SKRK 1 : Untungnya Jadi Umat Muhammad S.A.W.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, bertemu sekali lagi di hari pertama bulan Ramadhan al-Mubarak. Camne sahur tadi? Harap2 dapatlah bangun laksanakan tuntutan sunnah yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Insyallah di perkongsian kali ni yakni Slot Khas Ramadhan Kareem (SKRK) akan berkongsi sikit ilmu mengenai kelebihan kita sebagai Umat Rasulullah S.A.W. iaitu umat akhir zaman. KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S. Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku: 1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w . diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t. 2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian. 3. Ket...