Posts

Showing posts from June, 2016

Post Ramadhan #7 - Senario di Bazar Ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Baru saja azan Subuh berkumandang. Alhamdulillah walau terlelap awal semalam masih dibangunkan untuk menunaikan solat malam dan bersahur di hari-hari terakhir Ramadhan ini. Pada mulanya memang hajatku sepanjang bulan ini untuk menulis 1 post 1 hari. Sebagai alternatif untuk memastikan aku sentiasa menulis dan memperbaiki tahap penulisanku dari masa ke semasa. Tapi tak terlunas juga hajat tu bila semalam terlelap awal. Haha. Sebagai pengganti untuk post semalam, suka untuk aku kongsikan hasil kegiatan monolog dalamanku semasa mencari juadah berbuka semalam di Bazar Ramadhan Shah Alam berdekatan I-City Shah Alam. Macam biasa setiap hari aku akan keluar pejabat bergerak pulang sekitar jam 6.15 petang dan akan singgah di mana-mana bazar berdekatan masa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebenarnya sejak minggu terakhir ini baru bermula kegiatan memburu juadah di Bazar ni. Sebelum ini boleh kata setiap hari akan berbuka di surau belakang rumah. Antara sebabny...

Post Ramadhan #6 - B+ @ Be 'Positive'

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah. Sedar tak sedar malam ni dah masuk malam ke 25 Ramadhan. Malam ni jangan lupa bangun solat malam dan doa bebanyak. Moga kita dipertemukan dengan LAILATUL QADAR. Amin. Untuk perkongsian malam ini insyaAllah kit akan berdiskusi berkaitan PEMIKIRAN atau dalam bahasa mat sallehnya, THOUGHT . Tahap pemikiran akan melambang kematangan seseorang. Tahap pemikiran juga mampu meletakkan diri kita di tahap yang macam mana. Sebagai contoh, kalau sepintas lalu kita baca status sahabat saya di bawah ini apa kata hati pertama kita? Ok. Secara positifnya kita mungkin akan respon sahabatku ini seorang yang bagus kerana banyak mentakrifkan setiap apa yang dia lakukan dengan sunnah Rasulullah. Tapi apa agaknya respon dari sudut orang yang berfikiran negatif? Mereka mungkin akan mengatakan sahabatku ini boleh jadi seorang 'penunggang agama'. Apa itu penunggang agama? Ok. Boleh refer video Mat Lutfi yang bertajuk Penunggang ...

Automotif - HPF pada Proton IRIZ

Image
Assalamualaikum w.b.t. Perkongsian untuk kali ini dikhususkan kepada penggemar-penggemar kereta dan golongan industri otomotif. Sekadar penambah ilmu kita yang bukan dari cabang ini. Beberapa hari yang lalu aku ada terbaca satu artikel berkaitan HPF yang diadaptasikan dalam kerangka kereta model Proton IRIZ. Dan HPF ini adalah salah satu elemen keselamatan yang pada aku wajib diimplementasikan buat semua pengeluar-pengeluar kereta. Secara amnya, HPF boleh dikaitkan dengan tahap kekerasan besi rangka luaran kereta itu sendiri. Semakin keras, semakin sukar untuk kemek dan it will lengthen the time of collision when accident happen. Apa itu HPF secara detail? Sumber : Careta.my   Bagi ‘orang biasa’ yang tidak terlibat dalam pembangunan sesebuah kenderaan, ‘Hot Press Forming’ (HPF) mungkin kedengaran asing dan maksudnya masih lagi samar. Ia sebenarnya adalah salah satu proses pembentukan besi yang digunakan secara meluas dalam penghasilan bahagian kenderaan dan mempunyai ...

Post Ramadhan #5 - Buntu dengan penuh pengharapan

Image
Assalamualaikum w.b.t Di saat aku kebuntuan, seringkali berlegar di dalam akal fikiran apa yang wajar aku lakukan. Ketandusan idea. Di saat aku ragu-ragu dengan pendirian diri, selalu aku berdoa agar diberi petunjuk untuk setiap tindakan yang aku akan lakukan. Di setiap langkah yang ku ambil dan di situ terdapat kesilapan dan mungkin ada juga padanya penyebab berlaku perkara yang negatif terhadap seseorang, aku sering mempersalahkan diri yang hina ini. Di setiap kata-kata yang ku ungkapkan, seringkali aku terasa menyesal. Mungkin sebaiknya aku tak perlu ungkapkan ia. Impak negatifnya mungkin kurang. Namun, disebalik setiap apa yang terjadi. Aku akur. Aku tersalah langkah. Dan mungkin langkahku sebelum ini lebih berpaksikan emosi sendiri. Emosi yang berjaya menguasai diri. Dan setiap apa yang aku lalui, seolah ada yang menjadi penghalang. Dan penghalang tersebut sangat utuh. Seolah tak mampu ku pecahkan ia dengan kudrat seorang yang hanya dicipta dari tanah yang hina...

Post Ramadhan #4 - Hukum Baca Al-Quran Salah Tajwid

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 23 Ramadhan 1437H. Alhamdulillah. Malam ganjil kedua untuk 10 malam terakhir Ramadhan dan antara malam yang dijanjikan Allah lailatul qadar padanya. Moga kita istiqamah memburunya. Amin. Dulu aku pernah tertanya kalau kita asyik baca saja Al-Quran tapi tak pernah concern dengan tajwid dan cara bacaannya kita berdosa ke tidak. Dan kebetulan malam ini aku terserempak dengan jawapan pada persoalan aku bertahun yang lalu. Sumber dari FB page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith. ************************************ Buat Apa Baca Al-Quran Kalau Salah Tajwid? عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : 'Aisyah radiallu 'anha berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ   Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia lagi taat. وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُو...

Post Ramadhan #3 - Gen Y

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 21 Ramadhan 1437H! Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jejakkan kaki ke fasa terakhir Ramadhan yakni fasa pembebasan dari api neraka dan fasa ini juga merupakan fasa yang dinantikan dan terletak padanya lailatul qadar. Moga kita istiqamah untuk beribadah sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ini insyaAllah. Kebetulan petang ini ada masa terluang untuk membelek mukabuku ku dan terserempak dengan satu post yang dishare oleh sahabat. Satu post hasil penulisan Vivy Yusof dari website beliau www.proudduck.com yang bertajuk Gen Y. Satu penulisan yang sangat membuka minda kita. Berikut adalah antara point yang diketengahkan dalam post beliau (klik SINI ) : 1) We're big complainers and we skew our thoughts to only think about us. 2) We have a huge sense of entitlement. And we don't know why we're entitled. But we just are. 3) We are impatient and we get bored easily. We want to be rich or successful like yesterday. 4) We cannot be scolded. E...

Psoriasis | Radang Kulit

Image
Assalamualaikum w.b.t. Akibat kulitku makin merekah, dan musim 'ganti kulit' nya dah tiba, dek tak tahan melayan kerenah kulit yang makin menjadi-jadi, akhirnya mengadap jugak doktor pakar kulit hari ini. Natijah dari hasil diskusi aku bersama doktor pagi tadi, maka jelaslah selama ini aku mengidap peyakit kulit yang nama saintifiknya dikenali sebagai  PSORIASIS . Apa itu PSORIASIS? PSORIASIS adalah satu penyakit keradangan kulit atau ruam gatal pada kulit yang mengakibatkan kulit kering, merekah, gatal bila berpeluh dan mengalami proses penggantian kulit yang terlalu cepat. Dan penyakit ini juga tak boleh diubati tapi boleh dikurangkan kesannya menerusi ubat-ubat yang diberi dan kawalan pemakanan yang dinasihat oleh doktor. Alhamdulillah untuk kategori PSORIASIS ku ni baru dalam stage mild effect lagi. Baru initial stage. Hanya perlu menyapu krim-krim berkenaan pada bahagian kepala dan muka pada sebelah pagi dan malam. Shampunya pula digunakan selang sehari. Da...

Post Ramadhan #2 - Al-Quran sumber ketenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam Nuzul Quran dan Salam 17 Ramadhan 1437H! Alhamdulillah. Berjaya juga melepasi separuh masa yang pertama untuk Ramadhan tahun ini. Masih berada dalam fasa pengampunan dan didoakan agar kita semua masih istiqamah memohon ampun dari-NYA. Sedikit perkongsian hari ini untuk sama-sama kita upgrade iman kita dalam bulan mulia ini. Dan bersempena dengan Nuzul Quran hari ini, lets talk about our time we spent to read Quran. Mungkin majoriti antara kita selalu terlepas pandang. Kita duk mengejar benda yang kita nak tapi kita jarang concern apa yang Allah nak kita buat. Hakikatnya Allah yang beri semua apa yang kita nak.  Spent time to read Quran in a day.  Bila bercakap pasal tenang, aku akan selalu terbayang zaman aku CFS dulu. Tenang dari segala masalah dan perihal duniawi. Sebenarnya bukan tenang sebab takde masalah. Tapi tenang sebab kita seolah yakin akan setiap perancangan Allah. Kisahnya ialah ketika aku short sem di CFS. Short sem...

Iftar Gayong-Mates 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah masuk ke malam 15 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Dan seperti biasa bila Ramadhan makin tiba ke penghujung, makin banyaklah aktiviti berukhuwah diadakan. Beriftar sekali. Dan di sinilah peluang sahabat-sahabat yang lama tak bersua, yang menghilangkan diri, yang dah beranak pinak busy dengan anak-anak untuk bertemu kembali bertegur sapa dan saling mengupdate status kerjaya dan life memasing. Alhamdulillah. Permulaan sesi iftar jam'ie tahun ini bermula dengan keluarga SSGMC UIA PJ. Dengan berlokasikan Restoran Santai Place bersebelahan dengan Kubur menghala ke Batu 12, Gombak. Antara yang menghadirkan diri : 1. Raja dan pasangan 2. Shukri dan pasangan 3. Marzuq dan pasangan 4. Arif dan pasangan 5. Solihin, pasangan dan anak-anak 6. Ijud, pasangan dan anak 7. Azam 8. Saifuddin 9. Nazri a.k.a. Ayie 10. Sufian a.k.a. Pian Tiga pasangan bakal menjadi ibu dan bapa, dua pasangan bakal diijab kabulkan, dan tiga orang lagi masih...

Post Ramadhan #1 - Perancangan Allah Terbaik

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah. genap sudah 12 hari kita menunaikan ibadah puasa. Jejak sudah kita ke fasa kedua bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Moga Allah selitkan setiap masa dan ketika supaya kita punyai peluang untuk sentiasa memohon keampunan kepada-Nya atas dosa-dosa kita di masa lampau. Untuk perkongsian hari ini, insyaAllah berkaitan MERANCANG. Sebelum itu suka untuk aku berkongsi sedikit kisahku sebagai seorang engineer yang sedikit sebanyak telah merubahku dalam meniti kehidupan harian. Mungkin ini perubahan positif atau mungkin boleh jadi negatif. Namun ia terletak pada situasi dan kerangka sudut pandangan pembaca. Dahulunya aku seorang atlit ketika menuntut di UIAM. Kehidupanku ketika itu sangat berbeza. Hidup penuh dengan disiplin. Seawal 7 pagi sudah mula berlari. Kelas tak pernah ponteng. Tepat jam 5 petang selepas asar akan terpacak di trek stadium untuk meneruskan aktiviti fitness. Sebelah malamnya pula berlqtih sehingga lewat malam. Sebelum tidur akan mene...