Automotif - HPF pada Proton IRIZ
Assalamualaikum w.b.t.
Perkongsian untuk kali ini dikhususkan kepada penggemar-penggemar kereta dan golongan industri otomotif. Sekadar penambah ilmu kita yang bukan dari cabang ini. Beberapa hari yang lalu aku ada terbaca satu artikel berkaitan HPF yang diadaptasikan dalam kerangka kereta model Proton IRIZ. Dan HPF ini adalah salah satu elemen keselamatan yang pada aku wajib diimplementasikan buat semua pengeluar-pengeluar kereta. Secara amnya, HPF boleh dikaitkan dengan tahap kekerasan besi rangka luaran kereta itu sendiri. Semakin keras, semakin sukar untuk kemek dan it will lengthen the time of collision when accident happen. Apa itu HPF secara detail?
Bagi ‘orang biasa’ yang tidak terlibat dalam pembangunan sesebuah kenderaan, ‘Hot Press Forming’ (HPF) mungkin kedengaran asing dan maksudnya masih lagi samar.
Ia sebenarnya adalah salah satu proses pembentukan besi yang digunakan secara meluas dalam penghasilan bahagian kenderaan dan mempunyai kelebihan kerana produk akhirnya akan menjadi lebih berketahanan tinggi.
Ia dilihat sebagai antara penyelesaian terbaik bagi menghasilkan kerangka kenderaan yang tahan apabila berlaku impak (tidak mudah bertukar bentuk) dan pada masa sama masih lagi ringan.
Ada dua jenis proses bagi HPF ini iaitu Direct dan Indirect tetapi konsep asasnya masih lagi sama iaitu:

Sumber : Careta.my

- Kepingan besi mentah dipanaskan sehingga suhu 950 darjah celsius
- Dibiarkan untuk proses ‘austenitized’ (struktur besi bertukar dari ‘ferrite’ ke ‘austenite’ yang lebih kuat)
- Dipindahkan dengan cepat ke mesin pembentuk (stamping tool)
- Disejukkan dengan cepat
- Produk akhir dihasilkan
Merujuk kepada graf di bawah pula, besi yang telah melalui proses HPF mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding besi proses lain dan ia juga terletak paling rendah dalam kiraan perubahan bentuk (elongation) yang bermakna ia paling sukar untuk berubah bentuk.
Walaupun HPF memerlukan langkah tambahan dan memakan lebih kos berbanding ‘Cold Press Forming’, Proton tetap menggunakannya bagi menghasilkan kenderaan yang lebih selamat untuk penumpangnya dan ini sudah menyamai tahap sebuah kenderaan Eropah dan malah juga boleh jadi lebih.
Pada Preve dan Suprima S, terdapat 12 bahagian yang menggunakan HPF, manakala Iriz pula terdapat 8 bahagian.
Ini semua adalah bahagian utama kerangka yang dapat dianggap sebagai ‘sangkar’ keselamatan apabila berlaku perlanggaran dan bahagian kokpit tidak akan mudah remuk.
Sekadar perkongsian hasil dari pembacaan masa lapang. InsyaAllah disebabkan aku juga merupakan 'orang' otomotif, belajar dalam bidang automotif engineering dan bekerja pun dalam bidang automotif, aku akan selitkan beberapa update terkini atau ilmu berkaitan sektor automotif yang mana aku rasa kita perlu tahu. Sekian.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment