Post Ramadhan #6 - B+ @ Be 'Positive'
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah wa syukurillah. Sedar tak sedar malam ni dah masuk malam ke 25 Ramadhan. Malam ni jangan lupa bangun solat malam dan doa bebanyak. Moga kita dipertemukan dengan LAILATUL QADAR. Amin.
Untuk perkongsian malam ini insyaAllah kit akan berdiskusi berkaitan PEMIKIRAN atau dalam bahasa mat sallehnya, THOUGHT. Tahap pemikiran akan melambang kematangan seseorang. Tahap pemikiran juga mampu meletakkan diri kita di tahap yang macam mana. Sebagai contoh, kalau sepintas lalu kita baca status sahabat saya di bawah ini apa kata hati pertama kita?
Ok. Secara positifnya kita mungkin akan respon sahabatku ini seorang yang bagus kerana banyak mentakrifkan setiap apa yang dia lakukan dengan sunnah Rasulullah. Tapi apa agaknya respon dari sudut orang yang berfikiran negatif?
Mereka mungkin akan mengatakan sahabatku ini boleh jadi seorang 'penunggang agama'. Apa itu penunggang agama? Ok. Boleh refer video Mat Lutfi yang bertajuk Penunggang Agama. HAHA. Apa yang nak diketengahkan oleh saudara Mat Lutfi dengan definisi terbaru beliau terhadap term Penunggang Agama ialah beliau mentakrifkan penunggang agama sebagai seorang yang menggunakan platform agama dalam mendapatkan sesuatu yang bersifat peribadi. Dan saya boleh kata, hasil dari pentafsiran post di atas, boleh jadi sahabatku ini antara seorang 'Penunggang Agama'. Boleh jadi. Tapi sejujurnya tidak. Saya kenal dia. :)
Apa yang nak ditekankan di sini ialah sejauh mana tahap pemikiran kita? Adakah kita ini seorang yang selalu berfikiran positif? atau mungkin kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif dulu. Untuk mereka yang selalu berfikir negatif, pada saya ada pro dan kontranya. Tapi pronya bukanlah sampai tahap kita menjuruskan segala tindakan kita sekali untuk berkelakuan negatif. Jangan salah faham.
Maksud saya dengan berfikiran negatif terhadap sesuatu situasi dapat meletakkan diri kita di tahap berjaga-jaga. Sebagai contoh dulu saya pernah hampir ditipu. Katanya duitnya kene curi dan tak cukup duit untuk beli sesuatu dan tak semena-mena dia ingin meminjam duit dariku. Yang nak dipinjam tu bukan sedikit tapi beratus juga. Dan seorang lagi sahabatku pula memang seorang yang lebih cenderung untuk berfikiran negatif dulu. Apa dia buat? Dia terus tanya secara detail bagaimana duitnya dicuri, kat mana kejadian tu berlaku, berapa ringgit yang dicuri, isteri takde duit langsung ke dan lain-lain. Seolah sahabatku ini menganggap dia kelentong untuk dapatkan duit walhal duitnya pun masih ada. Dan bila dia beredar, baru sahabatku ini mentafsirkan satu persatu jawapan hasil pertanyaan tadi tu secara logik dan akhirnya menampakkan dia cuba menipu, jawapan tak masuk akal, senario yang diwujudkan tak logik dan dia seolah sengaja ingin meminjam duit bukan sebab terdesak.
Kita ini bukanlah berduit sangat tapi takde masalah sebenarnya untuk pinjamkan. Isunya di sini bukan sebab tak nak pinjamkan, tapi isunya kejujuran orang terhadap kita. Contoh yang diberi baru berkaitan duit. Tapi sebenarnya kalau kita nak lihat senario zaman sekarang, yang terjadi lebih dari itu. Bukan hanya berkaitan duit, ada kes mengenai rumah tangga, kerjasama bisnes, ketelusan dalam pentadbiran dan seumpamanya. Saya tak suruh korang fikir negatif. Tapi saya hanya tekankan bahawa berfikiran negatif bukan semestinya sesuatu yang negatif. Ia boleh jadi positif jika bertempat.
Tapi pada saya terlalu berfikir negatif juga boleh membawa padah sebab ia boleh meracuni fikiran kita perlahan-lahan. Sampai tahap bila kita bersembang dengan dia berkaitan sesuatu isu pun kita hanya akan dapat respon negatif saja. Tak bagus juga kalau macam tu. Sebagai contoh salah seorang colleagueku. Dia pernah mengalami krisis dalam bisnes menyebabkan dia berhutang sekitar 5 angka dengan seorang taukeh tapak kedai restoran yang dia sewa. Disebabkan kegagalan dia dalam bisnes tersebut, bila saya berborak perihal bisnes akan selalu timbul perkara-perkara dan buah fikiran yang negatif saja. Jadi tak shok nak berborak. Sebab kata mentor saya, nak berjaya dalam sesuatu bisnes kene perbaiki tahap minda dan pemikiran kita. Kene sentiasa berfikiran positif. Even kalau ditimpa musibah seperti colleagueku itu, harus percaya hikmahnya ada menanti.
Dan aku boleh katakan, tahap pemikiran seseorang banyak dibentuk hasil dari pengalaman masa lampau dan bersama siapa mereka selalu berborak. Their circle of friends. So, jom kita fikir positif. Biar orang fikir negatif jangan sampai kita pun turut serta. Dan aku sangat setuju dengan quote di atas, CHANGE YOUR THOUGHTS AND YOU'LL CHANGE YOUR WORLD!
Salam 25 Ramadhan 1437H. 5 hari lagi tinggal untuk kita berpuasa. Jom rebut kelebihan-kelebihan 10 malam terakhir ini insyaAllah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment