Post Ramadhan #7 - Senario di Bazar Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Baru saja azan Subuh berkumandang. Alhamdulillah walau terlelap awal semalam masih dibangunkan untuk menunaikan solat malam dan bersahur di hari-hari terakhir Ramadhan ini.

Pada mulanya memang hajatku sepanjang bulan ini untuk menulis 1 post 1 hari. Sebagai alternatif untuk memastikan aku sentiasa menulis dan memperbaiki tahap penulisanku dari masa ke semasa. Tapi tak terlunas juga hajat tu bila semalam terlelap awal. Haha. Sebagai pengganti untuk post semalam, suka untuk aku kongsikan hasil kegiatan monolog dalamanku semasa mencari juadah berbuka semalam di Bazar Ramadhan Shah Alam berdekatan I-City Shah Alam.


Macam biasa setiap hari aku akan keluar pejabat bergerak pulang sekitar jam 6.15 petang dan akan singgah di mana-mana bazar berdekatan masa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebenarnya sejak minggu terakhir ini baru bermula kegiatan memburu juadah di Bazar ni. Sebelum ini boleh kata setiap hari akan berbuka di surau belakang rumah. Antara sebabnya ialah sejak belakangan ni aku diserang sakit gigi dan untuk menyembuhkannya, gusi perlu dibedah dan kadarnya untuk sembuh seperti biasa mungkin memakan masa hingga sebulan lebih. So, hajat nak ambil rawatan mungkin mula selepas raya. For the time being hanya mampu telan ubat tahan sakit setiap kali lepas sahur sebelum subuh.

Ok. Sambung balik cerita di bazar semalam. Aku ada perasan ada bermacam senario dan perangai orang kita bila mencari juadah di bazar. Antara yang aku perhatikan :

1. Berjalan sambil mengadap handphone
- Golongan jenis ni memang banyak menyusahkan orang. Sebab korang bayangkan punya lah perlahan dia berjalan sambil tunduk mengadap handphone padahal depan kosong je takde orang. Belakang dia habis ramai beratur nak berjalan. Orang jenis ni aku tak pasti sama ada motif dia datang untuk beli juadah atau nakkan suasana bazar je sambil mengadap handphone.

2. Peniaga yang sibuk melalak untuk mencari pelanggan pada masa yang sama tak sedar pelanggan dah ada depan mata nak beli
- Golongan jenis ni memang ada dan aku adalah salah seorang mangsanya semalam. Punya dah ada depan kedai nak beli air teh lemoh ais RM2 satu. Tapi dia masih mengadap ke luar melalak untuk tarik pelanggan beli air. Fikir positif, mungkin tugasnya hanya untuk cari pelanggan saja tapi bukan serve pelanggan. Tapi aku tak nampak orang lain pun kat situ. Ok. Please fikir positif! Bulan puasa! Haha.

3. Jumpa kenalan dan sembang kencang 'tengah-tengah dunia'
- Golongan jenis macam ni pun banyak terdapat kat semua bazar. Orang kata 'jejak kasih'. Kebetulan terserempak sembangnya dah macam laluan tu dorang punya sorang. Please guys, concern about others yang terkejar masa nak balik berbuka.

4. Parking ikut suka
- Yang ni banyak terjadi juga. Situasinya sama macam solat jumaat. Sebab kita rasa kita tak lama nak mencari juadah, dengan tak semena-mena parking block kereta orang. Padahal orang tu dah nak balik dah, yang kita ni baru je sampai. Kalau nak buat tak salah, tapi pastikan ada orang dalam kereta tu atau paling tak pun tinggalkan no handphone kat atas dashboard.

5. Berjalan mencari juadah dengan 'couple' yang masih tak halal
- Golongan jenis ni aku rimas sikit. Dah tahu bazar Ramadhan dan sekarang bulan Ramadhan masih nak berjalan berpegangan tangan manja sana sini. Aku tak tahu dorang ni faham ke tak batasan dalam Islam. Dan yang lagi rimas sebab dorang takde rasa hormat bulan Ramadhan ini. Mohon ibubapa pantau anak masing-masing lagi-lagi golongan remaja. Ini belum lagi pergi area jalan TAR, jalan Masjid India dan sekitarnya.

6. Dan banyak lagi. Rasa banyak lagi korang boleh share kat sini.

Kita  kalau betul-betul faham apa itu Ramadhan, kita takkan buat semua benda kat atas ni. Sebab apa? Sebab Islam suruh kita tak menyusahkan orang lain. Islam sangat menuntut kita memberi kemudahan kepada orang lain. Dan setiap kemudahan itu ganjaran yang kita dapat berlipat kali ganda lagi-lagi dalam bulan Ramadhan ni. Hayati Ramadhan kita, insyaAllah segala-galanya akan dilancarkan. Amin.

Wallahualam. Salam 26 Ramadhan!

Comments