Psoriasis | Radang Kulit
Assalamualaikum w.b.t.
Akibat kulitku makin merekah, dan musim 'ganti kulit' nya dah tiba, dek tak tahan melayan kerenah kulit yang makin menjadi-jadi, akhirnya mengadap jugak doktor pakar kulit hari ini.
Natijah dari hasil diskusi aku bersama doktor pagi tadi, maka jelaslah selama ini aku mengidap peyakit kulit yang nama saintifiknya dikenali sebagai PSORIASIS.
Apa itu PSORIASIS?
PSORIASIS adalah satu penyakit keradangan kulit atau ruam gatal pada kulit yang mengakibatkan kulit kering, merekah, gatal bila berpeluh dan mengalami proses penggantian kulit yang terlalu cepat. Dan penyakit ini juga tak boleh diubati tapi boleh dikurangkan kesannya menerusi ubat-ubat yang diberi dan kawalan pemakanan yang dinasihat oleh doktor.
Alhamdulillah untuk kategori PSORIASIS ku ni baru dalam stage mild effect lagi. Baru initial stage. Hanya perlu menyapu krim-krim berkenaan pada bahagian kepala dan muka pada sebelah pagi dan malam. Shampunya pula digunakan selang sehari. Dan makanan yang WAJIB aku jauhi dan elakkan bak kata doktor ni ialah DAGING MERAH. Ok. Noted!
OK. Just a suggestion to those people who suffered with skin problem, you can pay a visit here. A skin specialist and you will get the right advise from the right person. Trust me. Just google Klinik Dharan Skin Specialist.
Dan antara faktor utama terjadinya radang kulit ini adalah disebabkan terlalu dan selalu stress. Sangat setuju! Memang sejak belakangan ini agak tertekan dengan memacam. My bad. Will improvise insyaAllah. Pray for me please! Thanks :)
Comments
Post a Comment