Iftar Gayong-Mates 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah masuk ke malam 15 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Dan seperti biasa bila Ramadhan makin tiba ke penghujung, makin banyaklah aktiviti berukhuwah diadakan. Beriftar sekali. Dan di sinilah peluang sahabat-sahabat yang lama tak bersua, yang menghilangkan diri, yang dah beranak pinak busy dengan anak-anak untuk bertemu kembali bertegur sapa dan saling mengupdate status kerjaya dan life memasing. Alhamdulillah. Permulaan sesi iftar jam'ie tahun ini bermula dengan keluarga SSGMC UIA PJ. Dengan berlokasikan Restoran Santai Place bersebelahan dengan Kubur menghala ke Batu 12, Gombak. Antara yang menghadirkan diri :

1. Raja dan pasangan
2. Shukri dan pasangan
3. Marzuq dan pasangan
4. Arif dan pasangan
5. Solihin, pasangan dan anak-anak
6. Ijud, pasangan dan anak
7. Azam
8. Saifuddin
9. Nazri a.k.a. Ayie
10. Sufian a.k.a. Pian

Tiga pasangan bakal menjadi ibu dan bapa, dua pasangan bakal diijab kabulkan, dan tiga orang lagi masih mencari. Seronok dapat berkongsi cerita lama dan merangka sedikit perancangan untuk adakan aktiviti bersama ala family day untuk masa akan datang. Dan tambahan pula masing-masing sudah bekerjaya dan punyai area of expertise yang pelbagai. Dapat juga berkongsi idea, ilmu dan pertukaran pendapat berkaitan segenap isu dan bidang kerjaya memasing.







Bila terkenang kembali saat aktif bersama dulu di CFS IIUM PJ, membawa pertubuhan silat seni gayong malaysia di sana bersama mereka, tak pernah terdetik dek akal akan bertemu kembali mereka satu hari nanti dalam keadaan masing-masing membawa zuriat dan pasangan. Indah sungguh ukhuwah yang terbina.

Wallahualam.

Comments