Family Day!! Then Study!! Janji Update.:P
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, berjaya jugak aku memujuk diriku untuk menaipkan sesuatu dalam blog aku nih. Hmm. Agak lama jugak tak menaip setelah sekian lama takde mood nak berblogging. Banyak jugak benda yang terjadi sepanjang aku tak menulis ni. Kalau nak ditulis kesemuanya dalam post aku kali ni takot panjang berjela pulak. Kang takde orang pulak yang nak baca. Huhu.
Ok. Aku rase main event yang aku boleh nak berceloteh sikit dalam post kali ini ialah mengenai Family Day Silat Gayong Uia Pj baru-baru ni yang telah diadakan di Sg. Kanching, Rawang. Hmm.
Overall, aku rasa memang best. Cuma standard la setiap perkara yang kita rancang boleh kate confirm tak menjadi 100% seperti ape yang kita rancang. Tak Percaya? Percayalah! Haha.
Walaupun aku ni bukan lagi dalam kalangan penuntut Matrik Uia Pj, tapi hakikatnya aku pernah bernaung atau menuntut disana 10 bulan yang lalu. Dalam Kelab Silat Gayong Uia PJ pulak, aku pernah menjawat sebagai Presiden di sana untuk sesi 2009/2010. Memang tak dapat dinafikan, ukhuwah yang terbina atau terjalin dari mula-mula aku bergiat dalam silat gayong di Uia Pj dulu sikit pun tak pudar sehingga kini walaupun sekarang ni aku sudah pun menyambung belajar di Uia Gombak untuk peringkat Ijazah Pertama. Mungkin inilah yang dikatakan
perpecahan gayong, perpecahan sayang,
di satu masa balik berpadu.
Bertambah erat lagi ukhuwah apabila bukan saja anak-anak gayong Uia Pj saja yang terlibat dalam Family Day tersebut malah turut dijemput anak-anak gayong dari Uia Gombak (ex-Uia Pj). Mungkin kami (merujuk kepada batch aku) dari gombak yang agak jarang menonjolkan diri dalam setiap program dan latihan yang dijalankan oleh Silat Gayong Uia Pj, tapi hakikatnya kami sentiasa memerhatikan dari jauh setiap perkembangan yang berlaku di Uia Pj dan kami seronok melihat Silat Gayong Uia Pj tidak seperti mula-mula aku menjejakkan kaki di Uia Pj 2 tahun yang lalu. Syabas!
Sepanjang program Family Day tersebut berjalan :-
Ais Breaking (Taaruf)
-Untuk slot pertama ni aku tak dapat join sebab sampai lewat. Very sorry. Hmm.
Sukaneka
-Haa. Part ni agak best jugak. Ade la bergelak ketawa tak ingat dunia. Memang motif aku turun sebab nak release tension pun. Haha.
..Advisor Gayong Uia Pj..Ustaz Shapizan yang tengah bersemangat menyorak sekali..
..sebelum bermula..
..Haziq dan Shukri sedang khusyuk membincang strategi..
..pasangan Raja dan Ayoi sedang beraksi..
..srikandi-srikandi yang turut serta..
Mandi Air Terjun
-Part ni aku tak tahan sikit. Mana taknya, air die sejokk GILER!! beb. Memang macam nak bekukan orang. Hoho. Menggigil aku dibuatnye. Kalo gigil tangan jer takpe jugak. Ini sampai satu badan menggigil. ngeee~
Explorace
-Explorace kali ni memang agak best. Sebab pengisian setiap checkpoint die agak lain dari yang lain. Siap ayat-ayat dalam sampul setiap checkpoint die memang tak ingat dunia punya kiasan. Aku rasa first tyme kot aku baca ayat-ayat cam tu. Hekhek. Siap kene 'makan' bawang ag tu. :P
..tension giler waktu ni..camne nak terapungkan 10 paperclip atas air??..hmm..
Birthday Prank for Ayie and Pian
-Yang ni ag best. Dapat tengok Ayie menangis terharu. Haha. Dapat kat Pian pulak, emo sikit. Tapi takpe. Standard la tu. nama pun 'prank' kan. Haha.
Penutup
-Sume team dapat hamper sama nilai.
Generally, syabas!
Ok. Habes pasal silat. Sekarang ni nak masuk perihal belajar aku pulak. Musim exam midterm dah mula. Semalam jer dah habes satu paper Dynamics. Bagi aku agak standard la tahap soklan die. Cuma kalo orang yang selalu ponteng tutor and tak study confirm akan pikir susah giler soklan die. Hmm. Aku pulak ade careless sikit. Tapi pape pun alhamdulillah takde tinggal lompong-lompong jawapan. Huhu.
Next midterm sambung lepas bukak cuti. Memang aku mungkin sibul giler lepas cuti ni sebab kene balun 4 paper midterm + 2 presentation subjek BM Kerjaya + 2 presentation subjek UNGS and assignments. Woha! Pray for my success.
Rasa nya setakat ni jer dulu kot. Wallahualam.
haha..anyway..thx for the invitation..arap2 ukhuwah family gayong uia pj kita tak ilang dek zaman..hee..salam..
ReplyDelete