Aku Nak Duit Tapi Tak Nak Jadi Mata Duitan

Assalamualaikum.

Topik untuk penulisan kali ni nampak simple tapi penuh dengan isi tersirat. Sebenarnya situasi diatas inilah yang sedang berlaku pada aku sekarang ni.

Seperti yang kita semua tahu, salah satu masalah yang telah menjadi kemestian untuk kebanyakan student IPT sekarang ini ialah masalah kewangan. Ini kerana di zon kehidupan mahasiswa memerlukan pembelanjaan yang agak besar di mana hari ini ramai dalam kalangan pelajar-pelajar IPT lazimnya menggunakan biasiswa PAMA (Papa & Mama) bagi menampung kehidupan mereka di IPT.

Aku bukan tak boleh apply biasiswa PAMA ni, tapi aku tak gemar. Sebab aku ni jenis orang yang tak suka menyusahkan mak ayah. Sebab itulah sekarang ni aku selalu jer surf internet cari tawaran biasiswa yang buka dari semasa ke semasa. Setakat ni dah hampir 4 biasiswa aku apply, tapi sebab rezeki takde nak buat macam mane. Huhu. Sekarang ni tinggal nak tunggu jawapan dari Biasiswa Sukan Persekutuan dan Biasiswa Baitulmal sama ada aku layak terima ke tak. Pray for me!


..no money, no talk..

Mula-mula nak apply PTPTN, ayah aku tak bagi sebab terlalu banyak interest dikhuatiri bila sampai masa nak bayar balik nanti dah cecah dua kali ganda dari nilai yang asal. Tapi bila ayah aku dapat tahu pemohon pinjaman PTPTN yang memperoleh CGPA 3.5 ke atas masa graduate nanti, pinjamannya akan diconvert menjadi biasiswa, dia terus membenarkan aku untuk apply nya. Tapi malangnya, pendaftaran untuk PTPTN telahpun ditutup. Nak apply kene tunggu next semester. Huhu Lama nyer.

VS

Kalau dulu IPTA masih berpeluang untuk membuat pinjaman MARA dimana pinjaman tersebut bebas dari dikenakan interest. Tapi sekarang ini pula pihak MARA dan PTPTN telah membuat kata sepakat yang mana pihak MARA hanya akan memberikan pinjaman kepada pelajar-pelajar dari IPTS sahaja manakala PTPTN pula akan memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar IPTA. So, kiranya nak tak nak memang kena apply juga PTPTN ni walaupun hakikatnya diri ini terasa berat.

Member aku ada kata kat aku dulu, ‘Money is not everything but Everything need money’. Tapi aku bantah habes-habesan statement tu sebab jelas menunjukkan sikap mata duitan. Tapi bila aku hadapi masalah kewangan sekarang ni, aku still bertegas tak sokong jugak statement tu. Aku perlukan duet sangat tapi aku tak nak jadi mata duitan. Macam mana yer?

Comments