pada malam tu. Tak penah dibuat orang pergi shopping kat Tesco bawak handicam ngan sibuk tangkap gambar nyer. Haha.
::Barbeque Time !!!
Pada malamnyer diadakan barbeque kat rumah tempat kitorang menginap sepanjang trip tu iaitu Rumah Tok Nurul (Sahabat aku). Ramai jugaklah malam tu dan agak meriah. Yg paling best nyer saat first tyme aku merasa makan Siput Sedut. Tak penah dalam sejarah hidop aku makan Siput Sedut ni. Haha. Pastu dengan bakar barbequenye dalam rumah sebab malam tu hujan. Tak penah dibuat org. Ade jugak sesi tayangan video dan gambar2 sepanjang trip kitorang mase ngah makan. Huhu. Maklumlah, malam terakhir bersama sahabat2 sebab mungkin lepas ni kitorang dah jarang bersua. Semua video dan gambar2 tu jer lah yg mampu jadi memori kite bersama di masa akan dtg.
Isnin (28/6)
Pagi tu kitorang terpakse rushing bertolak balik awal sbb nk kejar mase kul 400 ptg aku kene ade kat Gombak. Dari Rumah Tok Nurul di Kg. Sg. Changkat Ning bertolak ke rumah Fitrin di Kg. Tersusun Kg. Gajah utk hantar die dan Shahrul pulang then terus bertolak pulang ke KL. On the way tu, kitorang ade singgah Kota London di Kuala Kangsar sebelum tiba di rumah Fitrin. Namun, persinggahan di rumah Fitrin menjadi agak lama hanya disebabkan kewujudan Kamera Nikon milik Shahrul yg menjadikan kitorang leka bergambar. Haha. Dalam kul 1320ptg, aku, Erix n Fazrul bertolak pulang. Huh~
Post Mortem :-
-Matlamat Trip tercapai.
-Kalo nak buat trip makesure duet cukup. Haha.
-Sentiase bawak lap top supaya senang nak transfer gambar kalo memori kamera penuh.Hehe :P
-Sebelum mule trip make sure reduce weight dulu sebab balik tu confirm naek badan nyer. Haha :D
Pemecahan Rekod :-
-Berjaya menangkap gambar sebanyak 920 keping dalam mase 3 hari berturut-turut.
p/s: Perkara yg paling benci aku nak hadapi yakni PERPISAHAN. Dalam hati aku sering tertanya kenape mesti ade perpisahan bila mana ade pertemuan. Kekadang aku takut nak hadapinye sebab hatiku sentiase terasa sayu dan sedih tika sampai detik akhir bersama sahabat2 kerana khuatir takkan bertemu mereka semula. Namun memang itulah hakikat pertemuan.
Kalau ade sumur di ladang,
Boleh saye menumpang mandi,
Kalau ade umur yang panjang ,
Boleh kite berjumpe lagi.
Wallahu'alam.
*Gambar akan diupload dari mase ke semasa atas sebab kelembapan internet. Harap maklum.
Comments
Post a Comment