Post Ramadhan #4 - Hukum Baca Al-Quran Salah Tajwid
Assalamualaikum w.b.t.
Salam 23 Ramadhan 1437H. Alhamdulillah. Malam ganjil kedua untuk 10 malam terakhir Ramadhan dan antara malam yang dijanjikan Allah lailatul qadar padanya. Moga kita istiqamah memburunya. Amin.
Dulu aku pernah tertanya kalau kita asyik baca saja Al-Quran tapi tak pernah concern dengan tajwid dan cara bacaannya kita berdosa ke tidak. Dan kebetulan malam ini aku terserempak dengan jawapan pada persoalan aku bertahun yang lalu. Sumber dari FB page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith.
************************************
Buat Apa Baca Al-Quran Kalau Salah Tajwid?
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
'Aisyah radiallu 'anha berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ
Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia lagi taat.
وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
Orang yang membaca al-Quran dan dia merangkak-rangkak dalam membacanya dan mengalami kesukaran untuk membaca, dia akan mendapat dua pahala.
[ Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 1745 ]
Mereka yang sedang berusaha membaiki bacaan al-Quran, tidak perlu rasa berdosa untuk membaca al-Quran. Yang penting kita berusaha belajar dan membaca sebaik mungkin. Kita tidak akan mahir membaca al-Quran jika kita tidak membacanya.
Berapa ramai manusia yang sudah khatam al-Quran di zaman kanak-kanak, tetapi merangkak membaca al-Quran kerana sudah terlalu lama meninggalkan bacaannya.
************************************
Dan pernah juga aku bertanya persoalan ini kepada sahabatku, seorang tahfiz yang sudah pun menghafaz 30 juzuk al-Quran dan memiliki sijil Syahadah. Jawapan beliau sangat ringkas bila mana aku bertanyakan "Tak berdosa ke kalau kita baca al-Quran walhal kita pun tak pasti maknanya dan betul ke tak bacaan kita tu." Jawapan beliau, "Kau rasa antara orang yang baca al-Quran dengan orang yang tak baca, mana yang lagi better?"
Pendek kata, daripada kita tak baca sebab takut salah tajwid atau tak faham makna, lebih baik kita amalkan saja dulu dan teruskan membaca walau ada kekurangan. Dan dalam pada kita rasa ada kekurangan tu, kita cuba cari sahabat yang arif dalam tajwid untuk jadikan rujukan kita. Sedangkan kalau hanya dengan membaca pun hati boleh jadi tenang, inikan pula kalau memahami maknanya sekali. Kan?
Wallahualam.
Comments
Post a Comment