Post Ramadhan #1 - Perancangan Allah Terbaik

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. genap sudah 12 hari kita menunaikan ibadah puasa. Jejak sudah kita ke fasa kedua bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Moga Allah selitkan setiap masa dan ketika supaya kita punyai peluang untuk sentiasa memohon keampunan kepada-Nya atas dosa-dosa kita di masa lampau.

Untuk perkongsian hari ini, insyaAllah berkaitan MERANCANG. Sebelum itu suka untuk aku berkongsi sedikit kisahku sebagai seorang engineer yang sedikit sebanyak telah merubahku dalam meniti kehidupan harian. Mungkin ini perubahan positif atau mungkin boleh jadi negatif. Namun ia terletak pada situasi dan kerangka sudut pandangan pembaca.

Dahulunya aku seorang atlit ketika menuntut di UIAM. Kehidupanku ketika itu sangat berbeza. Hidup penuh dengan disiplin. Seawal 7 pagi sudah mula berlari. Kelas tak pernah ponteng. Tepat jam 5 petang selepas asar akan terpacak di trek stadium untuk meneruskan aktiviti fitness. Sebelah malamnya pula berlqtih sehingga lewat malam. Sebelum tidur akan menelaah seketika untuk subjek yang dipelajari di sebelah paginya. Ya. Ketika itu memang itulah kehidupanku. Melaburkan masa 50% untuk sukan dan 50% untuk pelajaran.

Dua tahun yang lalu, aku seorang engineer bahagian kualiti. Sebagai engineer kualiti sangat menitik beratkan sesuatu secara sangat detail. Sebagai contoh port folioku ketika itu adalah untuk mengesan setiap defect part yang dihasilkan oleh kilangku. Sekecil-kecil calar pun aku kena peka sehingga seberat-berat defect melibatkan fungsi part yang NG. Cara kerjaku sedikit sebanyak telah menyebabkan aku menjadi seorang yang sangat peka dan detail terhadap sesuatu sehinggakan ada yang mengatakan aku mempunyai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) yang mana merupakan satu penyakit yang menyebabkan kita akan tak senang sekiranya melihat sesuatu yang tak selari dengan apa yang kita fikirkan. Boleh refer sheikh google untuk mengetahui maksudnya secara mendalam.

Dan sekarang pula aku sebagai engineer bahagian pembangunan projek (project development). Untuk port folioku sekarang, aku dipertanggungjawabkan untuk mengepalai setiap projek dari fasa design hingga fasa penghasilan (mass production). Dan kali ini tugasku ialah untuk menetapkan master development schedule untuk setiap projek dan pastikan setiap fasa dan aktiviti berjalan selari dengan masa dan tempoh yang telah ditetapkan dalam schedule tersebut juga aku sebagai perantara syarikatku dan syarikat customer. Dengan kata lain, tugasku lebih kepada perancangan, follow up tindakan dan update. Secara tak langsung aku telah terbiasakan diri untuk merancang sesuatu dalam jangkamasa panjang. Sebagai contoh untuk travel planning aku tahun ini. Seawal januari lagi aku telah menyusun setiap tempat yang aku akan lawati, setiap aktiviti yang aku akan jalankan dan setiap cuti (AL) yang akan aku apply sepanjang tahun ini. Dan yang lagi best aku siap bentangkan segala aktiviti travelling aku kepada bos aku untuk mendapat kelulusan untuk aku apply annual leave (AL) sepanjang tahun ini. Alhamdulillah dikurniakan bos yang tak terlampau strict. Pembentangan diluluskan. Maka padatlah sudah aktivitiku untuk tahun ini. Apepun aktiviti yang dimaksudkan bukan mengisi sepenuhnya setiap hari-hari di bulan mendatang. Cuma aktiviti yang dimaksudkan bersifat berkala dan mungkin menghabiskan masa kurang lebih seminggu untuk bulan-bulan tertentu sepanjang tahun ini.

Berbalik dengan perkongsian utama kali ini iaitu berkaitan perancangan. Disebabkan nature kerjaku adalah merancang, secara tak langsung aku lebih giat merancang dalam setiap apa yang aku lalui di hari-hari mendatang. Mungkin itu sesuatu perkara yang positif. Namun ia boleh jadi negatif sekiranya kita meletakkan 100% pengharapan agar setiap perancangan kita itu akan menjadi seperti yang dirancang.

Sebagai contoh, untuk sepanjang Ramadhan ini mengikut perancangan pada awalnya aku merancang untuk melakukan siri jelajah masjid untuk solat sunat tarawih setiap hari. Cuma skop masjid yang dipilih adalah sekitar Shah Alam untuk weekdays dan sekitar KL untuk weekend kerana mengambil kira faktor masa dan kudrat. Namun, setakat hari ini 11 hari berpuasa, 2 hari aku telah melakukan solat sunat tarawih di rumah atas faktor kesihatan. Suka untuk aku kongsikan masjid/surau yang telah ku kunjungi setakat ini :

1st Ramadhan - Rumah Ukay
2nd Ramadhan - Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam
3rd Ramadhan - Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Seksyen 10 Shah Alam
4th Ramadhan - Masjid Seksyen 7 Shah Alam
5th Ramadhan - Masjid Al-Munawarah, Seksyen 27 Shah Alam
6th Ramadhan - Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 Shah Alam
7th Ramadhan - Surau At-Taqwa, Ukay Perdana
8th Ramadhan - Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang
9th Ramadhan - Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam
10th Ramadhan - Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18 Shah Alam
11th Ramadhan -  Rumah Shah Alam

Alhamdulillah. Banyak rupanya masjid yang hebat-hebat dan tersergam indah juga menjadi tarikan di sekitar Shah Alam ini. Syukur diberi peluang dan ruang bersolat tarawih di masjid-masjid ini setakat ini. Mohon doakan aku dapat teruskan misi jelajah masjid ku ini hingga berakhirnya bulan ramadhan ini insyaAllah. Amin.

Dan di sini aku sering kali mengingatkan diri sendiri akan firman Allah SWT dalam umul furqan AL-Quran yang bermaksud :

"Kita merancang, Allah juga merancang. Namun sebaik-baik perancang adalah Allah SWT"

(Surah Al-Anfal : 30)

Maka, jika perancangan kita tak menjadi bukan bermaksud ia gagal. Tetapi ada satu perancangan yang lebih baik untuk kita Allah telah rancangkan di masa hadapan. Allah lebih kenal kita dari kita sebelum lahir sehingga kita dibangkitkan di sana kelak. Manakala kita hanya kenal diri kita hingga kita bernafas sekarang ini sahaja. Begitu terhadnya kemampuan kita dibatasi dengan kerangka usia kita sekarang. Percaya pada perancangan Allah, walau apa yang kita jangkakan tak menjadi. Peringatan untuk aku dan pembaca.

Sekadar perkongsian di malam 12 Ramadhan. Moga kita sama-sama mampu menghabiskan fasa pengampunan untuk Ramadhan kali ini dengan jayanya. Moga dosa-dosa kita tergolong dalam dosa yang akan diampunkan oleh Allah SWT untuk Ramadhan kali ini. Amin.

Wallahualam.

Comments