Zaman Mahasiswa?

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah runsing sekarang ini tapi bukan sebab belajar, cuma aku tertanya-tanya apakah matlamat aku belajar di universiti. Kekadang aku pernah terfikir, adakah aku belajar di universiti sekadar ingin membawa pulang segulung ijazah saja atau lebih dari itu.

Pada hakikatnya, di zaman universitilah kita mula didedahkan dengan semua perkara tentang kehidupan yakni dengan meluaskan skop 'belajar'.

Sebagai contoh, di zaman universitilah kita berpeluang untuk belajar bagaimana hendak memimpin sesuatu gerakan atau persatuan. Di zaman universiti juga kita berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan yang kita minati. Di zaman bergelar mahasiswa memberi kita peluang mengasah bakat atau soft skill kita dengan penglibatan dalam program-program di dalam atau di luar kampus dan macam-macam lagi..

Cuma sekarang ini dengan kondisi aku yang agak sibuk dengan menuntut ilmu, dengan terpaksa mengharungi 3 ke 4 quiz seminggu, assignment yang tak putus-putus kena submit on time, presentation dan other tasks.

Rasa-rasanya dengan keadaan macam itu,
bagaimana aku nak melibatkan diri dengan persatuan?
bagaimana aku nak melibatkan diri dengan sukan yang aku minati?

kalau lihat pensyarah aku untuk sem ini pun, majoritinya seolah-seolah tak memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan dunia luar. Mana tidaknya, mereka adakan quiz setiap minggu. Then, quiz tersebut pula wajib dihadiri dan tak akan diadakan make-up quiz. Kiranya kalau aku tak hadir untuk sesi quiz hari tersebut, markah quiz untuk sesi tersebut confirm kosong.

sebab itulah,
aku tak faham bagaimana golongan mahasiswa yang melibatkan diri dengan persatuan atau gerakan mampu meluangkan masa mereka memberi komitmen terhadap gerakan mereka itu. Ini bukan soal pembahagian masa tetapi sejauh mana pensyarah mereka bertoleransi dengan keadaan pelajarnya.

Mungkin sem ini aku memang tak berpeluang untuk aktif dalam apa-apa komitmen luar. Sekian.

Comments