Saturday, 25 June 2016

Post Ramadhan #2 - Al-Quran sumber ketenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Nuzul Quran dan Salam 17 Ramadhan 1437H! Alhamdulillah. Berjaya juga melepasi separuh masa yang pertama untuk Ramadhan tahun ini. Masih berada dalam fasa pengampunan dan didoakan agar kita semua masih istiqamah memohon ampun dari-NYA.


Sedikit perkongsian hari ini untuk sama-sama kita upgrade iman kita dalam bulan mulia ini. Dan bersempena dengan Nuzul Quran hari ini, lets talk about our time we spent to read Quran. Mungkin majoriti antara kita selalu terlepas pandang. Kita duk mengejar benda yang kita nak tapi kita jarang concern apa yang Allah nak kita buat. Hakikatnya Allah yang beri semua apa yang kita nak. 

Spent time to read Quran in a day. 

Bila bercakap pasal tenang, aku akan selalu terbayang zaman aku CFS dulu. Tenang dari segala masalah dan perihal duniawi. Sebenarnya bukan tenang sebab takde masalah. Tapi tenang sebab kita seolah yakin akan setiap perancangan Allah. Kisahnya ialah ketika aku short sem di CFS. Short sem memang sinonim dengan bilangan kelas yang agak sedikit. So, banyak masa terluang. Dan di situlah peluang aku dan sahabat-sahabat gunakan untuk melaburkan banyak masa dengan ibadah sunat mahupun wajib. Antaranya kami sebilik akan mengerjakan kesemua solat fardu lima waktu berjemaah di masjid. Di CFS, kedudukan masjid betul-betul bersebelahan dengan mahallah kami. So sangat mudah untuk kami ke sana setiap solat fardu. Setiap kali lepas Subuh akan bertadarus. Lepas asar pula akan membaca al-mathurat. Setiap malam tepat jam 12 tangah malam kami akan berhimpun untuk membaca AL-MULK secara berjemaah dan disusuli sesi tazkirah ringkas. Begitulah rutin kami setiap hari. Dan masa tu seriusly rasa tenang walau di kelilingi assignment yang banyak dan susah.

Dan disebabkan aku ini seorang yang selalu timbulkan bermacam persoalan bila aku tak faham akan sesuatu. So, aku pernah tertanya kenapa orang kata nak tenang pi baca AL-QURAN? Walhal kita baca tu pun bukan kita faham maknanya. Hanya sekadar lafaz dan cuba membaca mengikut disiplin tajwid yang betul. Dan tiba satu ketika ALLAH menjawab persoalan itu. Di mana ada satu ketika aku sangat tekun membaca AL-QURAN dalam usaha untuk mengkhatamkan 30 juzuk untuk Ramadhan tahun tersebut. Dan ketika itu aku perasan sesuatu. Aku perasan baca AL-QURAN tersangat berbeza nak dibandingkan dengan kita baca buku atau novel sekalipun. Baca buku atau novel mungkin mampu menyentuh perasaan dan emosi kita tapi AL-QURAN mampu menyentuh hati kita. Bukan semestinya membaca, mendengar alunan ayat al-quran pun sudah mampu memberi kita ketenangan. Dan kita tahu hati merupakan satu-satunya elemen utama untuk kita capai sesuatu kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Orang yang mempunyai masalah dengan hati saja akan sentiasa berasa tak tenang dan serabut.

Dan di sini suka untuk aku nasihatkan khususnya buat empunya diri ini dan amnya untuk semua sahabat-sahabat pembaca, JANGAN sesekali kita abaikan Al-Quran. Setidak-tidaknya cuba untuk kita baca beberapa potong ayat dalam sehari. Tak dapat buat semua, JANGAN tinggal semua. Kalau rasa tak sempat nak habiskan satu QURAN dalam bulan Ramadhan, cuba untuk habiskan separuh Quran. Kalau tak sempat juga, kecilkan lagi skop kita. Yang penting kita istiqamah dalam membuatnya.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...