Khurafat!!

Assalamualaikum.

Selamat Pagi!!
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk merasai nikmat islam dan iman hingga kini. Lega rasanya bila pembelajaranku untuk separuh sem yang pertama telah sampai ke titik noktah sebelum aku bercuti selama lebih kurang seminggu.

Semalam hari terakhir kelas untuk separuh sem yang kedua ni, semalam jugak aku kene balun dengan 2 quiz. Alhamdulillah, boleh tahan la soklan die. Janji takde tinggal lompong-lompong kat kertas jawapan. Hekhek.

Aku pulak bile dah terasa merdeka ni, macam-macam la yang datang dalam kepala otak aku. Macam semalam, lepas jer habes kelas petang tu. Boleh pulak buat keputusan adhock untuk pergi tengok wayang cerite KHURAFAT. Haha. Mule-mule aku saje jer petik cadangan nak tengok cerite ni kat wayang sebagai langkah untuk release tension. Tetibe member aku sorang ni pulak dah semangat nak pergi tengok. Haha. Ape lagi. Baregas jugaklah kitorang menuju ke TGV Wangsa Walk. Tayangan mula pukul 1100 mlm. Kitorang bertolak dari Uia jam 1020mlm. Sempat jugaklah isi minyak sebelum sampai sana. Hmmm.

Alhamdulillah sebab seat untuk tayangan cerite tu tak penuh. Mungkin ramai yang dah pergi tengok cerite tu mase awal-awal tayangan dulu. Aku pun saje jer nak tengok cerite ni sebab dengar macam gempak semacam jer filem ni.

Lepas aku dah tengok cerite ni, overall aku boleh kata cerite ni boleh tahan jugaklah. Aku rasa kalo ade insan-insan yang memiliki masalah jantung boleh teros sakit jantung mase tayangan ni. Kalo ade insan-insan yang pregnant, boleh teros gugur kandungannya. Haha. Kidding! Maksod aku, cerite ni memang suspen giler. Aku ni dah lah memang tak tahan tengok cerite-cerite suspen cam ni. Huhu. Tengah-tengah tengok wayang tu pun ade jugak golongan-golongan gadis yang menjerit terkezut dan ketakutan. Standard la kan, tengok cerite hantu la katekan. Tapi rasa cam tak molek ade gak lah.


Tapi yang bagosnye, cerite ni ade inputnya. Antaranya :
-Jangan sesekali membuat perjanjian ape-ape dengan golongan Syaitan Laknatullah.
-Jangan menilai / menuduh seseorang tanpa disiasat terlebih dahulu.

Antara ayat Al-Quran yang diketengahkan mase tayangan semalam :-

"dan sesungguhnyaadda beberapa orang lelakidari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat." (72:6)

Oleh sebab ceritenya agak suspen dan menyeramkan, so selalu jugak aku usha handset aku takot ade miskol pulak (..padahal tengah cuak mase tu..haha..). So kat sini, aku sarankan kepada sesape yang belom tonton lagi filem ni dan berniat nak pergi tengok, make sure anda bukan dalam golongan yang memiliki masalah jantung or mengandung or etc. Takot lain pulak yang jadi. Huhu.

..Antara adegan yang menyeramkan..



Ok. Rasenyer setakat ni jer kot untuk kali ni. Wallahualam.

p/s : Jom pergi Jogging!!!

Comments