Hala Tujuku Selepas Belajar
Assalamualaikum. Entah kenapa bila berjumpa dengan mereka hati ini jadi tenang. Seolah bila bersembang dengan mereka, setiap bait-bait yang terungkap dibibirku keluar bersama masalah-masalah yang sekian lama menyembunyikan diri dalam otak fikiranku. Aku perasan. Aku sedar. Mungkin itulah yang terbaik buat diriku. Tapi aku harus akui bahawa setiap apa tindakan yang aku telah putuskan adalah untuk kebaikanku. Semester baru telah menjelang tiba. Dua minggu telah ku lalui dengan jayanya. Bersama classmates baru, lecturer baru, kenalan baru, dan misi yang baru. Aku tak tahu, kenapa semester kali ni semangatku tak seperti semester sebelum ni. Mungkin misi yang ku pasang untuk tahun ini agak drastik. Adapun misi tersebut aku pilih untuk merahsiakannya. Semester kali ini insyaAllah adalah yang terakhir. Semester yang menentukan peringkat CGPA mana yang aku akan dikategorikan selepas bergelar graduan kelak. Bila terfikir akan graduasi, aku seringkali buntu. Buntu dan keliru dimanakah destinasik...